Sunday, February 26, 2012

Adnan Sempit 2 Movie Review

Hhhmm..where do I start? Before aku nak tulis review ni, aku cuba usya2 review from blog yang lain. Kebanyakan memberi rating yang agak tinggi untuk movie ni. Ade yang bagi 6/10, ade plak yang bagi 4.5/5. Sebelum aku tengok mubi ni pon aku memang ade usya review2 blogger yang lain. Dengan 'recommendation' yang diberikan, adalah memberi sedikit keyakinan untuk tgk cter ni. Jadi, what went wrong here?

Aku rasa lebih baik aku cter sinopsis die dulu sebab review aku agak kait mengait jugak dgn sinopsis die. Ceritanya bermula secara ringkas nye tanpa copy pasta the whole sinopsis, ayah Nadia (Datuk Ithnin) memberi syarat kepada Adnan di mana Adnan boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan mengubah penampilannya lebih ke arah dunia korporat dalam masa 30 hari. Sepanjang tempoh masa yang diberikan, ayah Nadia membuat bermacam2 komplot untuk mengagalkan rancangan Nadia & Adnan untuk berkahwin. Wawa dan Bobby pulak mengalami fasa perubahan pasca-bulan madu.
So here is where the best part start. Any guesses what went wrong?

1. Storyline merepek. Berbanding movie yang pertama, jalan cerita lebih jelas dan teratur. Dalam sekuel yang kedua ni pulak, ade beberapa scene yang dianggap takde kaitan sungguh dengan jalan cerita movie dan kalu takda pon takpe. Contoh? Ade awek seksi datang warung burger Bobby. Adnan & Bobby cuba nak try line. Tiba2 si Ismat muncul (Angah Raja Lawak) dakwa awek tu awek die dan terus pergi dari situ. Kemudian berakhir la scene tu dan aku xnampak kelibat dan fungsi awek tu langsung dalam mubi ni.
Awek ni la yang aku maksudkan

2. Mimik muka dan ekspresi yang keterlaluan. Kalau kita tgk Adnan Sempit 1, kebanyakan watak suma nye nampak natural. Takda dibuat2. Itu yang menjadi tunjang utama lawak dalam movie pertama menjadi. Kalau mubi yang kedua ni pulak, do expect the humongous waste of duckface syndrome. Don't know what is duckface? Do click here.

Berbalik pada topik, ekspresi muka terlalu dibuat2 untuk melahirkan unsur lawak dan cute. Bagi org lain aku xtaw la, bagi aku seems like the desperation act to make people laugh, which is not funny at all. Imagine wajah Erra Fazira merajuk dalam cerita Razak Mohaideen. Mulut duckface, cakap cam gaya manja budak2 pastu tergedik2. Begitulah perumpamaan nye. Nampak juga la movie ni trying too hard to make people laugh.

3. Kita suma taw dalam Adnan Sempit 1, antara lawak yang kita ingat bile Adnan seakan google translate bulat2 bile die nak cakap omputih. Jadi, menggunakan lawak itu, ia digunakan sebagai resipi utama dalam sinopsis cerita ini dan lawak itu diguna dan diulang dalam sekuel nye dari mula movie hinggalah tamat. Semua benda la nak ditukar ke bahasa Inggeris kepada maksud yang salah. Unsur tu diulang hinggalah tamat cerita.
4. Kebanyakan babak2 die boleh dijangkakan ke mana arah babak ni tuju. Contoh? Bile Adnan buat presentation di depan client2 syarikat Nadia yang kebanyakan orang asing, secara tiba2 nye Adnan boleh bercakap bahasa inggeris dengan sungguh lancar. Seperti dijangkakan, sebaik sahaja muncul je Adnan dalam bilik meeting, aku da boleh nampak 'earplug' dekat telinga kiri nya. Dan juga seperti yang dijangkakan, Wawa menjadi penyelamat yang bertindak menjadi jurubahasa di sebalik 'earplug' tu. Saje aku kasi spoiler sbb xnak rekomen korang g tgk. Hahaha.

5. Yang ni plak memang totally on my personal view sebab aku ni bukan jenis yang romantik. So agak menganggu tumpuan aku untuk melayan movie ni. Bila Nadia & Adnan kapel, they named each other as Papa & Mama. Yes, ade je kapel yang ada panggilan manja macam tu. Tapi cara Nadia bermanjaan dengan Adnan agak menjengkelkan dan menggelikan bulu ketiak aku. Bagi kebanyakan blogger lain yang dah  tgk tuh, bagi mereka itu loving. Tapi bagi aku plak, it's annoying. Jeles? Oh tidak sama sekali. Sbb tu aku cakap, for this point, mmg 100% on my personal view.
6. Another disturbing issues that bothered me while watching the movie was the sexual element. Zaman skang, itu ke cara terbaik nak tarik perhatian penonton? 'Datin Ghairah', 'Anu dalam Botol', dan Adnan Sempit 2 ni tak terkecuali. Si Ismat buat muka gersang bila peluk si Wawa, Si Fendi (Syuk Balas) dok raba puting si Adnan dan mengurut2 dada Adnan yang sedang berminyak, agak menganggu bile ada anak2 kecil tgk sekali tadi. Untuk orang dewasa mungkin lawak ni biasa je tapi bagaimana pulak kanak2? Jangan ingat untuk hiburan, semuanya dilupakan.

Mungkin bagi sesetengah blogger, cerita ni teramat lawak. Tapi bagi aku, cerita ni tak dapat menandingi cerita yang pertama. Lawak yang segar dan baru pon tak banyak. Majoriti nya diulang dari cerita yang pertama cuma dipelbagaikan sahaja.

Secara bahasa kasar nya, sorry to say tapi cerita ni agak memperbodohkan mentaliti penonton dan aku jugak terasa bodoh ketika itu. Sorry to disappoint you tapi aku hanya boleh kasi rating 2 out 5. I'm just being neutral here. I'm not being biased just because many people found it hilarious. Aku tulis berdasarkan ape yang aku rase dan nampak. Aku lebih prefer Adnan Sempit 1 lagi.

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...