Tuesday, December 27, 2011

Boxing Day: Sisi Gelap Dunia Shopping

Everybody knows kalu shopping dan perempuan is like lelaki & ego. Sememang nya tak dapat dipisahkan. Xkisah la shopping Kamdar untuk beli baju raya mahupun untuk kenduri kawen, kta akn sentiasa nampak wanita2 sibuk memilih barang untuk dibeli. Tapi what happen kalu barangan branded macam Prada, Miss Selfridge, Yves Saint Laurent etc di jual dengan harga runtuh? The result was so horrifying. I could die of suffocating inside this!
'Boxing Day' atau Hari Tinju (btol ke aku translate ni) ialah hari selepas Krismas di England di mana pada zaman dulu org2 kaya akn memberi hadiah kepada pekerja nya. Zaman skang plak, Hari Tinju dikenali sebagai hari shopping sedunia di mana semua2 kedai akn membuat diskaun yg begitu dramatik skali up to 70%. 

Seperti Apple, para pembeli akan beratur seawal yg mungkin untuk menjadi org yg pertama menyerbu kedai bile kedai dibuka. Ironi nya, para pelancong yang sanggup beratur dari malam sebelumnya hingga keesokan pagi daripada penduduk tempatan England sendiri. Looking at these pictures, no wonder why. Situasi yg sesak mcm ni, aku pon xnak take part walupun Gucci tengah sales gila2. No thank you. Apple pon xsesak mcm ni kot. 


The reason kenapa event ni menjadi tumpuan para pelancong kerana di Malaysia sendiri, harga barangan berjenama seperti Prada, Chanel, Michael Kors dan lain-lain adalah terlampau mahal di negara sendiri berbanding harga di negara luar seperti UK. Even seluar jeans Levi's pon, ramai kasi nasihat kat aku, jgn beli kat Mesia, sila beli kat Singapore, lebey murah. 
(Off topic sket), begitu juga dgn barangan Apple. Cukai di negara kta ni mmbuatkan barangan berjenama menjadi mahal, supaya lebey banyak sokongan dan jualan untuk barangan tempatan. Dan cukai itu juga yg telah menolong seseorang mencapai impian untuk memiliki cincin 24 juta. Tahniah aku ucapkan pada org itu. Kalu di sini VW Golf GTI di dewa2 kan oleh kerana harga dan nilai eksklusif nye, tapi di Jerman, Golf GTI adalah seperti MyVi saja, for everyday use. Xde reason untuk dikagumi.

(Back to topic) Teramat horror la kalu aku berada dalam situasi sebegini. Within a minute, aku boley mati sama ada dihimpit mahupun sesak nafas. Kalu korang nak pergi gak event sebegini, sila wat latihan intensif di Jalan TAR sewaktu malam terakhir before raya. At least walupun xseteruk begini, korang da ade basic preparation. Kih kih kih


"Die da curik handbag idaman aku..!"



The price yg makes the women go crazy..
The horror...O_O


Thursday, December 22, 2011

Salah Ke Kalau Keyakinan Diri Terlampau Tinggi?

Banyak kali gak aku jumpa dlm majalah terutamanya mengajar para pembaca untuk mementingkan kecantikan dari dalam diri. Kalu diri seseorang tu mmpunyai keyakinan diri yg cukup tinggi, maka kecantikan die lebih terserlah dari diri seseorang yg cantik hanya pada make up. Tapi kan, kalu dalam kes ni, adakah konsep keyakinan diri yg diajar sudah melepasi batasan?

Memperkenalkan sebuah band indie dari Amerika Syarikat, Gossip. Gossip terdiri daripada Beth Ditto (vokal), Brace Paine (gitar) & Hannah Billie (drum). Tak pernah dengar kan? Nama pon indie, selalu dlm dunia diorg sendiri. Diorg baru masuk mainstream dalam 2007.
Tapi kali ni bukan lah aku nak promote pasal band ni. Ape yg lebey menarik perhatian aku ialah vokalis die, yg aku akui mempunyai keyakinan diri yg teramat tinggi. Tapi on the other part, ade sekelumit perasaan sakit mata bile memandang nye. Muffin top overbaked kot! Hahaha.


Si Beth Ditto ni mempunyai hobi memakai baju seketat yg mungkin atau pon hanya lingerie bile perform. Mula la nampak lemak2 selulit bergoyang mengikut rentak irama muzik. Aku bukan nak dissed obese people, aku pon pernah obese. Aku taw perasaan menjadi seorang obese inside and out, especially during my teenage years yg aku anggap zaman gelap aku. 


Tapi, untuk berpakai macam ni ketika badan aku tengah obese, tidak lah sekali. Memang btol, keyakinan diri itu penting tapi semua mende ade limit. Kalu selulit dan lemak2 bergoyang bile berjalan, lemak 'muffin top' terkeluar sane sini bile pakai seluar especially hot pants, instead konon nye wajah berseri2 dek keyakinan diri, mata org sekeliling plak menjadi terganggu dek lemak2 berlebihan. 

Kalu da ade keyakinan diri walupun berbadan besar, amek la Queen Latifah for example. Big woman, tapi masih mengekalkan sophisticated as a lady.

Walupun dua2 dalam aliran yang berbeza, sorang dalam aliran rock dan satu lagi dlm aliran lakonan, tapi one thing they have in common is their plus size figure. Jgn la keyakinan diri yg terlampau tinggi membuatkan org lain mengetawakan kita dan selulit kita pulak walupun sebenar nya diorg patut rase kagum dengan keyakinan diri kita yg sungguh berharga.

Tuesday, December 20, 2011

Tetikus Komputer Yang Sangat Cool

Aku xda la computer geek sangat tapi tetikus ni cool gile kot. Tetikus yg sememang nye bentuk tikus tu mmg xcool as aku ni mmg fobia bak dgn tikus. Setelah mempunyai sejarah silam dgn tikus, aku memutuskan untuk tidak berkomunikasi langsung dengan tikus. Mane nak carik tetikus cmni?



This one sememang nye tak cool langsung hokayh?







Lagi gambar di..

Dunia Siber: Dunia Yang Menghilangkan Kebolehan Manusia Berfikiran Waras

By the time aku masuk kerja, the first thing aku bukak is rotikaya as diorg nye site mmg bertepatan dgn aktiviti aku setiap hari. "Fakta hiburan yg perlu anda taw sebelum masuk kerja..."

Ini adalah hiburan aku setiap hari di opis. Aku jarang maen FB di opis, so aku mencari sumber penghilang kebosanan aku setiap hari. Tapi aku bukan nk story mory pasal site ni, cume aku nak sentuh sket pasal pengomen2 especially dlm laman sesawang bertemakan hiburan.
Teramat normal la kalu korang tgk dlm site gosip, si penulis akan mmbuat satu entri gosip tanpa menyebut nama artis itu sendiri. Bagi peminat dan para komen, mula la bermain permainan 'Guess who is it'. Maka, macam2 nama la yg dikeluarkan di ruang komen.

Salah satu kes yg terjadi is kes Norish Karman di mana ade gosip mengatakan seorang pelakon wanita yg hamil luar nikah lari dan sedang menetap di luar negara adalah tuan empunya badan. Si Norish ni pon terpaksa la tampil ke depan mmbuat penafian dgn tawaran untuk melihat sendiri bukti nya. Lagi jawapan di sini
Point aku skang ni, nk baca laman gosip, baca sudah. Xya nak wat speculation, ley menimbulkan aib & fitnah terhadap org tu. Anggap bacaan tu sebagai sumber hiburan, xperlu rase nak terbawak2 sampai nak siasat sape yg dimaksudkan dan berdasarkan teori yg xbape nak kukuh, satu persatu nama timbul. Betul atau salah, itu lain cter. Bagi pihak kta, xperlu kta nak menjadi busybody speculate macam2 such as..

Gossip mengatakan artis ni xreti kaver kentut depan org ramai..
Gossiper 1: Ni mesti artis A
Gossiper 2: Eh bukan, aku rase Artis B ni. confirm!


Si gossiper no 3, tanpa berkata apa2 akn pulang ke rumah, berbekalkan nama2 itu bermain di kepala dia. By the time die nampak wajah artis A & B di TV, gossip speculated tu akn muncul dlm kepala nya thinking that artis2 tersebut mungkin tuan empunya gossip, even though it might not be true.

Memang banyak sumber2 laen yg ley dijadikan hiburan selain laman gossip. Aku pon ade layan site lain. Xfokus solely on laman gossip. Tapi ape yg penting, kta kena maintainkan etika ketika melayari internet la. No speculation and not even cyber bully. Cyber bully menjadi trend skang especially dengan hadir nya feature anonymous.

Sesiapa boley membuli dgn harapan konon nya tiada sape boley detect kalau pakai feature tu. Ape yg diorg silap is, from IP address, sume info pasal kte ley didapati di situ. Tapi ia memerlukan kemahiran but im sure zaman skang ramai je mahir dalam bab tu.
Seperti kes yg masih panas ketika ini iaitu kes adik Amira Afiqah. She was so lucky to have an uncle who works as crime journalist. Much more like seeking help from an expert, compared to other kids who might face the same thing but didnt know what to do.

Speculation yg mendatangkan fitnah & aib, cyber bully tapi kebanyakan sembunyi di sebalik nama anons, what happen to our people nowadays? Dengan dunia yg penuh dengan teknologi canggih, manusia sepatutnya menjadi lebey bertamadun. Ini bagaikan kte da kembali ke zaman batu where manusia pada masa itu masih tidak kenal erti konsep bercakap sebelum berfikir.

Newsflash: Aku suke Mr. Hazrey nye term for cowards that hiding behind the courageous and brutal comment - keyboard warrior.

Newsflash no 2: Aku xpernah sangka Kpop is a very contagious disease. It can make some people want to kill other people who dissed Kpop.

Newsflash no 3: Instead kanak2 seawal tadika di ajar personal finance, aku rase cyber ethics pon perlu diajar.

Monday, December 19, 2011

Liku-Liku Kehidupan Dunia Dadah di Mexico (Warning: Graphic Content)

Warning: Kandungan grafik yg mungkin mmbuatkan korang rase nak berak.

Mexico adalah negara yg pengeluar dadah yg terbesar hingga mampu menampung cawangan dadah di Colombia. Mexico jugak adalah negara yg paling lama dengan kisah kerajaan nya memerangi kartel2 dadah. Sudah berpuluh ribu org awam sama ada pegawai kerajaan mahupun rakyat biasa mati di tangan kartel dadah.
Keganasan lebih teruk berlaku bila presiden Felipe Calderon menghantar angkatan tentera yg besar untuk memerangi kartel dadah. Kesan die, kartel2 dadah melepaskan amaran kepada kerajaan supaya tidak menganggu kegiatan mereka dengan menyerang dan membunuh orang2 awam. Sadis dowh tgk life di Mexico. Kalu kat sini, eksiden sket jalan da jam sbb sume jakun nak tgk ape yg berlaku. Tapi kat Mexico, aktiviti pembunuhan adalah rutin harian.
1. Ambulans diserang dan pesakit serta staff paramedik dibunuh serta merta

2. 20 mayat yg telah hangus dibakar, dicampak di dalam trak dan dibiarkan untuk dijumpai sebagai salah satu amaran dari kartel dadah.

3. Mayat seorang wanita yg kelihatan seperti melindungi dua lagi mayat kanak2. Menurut laporan, wanita ini cuba untuk menyelamatkan cucu2 nya dari ditembak ketika kartel dadah went on rampage.

4. Memorial bekas pegawai kerajaan yg terbunuh ketika pertempuran dengan kartel dadah

5. Tangisan dan mayat kaku terbaring di jalan bukan la fenomena luar biasa di Mexico

6. Salah sorang anggota geng kartel dadah terbunuh bile dua musuh kartel bertempur sesama sendiri merebut kawasan

7. Crime scene mcm ni sudah menjadi rutin harian bagi polis2 & forensik

8. Mayat salah sorang anggota kartel dadah yg terkulai dlm pertempuran dengan polis

9. Dua mayat lelaki digantung di jambatan berdekatan setelah ditembak berkali2 hingga mati ketika mereka masih dalam keadaan digantung. 

10. Keluarga dan rakan terdekat meratapi kematian mangsa2 yg terkorban kesan dari tindakan kejam kartel dadah. Jurugambar, Luis Carlos Santiago diserang ketika die sedang mmbawa kereta bersama seorang lagi jurugambar untuk mmbuat tugasan.

11. Kanak2 pon tidak terkecuali untuk terbunuh bile kartel dadah wat hal. Dua anggota polis cuba menyelamatkan sorang kanak2 kecil dlm gun attack.

12. Ahli keluarga mmberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Kenapa geng kartel dadah ni suke mmbunuh secara rambang? Tiada belas kasihan kah terhadap kanak2 kecil yg tak berdosa? FYI, sebab kenapa diorg membunuh kerana sama seperti leveling dalam game, untuk diorg naik 'pangkat' dan mendapat sepenuh kepercayaan dari ketua2 kartel, diorg kena wat macam2 task. 

Sama ada bunuh, rompak bank, culik, samun dan mcm2 jenayah lain. Bile diorg berjaya abihkan task diorg, diorg bakal menjadi org paling dipercayai dlm geng masing2. Dan kepercayaan ini teramat la besar dan bermakna bagi diorg. Sesetengah akn berfikir, ape yg penting sgt kepercayaan ni sampai sanggup membunuh? Bile diberi kepercayaan untuk lead org dan menjaga kawasan baru, maka sumber 'pendapatan' pon makin meningkat. 
Bagi yg mmpunyai niat2 tertentu, ada yg sanggup backstab dan bunuh ketua2 kartel once kepercayaan diberi. Semua ni sebab duit2 haram yg mengalir masuk hasil dr kerja2 jenayah dr anak2 buah. More like cam MLM versi jenayah ar. Downline wat keje, upline yg dpt duit. Sadis tgk bile nyawa dibazirkan begitu saja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...