Friday, December 16, 2011

Kisah Pengguna Bas Tegar

Aku slalu amek LRT untuk ke tempat keje. Ade yg prefer driving, tapi aku xprefer sangat as aku ni pembawa kereta manual.  Tak sanggup aku nak bermain clutch & minyak tiap2 pagi.

Lain pulak kes dgn kisah satu penumpang bas ni yg sudah dikenali oleh para2 drebar bas hingga penumpang ni diberi perkhidmatan percuma untuk setiap perjalanan yg diambil. Penumpang2 laen jugak tidak kisah jika die bertindak untuk tidur di atas lap mereka. Siapakah penumpang ini?

Introducing Dodger the cat. Unik nye kucing ini ialah die beratur menunggu bas seperti penumpang2 yg laen walupun saiz die mmbenarkan die untuk memotong barisan. Hahaha. Dodger akn menunggu bas dari suatu stesen dan akn turun ke stesen yg laen. Drebar2 bas jugak dah tahu di mana mahu turunkan si Dodger ni.
Since die sorang pengguna bas yg tegar, drebar2 bas jugak slalu membawa makanan kucing untuk Dodger walupun majikan kurang menggalakkan tindakan tu. Bagi tuan kepada Dodger, Fee Jeanes, die kerap menerima panggilan telefon bertanyakan sama ada die kehilangan kucing berwarna oren atau tak. 

Pada mulanya Puan Jeanes ni xpercaya dengan cerita2 kucing die pandai naik bas ni. Sampai la die terserempak sendiri kucing die turun dari bas. Dogder favorite spot? Bekas tempat duduk penumpang yang suam2 panas. Kehadiran Dodger amat dialukan2 oleh penumpang bas yg laen.


No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...