Thursday, February 16, 2012

Kebakaran Dalam Penjara Honduras : 357 Mati Terbakar

Da seminggu aku tak keluarkan entri dan yeah, minggu ni agak menghadapi kemurungan yang membuatkan aku xde mood untuk menulis. Ala, aku bukan retis blogger yg perlu menepati satu hari satu entri. Thanks to dumbo for being one everyday. You are my great entertainment. Well at first she was a bimbo tapi since housemate aku ckp bimbo for hot girl without brain and since she's not hot so i have upgraded her to level of dumbo.

Anyway, cukup-cukup la aku merapu di sini. Let's get back to the scene of the world. In Honduras sekarang, berlaku pertempuran di antara orang awam yang terdiri daripada keluarga dan sanak saudara banduan penjara dan polis/askar. Pertempuran ini berlaku kerana 357 banduan telah mati dibakar hidup-hidup disebabkan berlaku kebakaran dalam penjara.


Laporan dari pihak bomba mengatakan bahawa banduan-banduan ini mati disebabkan terperangkap dalam bilik sel masing2 yang sedang dijilat api. Laporan itu juga mengatakan penyebab kebakaran ini berlaku mungkin daripada masalah bekalan elektrik ataupun salah seorang banduan yang cuba membakar sesuatu untuk melepaskan diri ataupon melakukan rusuhan. 

Salah satu punca kebanyakan banduan-banduan tidak dapat diselamatkan kerana bomba tidak dapat menemui kunci kepada sel-sel banduan ini dan pengawal yang ditugaskan untuk menyimpan kunci-kunci tersebut hilang untuk menyelamatkan diri. Penjara di Honduras memang dikenali sebagai penjara yang mempunyai rekod terburuk dalam pembunuhan di dalam penjara. Kebanyakan banduan ialah ahli-ahli gengster.



No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...