Friday, January 6, 2012

Antara Iktibar dan Aib, Which Side Are You?

Entri kali ni bukan aku nak mengulas mahupun nak membebel. Kalu boley, yg lebih arif tu sila2 la berkongsi ilmu di sini. Topik kali ni berkaitan agak rapat dengan kes terbaru yg boley dikatakan menggegarkan dunia siber Malaysia selepas kes adik Amira Afiqah. Kes cik Amalina Che Bakri.

Yerp, everyone kenal dia and aku rase ramai dah taw ape update terbaru skang ni pasal die. So tak perlu la aku nak elaborate panjang and repeat the same story all over again. Aku pon xkn menggunakan sebarang gambar terbaru die di sini as aku hormat hak privasi dia. Ape yg aku ingin katakan ialah tukang2 penyebar crita yg berpegang pada 'bukan mahu mengaibkan tapi mahu memberi iktibar'.
Berpegang pada kata2 hikmat tersebut, tapi secara ironi nya content dalam entri itu lebih kepada menghentam dan seakan membuat provokasi kepada pembaca untuk menghentam bersama. Antara komen2 yg aku enjoy baca sambil makan popcorn ialah:

"Macam b***** da aku tgk.."
"Rambut cam Mizz Nina tapi muka cam ..."
"Parents zaman skang mmg menempah tiket anak2 ke n***** dari awal.."

Dan lain-lain...

Tak perlu la aku nak list all the komen as kalu aku sendiri jadi Amalina, aku pon xkn mmbaca kesemua komen2 negatif tersebut. Tapi you see folks, berdasarkan contoh2 komen tersebut, di mana nya pegangan pada kata2 hikmat itu. Di mana iktibar nye? Aku xnampak sedikit pon 'nasihat' yg boley digunakan untuk mmbetulkan kesalahan diri.
Aku xsokong mana2 side, cuma sebagai manusia biasa, mmg kta tak boley lari dari membuat kesalahan. Walupun Amalina tu bijak orang nya tapi die jugak manusia biasa. Dia jugak xley lari dari making mistakes. Yes, ade gak komen yg aku baca "Die bijak, tapi bab private kan gambar dlm fb xreti plak.." Itu mungkin salah satu kesalahan yg die wat.

Komen2 yg aku baca mmg cukup untuk aku facepalm. Begitu offensive, cepat melatah dan terlalu mengikut hawa nafsu. Padahal bukan ke kte manusia jugak? Ape prasaan kta bile kte berada di tempat die dan dihentam sebegini rupa, padahal aku xrase pihak2 yg menghentam tu taw ape yg sebenar nye berlaku. Taw pon melalui entry sharing kat fb, tumblr ataupun social web yg lain.

Pengomen yg seakan menyebelahi Amalina pulak juga dihentam by the keyboard warrior. Tu yg membuatkan aku terpikir, these guys mahu menegur atau pon ade hidden agenda di sebalik tu? Seems like more to personal attack to me dari niat untuk menegur. Nak tegur pon ade cara nya. Ditambah pula dgn hadis2 yg di copy paste dari google by keyboard serbanistas.

Apa yg aku taw jika nak sebarkan aib untuk kebaikan, hanya perlu sebut kesalahan yg dilakukan dan tak perlulah menyebut siapa pelaku nya. Yang penting ialah iktibar dari perbuatan nya, bukan lah pelaku nya.Sbb dikhuatiri akn terjerumus pada khabar angin & tokok tambah dan seterus nya fitnah.

Da masuk 2012 nih, jom sama2 kta perbetulkan diri kepada yg lebih baik. Kurangkan tenaga negatif, tingkatkan tenaga positif.

PS: Tak paham aku tentang perangai opportunist yg carik peluang untuk hentam org lain walupun dirinya tu bukanlah maksum pon.


PS II: There is a very thin line between memberi iktibar dan mengaibkan. Sempadan yg sangat nipis hingga kte boleh tergelincir ke arah menyebar keaiban org lain tanpa kta sedari.

2 comments:

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...