Thursday, February 9, 2012

Premier Screening : Safehouse Movie Review

I happened to get free pass to be among the first to watch this movie 'Safehouse' which will be in cinemas near you starts on 9 February 2012. Aku xpernah taw pon kewujudan cter ni. Last time aku tgk wayang was last week cter Journey 2: Mysterious Island and xde plak gazet pasal cter ni. Speaking of that movie, terlupa plak aku nk wat review. Ok after this.
Tanpa mengetahui cter pasal ape, sape pelakon die, mmg aku dtg dgn niat utk enjoy the movie. Xletak high expectation on this movie pon cam Journey 2 Mysterious Island. 'Safehouse' atau Rumah yang Selamat. Sounds boring kan? Macam xde motif je cter ni hingga lah kte taw maksud sebenar apa itu 'Safehouse'.

'Safehouse' ialah rumah yg digunakan oleh agen perisikan CIA untuk menempatkan pesalah untuk disoal. Time ni la segala penyeksaan terhadap pesalah untuk mendapatkan maklumat akan berlaku. Cubaan untuk melemaskan pesalah dalam air adalah salah satu caranya. Jadi Tobin Frost (Denzel Washington) adalah org yg dikehendaki oleh CIA kerana dianggap pembelot dan threat kepada national security.
Sesudah Tobin menyerah diri secara sukarela di kedutaan Amerika di Cape Town, Afrika Selatan, Tobin dibawa ke 'Safehouse' untuk disoal siasat dan Safehouse itu dijaga oleh Matt Weston (Ryan Reynolds). Dalam beberapa minit Tobin disoal, rumah itu diserbu oleh sekumpulan lelaki yg ingin membunuh Tobin dan Matt pula diarahkan untuk menjaga keselamatan si tahanan (guest house) hingga dibawa keluar dr Cape Town untuk perbicaraan kongres.

Jadi berlaku cat-mouse hunt antara Tobin-Matt-pembunuh upahan-CIA. As usual, backstabbing & konspirasi  among the CIA people untuk mengelirukan penonton mmg wajib dipertontonkan. Siapa musuh dalam selimut atau siapa mangsa semata2, semua akn terjawab dalam mubi ni dan macam crita 'Book of Eli', misteri of the whole story akn terungkai di penghujung crita (as usual) tapi with a twist sebab dr awal crita penonton akn disajikan dgn teka teki motif Tobin yg sebenar. 
Stunt tembak menembak mmg xde tapis. So agak disturbing image for me la tapi aku layan saja. Jalan crita dia mmg ade twist since tema die cat-mouse hunt, xde la so direct macam Contraband. Tapi cter jenis macam ni aku rase da banyak da cuma mcm mana diorg manipulate storyline tu yg mmbuatkan crita tu berbeza sket. Tapi isi utama tetap tentang pembelotan dalam agen perisikan. 

Chemistry antara Denzel-Ryan pon agak menarik pada pandangan aku. Matt yg masih lurus dan baru dalam dunia CIA, begitu terdesak utk mendapatkan recognition dari top management from CIA. Sebalik nya plak bagi Tobin, dia begitu relaks walupun dalam keadaan tertekan. Dia jugak begitu manipulative dgn ayat2 die hingga aku sendiri boleh termakan kata2 dia. That's how powerful his words are especially bile ko bayangkan ko berada di situasi Matt. Interaksi yg menarik. 
Berbaloikah untuk tgk? Bagi aku, berbaloi saja utk spend duit tiket wayang korang utk movie ni. Aku lebih rekomen crita ni dari Journey 2 Mysterious Island. Cter tu agak suck ass kot. Nanti aku kasi review. Safehouse ni mmg boley dilayan tapi jangan put high expectation on it sangat memandangkan cam aku ckp td, crita pasal pembelotan dlm FBI mahupun CIA da banyak difilemkan. Cuma storyline je berbeza. Tapi tetap best nk layan. 

Aku kasi 4 out 5 for this movie. And thanks for the free pass by the way. A good movie to watch. 

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...