Monday, December 19, 2011

Liku-Liku Kehidupan Dunia Dadah di Mexico (Warning: Graphic Content)

Warning: Kandungan grafik yg mungkin mmbuatkan korang rase nak berak.

Mexico adalah negara yg pengeluar dadah yg terbesar hingga mampu menampung cawangan dadah di Colombia. Mexico jugak adalah negara yg paling lama dengan kisah kerajaan nya memerangi kartel2 dadah. Sudah berpuluh ribu org awam sama ada pegawai kerajaan mahupun rakyat biasa mati di tangan kartel dadah.
Keganasan lebih teruk berlaku bila presiden Felipe Calderon menghantar angkatan tentera yg besar untuk memerangi kartel dadah. Kesan die, kartel2 dadah melepaskan amaran kepada kerajaan supaya tidak menganggu kegiatan mereka dengan menyerang dan membunuh orang2 awam. Sadis dowh tgk life di Mexico. Kalu kat sini, eksiden sket jalan da jam sbb sume jakun nak tgk ape yg berlaku. Tapi kat Mexico, aktiviti pembunuhan adalah rutin harian.
1. Ambulans diserang dan pesakit serta staff paramedik dibunuh serta merta

2. 20 mayat yg telah hangus dibakar, dicampak di dalam trak dan dibiarkan untuk dijumpai sebagai salah satu amaran dari kartel dadah.

3. Mayat seorang wanita yg kelihatan seperti melindungi dua lagi mayat kanak2. Menurut laporan, wanita ini cuba untuk menyelamatkan cucu2 nya dari ditembak ketika kartel dadah went on rampage.

4. Memorial bekas pegawai kerajaan yg terbunuh ketika pertempuran dengan kartel dadah

5. Tangisan dan mayat kaku terbaring di jalan bukan la fenomena luar biasa di Mexico

6. Salah sorang anggota geng kartel dadah terbunuh bile dua musuh kartel bertempur sesama sendiri merebut kawasan

7. Crime scene mcm ni sudah menjadi rutin harian bagi polis2 & forensik

8. Mayat salah sorang anggota kartel dadah yg terkulai dlm pertempuran dengan polis

9. Dua mayat lelaki digantung di jambatan berdekatan setelah ditembak berkali2 hingga mati ketika mereka masih dalam keadaan digantung. 

10. Keluarga dan rakan terdekat meratapi kematian mangsa2 yg terkorban kesan dari tindakan kejam kartel dadah. Jurugambar, Luis Carlos Santiago diserang ketika die sedang mmbawa kereta bersama seorang lagi jurugambar untuk mmbuat tugasan.

11. Kanak2 pon tidak terkecuali untuk terbunuh bile kartel dadah wat hal. Dua anggota polis cuba menyelamatkan sorang kanak2 kecil dlm gun attack.

12. Ahli keluarga mmberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Kenapa geng kartel dadah ni suke mmbunuh secara rambang? Tiada belas kasihan kah terhadap kanak2 kecil yg tak berdosa? FYI, sebab kenapa diorg membunuh kerana sama seperti leveling dalam game, untuk diorg naik 'pangkat' dan mendapat sepenuh kepercayaan dari ketua2 kartel, diorg kena wat macam2 task. 

Sama ada bunuh, rompak bank, culik, samun dan mcm2 jenayah lain. Bile diorg berjaya abihkan task diorg, diorg bakal menjadi org paling dipercayai dlm geng masing2. Dan kepercayaan ini teramat la besar dan bermakna bagi diorg. Sesetengah akn berfikir, ape yg penting sgt kepercayaan ni sampai sanggup membunuh? Bile diberi kepercayaan untuk lead org dan menjaga kawasan baru, maka sumber 'pendapatan' pon makin meningkat. 
Bagi yg mmpunyai niat2 tertentu, ada yg sanggup backstab dan bunuh ketua2 kartel once kepercayaan diberi. Semua ni sebab duit2 haram yg mengalir masuk hasil dr kerja2 jenayah dr anak2 buah. More like cam MLM versi jenayah ar. Downline wat keje, upline yg dpt duit. Sadis tgk bile nyawa dibazirkan begitu saja.


No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...