Friday, February 24, 2012

10 Contoh Trend Copycat Takkan Lapuk Dek Zaman

Agak slow aktiviti mengemaskini entri blog aku (skema bak ayat). Bukan aku hilang minat tapi agak menghadapi kekangan idea untuk menulis. Banyak je mende utk aku merapu tapi tangan agak malas utk menaip content yang berjela2. Ni pon mungkin entri untuk minggu ni saja.

Anyway, back to topic. Seems hijabster (which i put the definition as a girl wearing a hijab that meet the current hipster style right now) has put another IT thing on the style map. Guitar strumming while singing their own songs that they have created on YouTube. Starting with..

Yuna

Najwa Latiff

 and now Ainan Tasneem.
Begitu mudah kan untuk menjadi seorang artis? Cuma arini aku xnak sentuh pasal golongan hijabster ni. Ape yang aku nak sentuh ialah trend 'ikut-mengikuti' yang dari dulu masih lom nampak reda nya. Bukan dlm industri hiburan saje malah dalam perniagaan pon same. Senang cter kalu bahasa tak formal die, trend copycat ar.Meh aku kasi 10 contoh yang simple sket.

1. Starting with Yuna, penggerak utama trend gadis bertudung usung gitar sane sini. Sebenar nya start dgn Zee Avi dulu tapi Zee Avi lebih fokus untuk melebarkan sayap di peringkat antarabangsa. Bermula dgn Yuna, kemudian muncul la beberapa tunas2 muda membawa konsep yang sama.
2. Satu warung di tepi jalan memulakan perniagaan menjual Char Kuey Tiaw. Bila menjadi 'hit', mula la banyak warung menjual Char Kuey Tiaw semata2 tumbuh bak cendawan. Point aku ialah, bile sesuatu benda tu menjadi 'hit', ramai betul yang terhegeh2 nak buat benda yang sama tanpa membuat sebarang modifikasi.

Org jual Char Kuey Tiaw kerang, die pon sibuk nk jual benda yang sama. Kita kena fikir. What makes that thing becomes a 'hit'? Was it something that they did? Tak kan masak mcm tu je terus jadi 'hit'. Mesti ade secret ingredient. Salah satu masalah masyarakat kita ni, suka follow sesuatu membabi buta.

3. Bila selebriti Hollywood wat pre-wedding photoshoot, kita pon sama juga la nk wat pre-wed photoshoot, begitu jugak la dgn retis2 tempatan kita.


4. Dulu, takde sapa pon berminat nak wat fotografi. Bagi mereka, beli DSLR adalah suatu pembaziran terutamanya kepada sesiapa yang mahu menganggapnya sebagai suatu hobi. Tapi tgk sekarang mcm mana. Merata2 kita tgk golongan hipster usung DSLR sana sini, padahal bergambar di shopping complex je pon. Kalu stakat nk posing kat mall sambil wat muka duckface pastu pakai filter warna warni, tak perlu nak membazir duit mak bapak beli DSLR.

Banyak lagi contoh2 yang menunjukkan kita ni suka follow sesuka hati. Bile orang lain pakai, kita pon nak pakai jugak. Seperti beberapa statement kurang enak didengari lebih kurang begini:

"Dia beli moto, aku pon kena beli moto jugak. Kalu tak tercalar ego aku.."
"Baju ni cool gile. Skang trend suma pakai mcm ni.." - baju pagoda RM 60 from Cotton On cool ke?
"Dia bukak kedai nasi ayam, laku plak. Aku nak bukak jugak lah"

Something like that. Jadi kenapa kita perlu follow semua trend yang ada? Takda pendirian ke kita ni sehingga folo segala menda yang disebarkan melalui media massa.

5. Dulu trend skinhead/punk. Kemudian datang pulak trend indie, dan trend skinhead/punk mulai reda. Sekarang trend hipster pula. Mari kita tunggu trend ape pulak datang selepas ini.
6. Bila satu gerai jual ice blended di pasar malam, mula la banyak gerai nk jual menda yang sama. Padahal awal 90s dulu takda pon org jual ice blended kat pasar malam. Akibatnya susah nak untung sebab pelanggan pula banyak pilihan nak pilih kedai yang mana.

7. Penemuan bakat di YouTube menjadi seterusnya. Selepas Justin Bieber ditemui oleh Usher dan digilap bakat menjadi salah seorang d-bag wannabe, ramai la yang ingin mencuba nasib melalui cara yang sama. Cuma nasib tidak menyebelahi Rebecca Black. Friday Friday Friday! Partying Partying Partying Yeah!

8. Bagi Datuk Siti kita pula, masih ingatkah kita dengan beberapa penyanyi yang mempunyai gaya suara ala2 Datuk Siti kita (Liza Hanim, Siti Nordiana, Syura)? Mereka dikecam kerana meniru gaya nyanyian Datuk Siti. Dan membuatkan mereka jarang diingati kerana membawa konsep dan gaya yang lebih kurang sama. Cuma beberapa kontroversi pakaian dr Siti Nordiana dan iklan Ho-ho-ho Horlicks oleh Liza Hanim & family yang membuatkan mereka masih 'hidup' dalam industri.

9. An example that closer to home is blogging. Blogger yang mempunyai content blog lain dari yang lain, itulah yang menarik minat ramai pembaca. Hingga ada yang sanggup wat entri provoking semata2 nak tingkatkan traffic.

10. Berdasarkan contoh no 2, banyak menda boleh diterangkan secara meluas. Bermula dengan musim filem Razak Mohaideen, industri filem dihujani oleh filem2 berkonsepkan sampah. Kemudian muncul pula filem rempit oleh Ahmad Idham dan sekali lagi industri filem kita dilambakkan dengan cerita rempit.
Selepas itu, musim filem seram, filem gengster dan sekarang musim movie diadaptasikan dari novel cinta. Once satu genre movie tu jadi hit, pembuat filem mengekalkan genre dan konsep jalan cerita yang sama hinggalah mendapat petanda yang audience sudah muntah darah kerana jemu.

Jadi harus ingatlah, you have to be difference in order to get notice. Kalu tak, xde la retis2 kat Hollywood tu wat macam2 gimik untuk berbeza dari retis lain supaya senang diingati. Check this two maniac pon cukup la. Walupun pelik tapi mereka diingati dalam industri muzik mereka.
-Panjang gak entri aku kali ni. Anggap je la summation for the whole week-

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...