Wednesday, February 29, 2012

Fia Aznam Roses Blog Theme

Remember this blog background? I used it for 4 days only before i changed to a new one. Why? Find the full story here. Well finally i have found somebody who is truly deserves it. Her personality fits with the background that looks so cute and bubbly. Meet the current owner now, Miss Fia Aznam Roses. It truly fits you babe!

Kisah Kuda dan Tuannya Yang Menyentuh Hati

Aku tak tau la kalu aku ni being sentimental tapi melihat peristiwa kemanusiaan yang berlaku antara kuda dan tuannya agak menyentuh perasaan. Lagipon i'm girl. I don't have any restriction to cry. Hahaha. Anyway, kisah nya bermula daripada Nicole Graham sedang menunggang kuda di tepi pantai bersama anak perempuannya. Tiba-tiba, kedua2 ekor kuda terjatuh dalam pasir jerlus.
Nicole cuba membantu anak perempuan dan kudanya. Anak perempuannya dan kuda yang ditungganginya berjaya melepaskan diri. Malangya, ketika Nicole cuba mengeluarkan kudanya dari pasir jerlus, kedua2 mereka semakin ditarik ke dalam. Anak perempuan Nicole, Paris cuba mendapatkan bantuan sementara Nicole cuba menenangkan kudanya yang sedang panik.
Selama 3 jam Nicole berusaha menenangkan kudanya, Astro, akhirnya ia berjaya dikeluarkan dari pasir jerlus dalam keadaan yang penuh penat sekali. Astro rebah sebaik sahaja dikeluarkan dari pasir jerlus. Pada awalnya, pasukan penyelamat cuba menggunakan traktor tapi tidak berkesan. Tetapi bila salah seorang penyelamat juga memberi ubat pelali kepada Astro untuk menenangkan kuda tersebut, ia memudahkan penyelamat untuk menarik Astro.


Lagi gambar..


Astro rebah sebaik sahaja dikeluarkan dari pasir jerlus

Faith in Humanity Restored!

It's irony when a Nicole and a Paris were riding the horses together where the 'Nicole & Paris' that we knew didnt stand each other at all. Not really 'A Simple Life', huh?

Bila kek dijadikan sarapan..

Seni dalam hiasan semakin berkembang. Kalu dulu, masih ingat tak musim bunga ros warna warni yang diukir dari sabun? Banyak para makciks order bunga2 tu untuk hiasan rumah mahupun hantaran kawin. Zaman kian berubah dan kini, seems like cake is the IT thing right now. Anyone want to have cake for breakfast?






I'm sure that this kind of design will be more suitable for children rather than this one. Quite realistic la I must say. Kalau dari jauh ni for sure aku ingatkan makanan untuk sarapan. 

Sunday, February 26, 2012

Adnan Sempit 2 Movie Review

Hhhmm..where do I start? Before aku nak tulis review ni, aku cuba usya2 review from blog yang lain. Kebanyakan memberi rating yang agak tinggi untuk movie ni. Ade yang bagi 6/10, ade plak yang bagi 4.5/5. Sebelum aku tengok mubi ni pon aku memang ade usya review2 blogger yang lain. Dengan 'recommendation' yang diberikan, adalah memberi sedikit keyakinan untuk tgk cter ni. Jadi, what went wrong here?

Aku rasa lebih baik aku cter sinopsis die dulu sebab review aku agak kait mengait jugak dgn sinopsis die. Ceritanya bermula secara ringkas nye tanpa copy pasta the whole sinopsis, ayah Nadia (Datuk Ithnin) memberi syarat kepada Adnan di mana Adnan boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan mengubah penampilannya lebih ke arah dunia korporat dalam masa 30 hari. Sepanjang tempoh masa yang diberikan, ayah Nadia membuat bermacam2 komplot untuk mengagalkan rancangan Nadia & Adnan untuk berkahwin. Wawa dan Bobby pulak mengalami fasa perubahan pasca-bulan madu.
So here is where the best part start. Any guesses what went wrong?

1. Storyline merepek. Berbanding movie yang pertama, jalan cerita lebih jelas dan teratur. Dalam sekuel yang kedua ni pulak, ade beberapa scene yang dianggap takde kaitan sungguh dengan jalan cerita movie dan kalu takda pon takpe. Contoh? Ade awek seksi datang warung burger Bobby. Adnan & Bobby cuba nak try line. Tiba2 si Ismat muncul (Angah Raja Lawak) dakwa awek tu awek die dan terus pergi dari situ. Kemudian berakhir la scene tu dan aku xnampak kelibat dan fungsi awek tu langsung dalam mubi ni.
Awek ni la yang aku maksudkan

2. Mimik muka dan ekspresi yang keterlaluan. Kalau kita tgk Adnan Sempit 1, kebanyakan watak suma nye nampak natural. Takda dibuat2. Itu yang menjadi tunjang utama lawak dalam movie pertama menjadi. Kalau mubi yang kedua ni pulak, do expect the humongous waste of duckface syndrome. Don't know what is duckface? Do click here.

Berbalik pada topik, ekspresi muka terlalu dibuat2 untuk melahirkan unsur lawak dan cute. Bagi org lain aku xtaw la, bagi aku seems like the desperation act to make people laugh, which is not funny at all. Imagine wajah Erra Fazira merajuk dalam cerita Razak Mohaideen. Mulut duckface, cakap cam gaya manja budak2 pastu tergedik2. Begitulah perumpamaan nye. Nampak juga la movie ni trying too hard to make people laugh.

3. Kita suma taw dalam Adnan Sempit 1, antara lawak yang kita ingat bile Adnan seakan google translate bulat2 bile die nak cakap omputih. Jadi, menggunakan lawak itu, ia digunakan sebagai resipi utama dalam sinopsis cerita ini dan lawak itu diguna dan diulang dalam sekuel nye dari mula movie hinggalah tamat. Semua benda la nak ditukar ke bahasa Inggeris kepada maksud yang salah. Unsur tu diulang hinggalah tamat cerita.
4. Kebanyakan babak2 die boleh dijangkakan ke mana arah babak ni tuju. Contoh? Bile Adnan buat presentation di depan client2 syarikat Nadia yang kebanyakan orang asing, secara tiba2 nye Adnan boleh bercakap bahasa inggeris dengan sungguh lancar. Seperti dijangkakan, sebaik sahaja muncul je Adnan dalam bilik meeting, aku da boleh nampak 'earplug' dekat telinga kiri nya. Dan juga seperti yang dijangkakan, Wawa menjadi penyelamat yang bertindak menjadi jurubahasa di sebalik 'earplug' tu. Saje aku kasi spoiler sbb xnak rekomen korang g tgk. Hahaha.

5. Yang ni plak memang totally on my personal view sebab aku ni bukan jenis yang romantik. So agak menganggu tumpuan aku untuk melayan movie ni. Bila Nadia & Adnan kapel, they named each other as Papa & Mama. Yes, ade je kapel yang ada panggilan manja macam tu. Tapi cara Nadia bermanjaan dengan Adnan agak menjengkelkan dan menggelikan bulu ketiak aku. Bagi kebanyakan blogger lain yang dah  tgk tuh, bagi mereka itu loving. Tapi bagi aku plak, it's annoying. Jeles? Oh tidak sama sekali. Sbb tu aku cakap, for this point, mmg 100% on my personal view.
6. Another disturbing issues that bothered me while watching the movie was the sexual element. Zaman skang, itu ke cara terbaik nak tarik perhatian penonton? 'Datin Ghairah', 'Anu dalam Botol', dan Adnan Sempit 2 ni tak terkecuali. Si Ismat buat muka gersang bila peluk si Wawa, Si Fendi (Syuk Balas) dok raba puting si Adnan dan mengurut2 dada Adnan yang sedang berminyak, agak menganggu bile ada anak2 kecil tgk sekali tadi. Untuk orang dewasa mungkin lawak ni biasa je tapi bagaimana pulak kanak2? Jangan ingat untuk hiburan, semuanya dilupakan.

Mungkin bagi sesetengah blogger, cerita ni teramat lawak. Tapi bagi aku, cerita ni tak dapat menandingi cerita yang pertama. Lawak yang segar dan baru pon tak banyak. Majoriti nya diulang dari cerita yang pertama cuma dipelbagaikan sahaja.

Secara bahasa kasar nya, sorry to say tapi cerita ni agak memperbodohkan mentaliti penonton dan aku jugak terasa bodoh ketika itu. Sorry to disappoint you tapi aku hanya boleh kasi rating 2 out 5. I'm just being neutral here. I'm not being biased just because many people found it hilarious. Aku tulis berdasarkan ape yang aku rase dan nampak. Aku lebih prefer Adnan Sempit 1 lagi.

Friday, February 24, 2012

10 Contoh Trend Copycat Takkan Lapuk Dek Zaman

Agak slow aktiviti mengemaskini entri blog aku (skema bak ayat). Bukan aku hilang minat tapi agak menghadapi kekangan idea untuk menulis. Banyak je mende utk aku merapu tapi tangan agak malas utk menaip content yang berjela2. Ni pon mungkin entri untuk minggu ni saja.

Anyway, back to topic. Seems hijabster (which i put the definition as a girl wearing a hijab that meet the current hipster style right now) has put another IT thing on the style map. Guitar strumming while singing their own songs that they have created on YouTube. Starting with..

Yuna

Najwa Latiff

 and now Ainan Tasneem.
Begitu mudah kan untuk menjadi seorang artis? Cuma arini aku xnak sentuh pasal golongan hijabster ni. Ape yang aku nak sentuh ialah trend 'ikut-mengikuti' yang dari dulu masih lom nampak reda nya. Bukan dlm industri hiburan saje malah dalam perniagaan pon same. Senang cter kalu bahasa tak formal die, trend copycat ar.Meh aku kasi 10 contoh yang simple sket.

1. Starting with Yuna, penggerak utama trend gadis bertudung usung gitar sane sini. Sebenar nya start dgn Zee Avi dulu tapi Zee Avi lebih fokus untuk melebarkan sayap di peringkat antarabangsa. Bermula dgn Yuna, kemudian muncul la beberapa tunas2 muda membawa konsep yang sama.
2. Satu warung di tepi jalan memulakan perniagaan menjual Char Kuey Tiaw. Bila menjadi 'hit', mula la banyak warung menjual Char Kuey Tiaw semata2 tumbuh bak cendawan. Point aku ialah, bile sesuatu benda tu menjadi 'hit', ramai betul yang terhegeh2 nak buat benda yang sama tanpa membuat sebarang modifikasi.

Org jual Char Kuey Tiaw kerang, die pon sibuk nk jual benda yang sama. Kita kena fikir. What makes that thing becomes a 'hit'? Was it something that they did? Tak kan masak mcm tu je terus jadi 'hit'. Mesti ade secret ingredient. Salah satu masalah masyarakat kita ni, suka follow sesuatu membabi buta.

3. Bila selebriti Hollywood wat pre-wedding photoshoot, kita pon sama juga la nk wat pre-wed photoshoot, begitu jugak la dgn retis2 tempatan kita.


4. Dulu, takde sapa pon berminat nak wat fotografi. Bagi mereka, beli DSLR adalah suatu pembaziran terutamanya kepada sesiapa yang mahu menganggapnya sebagai suatu hobi. Tapi tgk sekarang mcm mana. Merata2 kita tgk golongan hipster usung DSLR sana sini, padahal bergambar di shopping complex je pon. Kalu stakat nk posing kat mall sambil wat muka duckface pastu pakai filter warna warni, tak perlu nak membazir duit mak bapak beli DSLR.

Banyak lagi contoh2 yang menunjukkan kita ni suka follow sesuka hati. Bile orang lain pakai, kita pon nak pakai jugak. Seperti beberapa statement kurang enak didengari lebih kurang begini:

"Dia beli moto, aku pon kena beli moto jugak. Kalu tak tercalar ego aku.."
"Baju ni cool gile. Skang trend suma pakai mcm ni.." - baju pagoda RM 60 from Cotton On cool ke?
"Dia bukak kedai nasi ayam, laku plak. Aku nak bukak jugak lah"

Something like that. Jadi kenapa kita perlu follow semua trend yang ada? Takda pendirian ke kita ni sehingga folo segala menda yang disebarkan melalui media massa.

5. Dulu trend skinhead/punk. Kemudian datang pulak trend indie, dan trend skinhead/punk mulai reda. Sekarang trend hipster pula. Mari kita tunggu trend ape pulak datang selepas ini.
6. Bila satu gerai jual ice blended di pasar malam, mula la banyak gerai nk jual menda yang sama. Padahal awal 90s dulu takda pon org jual ice blended kat pasar malam. Akibatnya susah nak untung sebab pelanggan pula banyak pilihan nak pilih kedai yang mana.

7. Penemuan bakat di YouTube menjadi seterusnya. Selepas Justin Bieber ditemui oleh Usher dan digilap bakat menjadi salah seorang d-bag wannabe, ramai la yang ingin mencuba nasib melalui cara yang sama. Cuma nasib tidak menyebelahi Rebecca Black. Friday Friday Friday! Partying Partying Partying Yeah!

8. Bagi Datuk Siti kita pula, masih ingatkah kita dengan beberapa penyanyi yang mempunyai gaya suara ala2 Datuk Siti kita (Liza Hanim, Siti Nordiana, Syura)? Mereka dikecam kerana meniru gaya nyanyian Datuk Siti. Dan membuatkan mereka jarang diingati kerana membawa konsep dan gaya yang lebih kurang sama. Cuma beberapa kontroversi pakaian dr Siti Nordiana dan iklan Ho-ho-ho Horlicks oleh Liza Hanim & family yang membuatkan mereka masih 'hidup' dalam industri.

9. An example that closer to home is blogging. Blogger yang mempunyai content blog lain dari yang lain, itulah yang menarik minat ramai pembaca. Hingga ada yang sanggup wat entri provoking semata2 nak tingkatkan traffic.

10. Berdasarkan contoh no 2, banyak menda boleh diterangkan secara meluas. Bermula dengan musim filem Razak Mohaideen, industri filem dihujani oleh filem2 berkonsepkan sampah. Kemudian muncul pula filem rempit oleh Ahmad Idham dan sekali lagi industri filem kita dilambakkan dengan cerita rempit.
Selepas itu, musim filem seram, filem gengster dan sekarang musim movie diadaptasikan dari novel cinta. Once satu genre movie tu jadi hit, pembuat filem mengekalkan genre dan konsep jalan cerita yang sama hinggalah mendapat petanda yang audience sudah muntah darah kerana jemu.

Jadi harus ingatlah, you have to be difference in order to get notice. Kalu tak, xde la retis2 kat Hollywood tu wat macam2 gimik untuk berbeza dari retis lain supaya senang diingati. Check this two maniac pon cukup la. Walupun pelik tapi mereka diingati dalam industri muzik mereka.
-Panjang gak entri aku kali ni. Anggap je la summation for the whole week-

Friday, February 17, 2012

'That Effing Show'

Terdiri daripada 7 orang anak muda yang aku boleh kategorikan sebagai pelakon online comedy series 'That Effing Show' on Youtube. Once aku klik at one of their episod, aku jadi addicted. And there goes one episode after the another. So hilarious and it has become one of my favorite online series to enjoy.

Comedian of 'That Effing Show' are Umapagan, Hardesh Sigh, Mark Teh, FaiqSyazwan, Ezra Zaid, Grey Yeoh & Yong Xian Tze. What a 1Malaysia, don't ya think?=)
Please enjoy several of their episodes. The first one is about Najib's FB in malay version and chinese version. Ikan Patinnnnnn.

The second one is about shit things that coming out from malay's mouth. All the cliche word and catch phrases really LMFAO.
The third one about the noisemaker that keep bugging us on the network telecast. Check out big mama's interview on her natural beautiful hair. Funny! Hahaha.

Bagi aku, walupun 'That Effing Show' ditubuhkan pada tahun 2010 tapi aku rase aku prefer layan video jenis camni daripada beberapa orang yang suka bercakap sorang2 berkongsi kehidupan peribadinya die Youtube. Well, vlog is the 'IT' thing right now kan. Mungkin ramai da tgk these guys on youtube tapi I dont care. Aku maybe terlambat but so what?

Thursday, February 16, 2012

Kebakaran Dalam Penjara Honduras : 357 Mati Terbakar

Da seminggu aku tak keluarkan entri dan yeah, minggu ni agak menghadapi kemurungan yang membuatkan aku xde mood untuk menulis. Ala, aku bukan retis blogger yg perlu menepati satu hari satu entri. Thanks to dumbo for being one everyday. You are my great entertainment. Well at first she was a bimbo tapi since housemate aku ckp bimbo for hot girl without brain and since she's not hot so i have upgraded her to level of dumbo.

Anyway, cukup-cukup la aku merapu di sini. Let's get back to the scene of the world. In Honduras sekarang, berlaku pertempuran di antara orang awam yang terdiri daripada keluarga dan sanak saudara banduan penjara dan polis/askar. Pertempuran ini berlaku kerana 357 banduan telah mati dibakar hidup-hidup disebabkan berlaku kebakaran dalam penjara.


Laporan dari pihak bomba mengatakan bahawa banduan-banduan ini mati disebabkan terperangkap dalam bilik sel masing2 yang sedang dijilat api. Laporan itu juga mengatakan penyebab kebakaran ini berlaku mungkin daripada masalah bekalan elektrik ataupun salah seorang banduan yang cuba membakar sesuatu untuk melepaskan diri ataupon melakukan rusuhan. 

Salah satu punca kebanyakan banduan-banduan tidak dapat diselamatkan kerana bomba tidak dapat menemui kunci kepada sel-sel banduan ini dan pengawal yang ditugaskan untuk menyimpan kunci-kunci tersebut hilang untuk menyelamatkan diri. Penjara di Honduras memang dikenali sebagai penjara yang mempunyai rekod terburuk dalam pembunuhan di dalam penjara. Kebanyakan banduan ialah ahli-ahli gengster.



Thursday, February 9, 2012

Journey 2 Mysterious Island Movie Review

Two words. Simply bad. Yes folks, jangan tertipu dengan hasil seni grafik melalui poster nya. 'Believe the Impossible, Discover the Incredible', yeah right. Agak tertipu dan menyesal gak la aku tgk cter ni. I thought its going to be an awesome movie but it wasn't, clearly it wasn't. Even The Rock couldn't help this movie. Aku tgk cter ni before aku tgk 'Safehouse' tapi terlupa nk kasi review utk mengelakkan pembaziran berlaku ke atas duit tiket korang. So where do i start?

Cter ni pasal Sean Anderson (Josh Hutcherson), remaja yg begitu terpengaruh dgn hasil kerja seni Jules Verne. Dengan kod rahsia yg berjaya diselesaikan, sebuah pulau misteri telah dijumpai dan pulau itu didakwa digunakan dalam hasil penulisan Verne. Dengan keyakinan yg begitu tinggi, Sean dan bapa tirinya, Hank (The Rock) pergi ke pulau misteri tersebut dengan bantuan helikopter yg dibawa oleh Gabato (Luiz Guzman) & Kailani (Vanessa Hudgens). And the so called adventure begins.
Yes i know it's a kids movie tapi banyak kot movie untuk kanak2 di luar sana yg lebih hebat dari ni. Cats & Dogs, Disney animation, Spy Kids, etc. At least untuk 2012 ni, aku expect the CGI effect will be much more awesome la. Tapi sangkaan aku meleset bila movie ni nampak cam low budget movie di mana obviously korang ley nampak scene tu cam sebuah kolaj dimana teknik gambar tampal begitu jelas skali.

The storyline was so cheesy. Macam MacGyver and Walker Texas Ranger pon ade. Ketika berada dalam kesusahan, secara magik nya sume barang bantuan untuk melepaskan diri ada di kawasan berdekatan, tanpa perlu berpikir apa2. It's supposed to be mysterious island that nobody has ever been, so how you would possibly know what's best for you to escape?
Example? Ketika nak melepaskan diri dari pulau misteri itu, Sean & Hank cuba menghidupkan kapal selam milik Kapten Nemo yang sudah lama terbiar di dasar laut. Hasil nya? Kebetulan ade belut elektrik berenang berdekatan dan Hank menggunakan kuasa elektrik belut tu utk menghidupkan kapal selam tersebut. Lame bukan? Everything fit into its puzzle perfectly.
Sifat 'tahu semua benda' dalam diri Sean agak menjengkelkan bagi aku. Semua menda la dia betul dan heroic. Memang xde chemistry langsung antara Sean-Kailani and the fact that they were lovebirds in the real world before our Kailani here met Zac Efron. Bagi aku, kanak2 sekarang pon da cukup bijak untuk menilai sesebuah cerita. Diorg tak perlu disogok dengan cerita yg tersangat happy ending and sempurna semua nya. Toy Story ade konflik, begitu jugak dgn UP! tapi boleh je cecah box office. Bagi aku, movie ni tersangat lame.
Aku hanya boleh kasi movie lame ni 2 out of 5 saje. Lame.

Premier Screening : Safehouse Movie Review

I happened to get free pass to be among the first to watch this movie 'Safehouse' which will be in cinemas near you starts on 9 February 2012. Aku xpernah taw pon kewujudan cter ni. Last time aku tgk wayang was last week cter Journey 2: Mysterious Island and xde plak gazet pasal cter ni. Speaking of that movie, terlupa plak aku nk wat review. Ok after this.
Tanpa mengetahui cter pasal ape, sape pelakon die, mmg aku dtg dgn niat utk enjoy the movie. Xletak high expectation on this movie pon cam Journey 2 Mysterious Island. 'Safehouse' atau Rumah yang Selamat. Sounds boring kan? Macam xde motif je cter ni hingga lah kte taw maksud sebenar apa itu 'Safehouse'.

'Safehouse' ialah rumah yg digunakan oleh agen perisikan CIA untuk menempatkan pesalah untuk disoal. Time ni la segala penyeksaan terhadap pesalah untuk mendapatkan maklumat akan berlaku. Cubaan untuk melemaskan pesalah dalam air adalah salah satu caranya. Jadi Tobin Frost (Denzel Washington) adalah org yg dikehendaki oleh CIA kerana dianggap pembelot dan threat kepada national security.
Sesudah Tobin menyerah diri secara sukarela di kedutaan Amerika di Cape Town, Afrika Selatan, Tobin dibawa ke 'Safehouse' untuk disoal siasat dan Safehouse itu dijaga oleh Matt Weston (Ryan Reynolds). Dalam beberapa minit Tobin disoal, rumah itu diserbu oleh sekumpulan lelaki yg ingin membunuh Tobin dan Matt pula diarahkan untuk menjaga keselamatan si tahanan (guest house) hingga dibawa keluar dr Cape Town untuk perbicaraan kongres.

Jadi berlaku cat-mouse hunt antara Tobin-Matt-pembunuh upahan-CIA. As usual, backstabbing & konspirasi  among the CIA people untuk mengelirukan penonton mmg wajib dipertontonkan. Siapa musuh dalam selimut atau siapa mangsa semata2, semua akn terjawab dalam mubi ni dan macam crita 'Book of Eli', misteri of the whole story akn terungkai di penghujung crita (as usual) tapi with a twist sebab dr awal crita penonton akn disajikan dgn teka teki motif Tobin yg sebenar. 
Stunt tembak menembak mmg xde tapis. So agak disturbing image for me la tapi aku layan saja. Jalan crita dia mmg ade twist since tema die cat-mouse hunt, xde la so direct macam Contraband. Tapi cter jenis macam ni aku rase da banyak da cuma mcm mana diorg manipulate storyline tu yg mmbuatkan crita tu berbeza sket. Tapi isi utama tetap tentang pembelotan dalam agen perisikan. 

Chemistry antara Denzel-Ryan pon agak menarik pada pandangan aku. Matt yg masih lurus dan baru dalam dunia CIA, begitu terdesak utk mendapatkan recognition dari top management from CIA. Sebalik nya plak bagi Tobin, dia begitu relaks walupun dalam keadaan tertekan. Dia jugak begitu manipulative dgn ayat2 die hingga aku sendiri boleh termakan kata2 dia. That's how powerful his words are especially bile ko bayangkan ko berada di situasi Matt. Interaksi yg menarik. 
Berbaloikah untuk tgk? Bagi aku, berbaloi saja utk spend duit tiket wayang korang utk movie ni. Aku lebih rekomen crita ni dari Journey 2 Mysterious Island. Cter tu agak suck ass kot. Nanti aku kasi review. Safehouse ni mmg boley dilayan tapi jangan put high expectation on it sangat memandangkan cam aku ckp td, crita pasal pembelotan dlm FBI mahupun CIA da banyak difilemkan. Cuma storyline je berbeza. Tapi tetap best nk layan. 

Aku kasi 4 out 5 for this movie. And thanks for the free pass by the way. A good movie to watch. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...