Tuesday, November 29, 2011

Di Situ & Di Sini

Situasi 1

A:"Ko kat mane nih?"
B:"Aku kat area kedai2 ni. Ko nampak aku tak?"

Persoalan: kedai mane?

Zzzz...

Situasi 2

Ketika kreta meronda2 utk mencari parking..
C:"Sini..! Sini..!Masuk sini!"
D:"Mane2?Sini tu mane?"
C: "Laaa..kan da terlepas da parking kosong.."
D: "......"

Persoalan: Which side yg kosong?

Zzz..

Question of the story: Adekah org yg bertanyakan arah/instruction pada korang tahu ape yg korang cube sampaikan?

Banyak kali gak aku kena cmni, especially dari di kalangan pmpuan (sorry to say lar). Lelaki pon ade gak, cume aku slalu terkena from the same gender. Bile tnya direction, lokasi barang yg hendak di cari, kebanyakan mmberi jawapan yg kurang berinformasi. Asal tnya je, 'Ala, kat situ je..' atau 'aku kat sini ni, ko kat mane..'

Masalah skang, sini tu dimana dan situ tu di mana? Adekah sini itu kanan dan situ itu kiri? Aku bukan bomoh mahupun mind reader, boley mmbaca segala thoughts manusia. Dan aku jugak tak memiliki ability untuk taw keinginan manusia, ke mana diorg mahu pergi atau buat. Jadi kenapa aku diberi jawapan sebegitu? Dan kenapa pula manusia2 ini mmberi jawapan sebegini?

Cube la korang berada dlm shoes kteorg. Rasa2 korang boley jumpe mende yg dicari tak kalu diberi instruction sebegitu? Umpama ko baru masuk kerja, tetibe diberi paperwork yg dateline nye esk, dgn tnpa guidance skalipon. Agak2 korang ley wat tak?

Aku xnak la being rude dengan mengajar balik org2 sebegini, kasi mengenal kembali definition sebenar of giving directions. Time tadika da di ajar kan, di mana kiri dan kanan, xkn da besar panjang mahu di ajar dgn style tadika sekali lagi? Belajar tinggi sampai ley kenal sains, matematik, ataupun yg lebey tinggi, advanced education, direction simple cmni pon xley nak kasi dgn betul?

Spesis org cmni actually boleh mmbahayakan org len, especially bile on the road. Bile level of thinking sebegini, org cmni akn mmpunyai satu perception yg pengguna jalan yg laen tahu ke mana diorg nak pegi.

Contoh terbaik?

Kte di ajar untuk mmberi signal lebey awal kalu nak masuk lorong memane. Tapi ade yg nak menjimatkan kuasa bateri kete diorg dgn tidak mmberi signal (dgn harapan org laen taw ke mana kte nak pegi) ataupun by the time nak masuk lorong bru kasi signal. Tindakan itu agak mmberi kezutan kepada driver di blakang korang yg boleh mmbuatkan kete anda dilanggar dr blakang.

Oleh itu, tingkatkan la kesedaran sivik anda kalu xnak dimaki kembali. Jgn la time anda perlukan bantuan for direction, anda push org laen hingga la anda paham instruction yg diberi, tapi bile time org laenkan perlukan bantuan plak, anda bersikap acuh tak acuh dgn mmberi bantuan yg boley mmberi possibility yg tinggi pada org laen utk memaki anda kembali.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...