Monday, March 26, 2012

Facebook Timeline

Memandangkan aku dipaksa untuk menerima feature timeline, jadi aku pon mengambil keputusan untuk customize design timeline aku. Setelah beberapa pencarian dibuat untuk tidak menggunakan timeline, rupanya semua link/page yang kononnya mempromosikan cara-cara utk membuang feature timeline ialah palsu semata-mata. Once you go timeline, there's no turning back.

Jadi, da dipaksa sebegini rupa, aku pon design la ikut kemahuan aku sendiri. Not at my best sbb aku rasakan aku boleh buat lebih baik lagi. Xpe, aku stick with this one first.

Random Rant #1

Memandangkan aku malas nk tulis entri panjang2, aku nak rant je untuk hari ini pada sesuatu yang random. 
  • You want to see watak 'Confession of Shopaholic' in real life? Go to SOGO during the happy hour. Para makciks berpusu-pusu menolak sesama sendiri untuk mendapatkan tawaran harga terbaik dari sale SOGO. Hingga aku pon ditolak sekali. Pmpuan bila shopping, inilah jadi nya. Waktu ni xpikir apa-apa, bila da bawak balik rumah baru pikir betapa useless nye benda yang dibeli tu.
  • Bila anda graduan dari luar negara, tak bermaksud anda perlu bercakap Bahasa Malaysia dalam loghat Inggeris. Dan tidak perlu juga bercakap Bahasa Inggeris tapi loghat nak ala Mat Salih. 'I want to eat chickern rice, please'. You don't say, chickern
  • If you're fan of k-pop, that is fine. Tapi tak bermaksud posing gambar perlu ala k-pop. K-pop singers memang diakui comel ala anak patung jadi memang menjadilah kalau nk buat posing comel. Kita yang berkulit sawo matang ni, agak tidak sesuai untuk membuat ala anak patung. Struktur muka kita pon xsesuai untuk pose sebegitu
  • Pertunangan sepatutnya harus dirahsiakan bagi menjaga maruah si perempuan. Bila putus tunang, tiada fitnah/konspirasi timbul yang boleh menjatuhkan maruah si perempuan. Tapi zaman skang, majlis tunang  yang sepatutnya menjadi intimate dan peribadi, sudah seperti majlis walimatul urus, lengkap dengan pelamin, hantaran, khemah, dan jurugambar. 
  • For some odd reasons, nape pengguna Apple suka lepak Starbucks? Is it some kind of trend or lifestyle? Starbucks is just a coffee but with a high price on it. I'm an Apple user too but that doesn't mean i'm going to spend my 15 bucks for a damn coffee. 
  • A graduate master student cannot distinct between a diploma and degree? Hmmmm...
  • Mitsubishi logo on your Proton. Wow, your car must be so fast. Faster than speed of light perhaps?
  • Berdasarkan pengalaman memandu aku Gombak-Puchong-Shah Alam, nape MyVi driver seems to drive so recklessly meh? No offense but this is a question to me. 
  • When people know the status of you being pregnant, you don't have to pretend and ask 'Asal muntah-muntah arini?', 'Asal aku rasa ade benda menendang dalam perut ni?'. I know that you're excited but please don't downgrade your thinking level. 
  • First world problem: Mencari pencuri makanan melalui status Facebook. 
  • Bila status dikemaskini hanya untuk menarik perhatian orang. Contoh #1:
    Status : Yeah, da dapat kereta baru!
    After a while, puluhan komen berbalas menanyakan status kereta, it turned out rupanya kereta mainan.
  • Once you reached to your late 30s, cukup2 la dengan legging, baju yang menayangkan lurah dendam. Its not safe for young kids to see it. 
  • Woman + jealousy is like man + ego. Inseparable. 
  • Aku rant sbb aku busan + malas wat keje walupun keje banyak. Hahaha.

Monday, March 19, 2012

Kenapa Orang Kita Mahu Jadi Artis?

Have you ever think that kenapa orang kita suka sgt nak jadi artis? Tidak kira la penyanyi atau pelakon, tapi tetap artis. Dari kecil hinggalah dewasa, banyak program realiti hiburan yang melahirkan golongan artis baru. You named it, AF, Bintang Kecil, Mentor, Pilih Kasih, On-Air, etc. Semua program tersebut bakal menambah bilangan artis-artis muda dalam industri hiburan kita.

Jadi, kenapa ramai teringin nak jadi artis? It seems that being an artist is the priority matter compared being excel in education. Ramai ibu bapa pulak menyokong usaha anak-anak menyanyi dari menghantar ke kelas tuisyen/tambahan untuk menguatkan lagi skil menjawab soklan exam.
 Jadi apa yang membuatkan orang kita begitu berminat untuk menjadi seorang artis? Apakah pakej istimewa yang dijanjikan?

Pengaruh kejayaan Datuk Siti Nurhaliza 


Bermula dengan pertandingan nyanyian Bintang HMI 1995, Datuk Siti memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan berpeluang membuat persembahan di Royal Albert Hall, London. Beliau juga mempunyai peminat di seluruh pelusuk asia tenggara. Kemudian Datuk Siti memula perniagaan kosmetik, Simply Siti dan was being commercialized since then. 

Menyimpan hasrat menempa nama di Hollywood seperti Mizz Nina.
Seperti artis-artis yang lain, kalau tanya diorg terutamanya penyanyi, mereka mahu menjadi seperti Mizz Nina, dapat menempa nama dan berduet bersama artis-artis terkenal Hollywood. Siapa yang tak nak? Prospek karier di Hollywood lebih cerah. Seperti Mizz Nina, kes dia lain memandangkan die mmg datang dari keluarga yang berada. Bayangkan nak membayar Flo Rida untuk berduet pon, agak2 brapa cas yang dikenakan?

Glitz & Glam

Siapa yang tak mahu kelihatan cantik? Everytime ade anugerah, si artis sudah tersedia rapi dengan makeup di muka beserta dress dari designer terkenal. Kebanyakan adalah sponsors/sewa, berbanding orang biasa seperti kita yang terpaksa membeli sebuah dress dan membiarkan dress itu di dalam almari selepas abis majlis. Takkan nak g pavilion pakai haute couture dress kan? =)

Pendapatan lumayan seorang artis

Dengan tawaran nyanyian/lakonan yang melimpah ruah, maka si artis akn mampu untuk memiliki kereta mewah idaman masing2. Bagi yang kerja makan gaji cam aku ni, untuk memiliki kreta seperti ni, 10 tahun savings pon lom tentu mampu memandangkan banyak lagi benda penting untuk dibayar daripada installement kreta dan insurans yang cecah ribuan ringgit sebulan. 

Tapi, contoh yang aku beri tadi hanya berdasarkan beberapa artis kita yang kita boleh consider as berjaya. Bagaimana pulak yang selebihnya? Kalau purata dalam 10 orang artis dlm industri hiburan kita, aku boleh katakan dalm 3 orang saja yang dikategorikan berjaya. Selebihnya apa jadi? Bagi yang berlumba-lumba nak masuk dunia hiburan, pernahkah anda terpikir kebarangkalian anda untuk berada di dalam golongan purata 7 orang artis yang kurang berjaya?

To the newcomers, you might consider this kalu ingin menceburkan diri dalam dunia hiburan:

Dunia yang penuh hasad dengki
As you know, banyak artis2 muda telah banyak mencetuskan kontroversi dengan gambar2 superimpose mereka. Superimpose atau tidak, itu bukan isunya. Itu hal dia dengan Allah. Tapi apakah hak kita untuk menyebarkan aibnya pada awam? Fitnah atau tidak, tidak kah kita terpikir kesan 'gossip hangat' ini boleh memporak perandakan hidup orang? Apa korang rasa kalu situasi ini berlaku pada korang sndri? Tertekan bukan? Bayangkanlah keadaan korang berada di tempat mangsa sebelum mahu menyebarkan aib si dia.

Dakwaan di atas mengatakan Azean Irdawaty telah meninggal dunia. Apa perasaan korang kalau ade pihak yang mendakwa parents korang dah mati? Selalu nya orang yang suka membuat fitnah dan spekulasi ini, dia sukakan adrenalin & drama yang terhasil dari gossip yang dicipta. Sebab itu lah drama bersiri terutamanya soap opera ade pengikut setia. Those conflict & drama yang dihasilkan membuatkan penonton melekat di depan skrin TV untuk mengetahui cerita selanjutnya. People just loves drama too much.

Langit tidak selalu cerah
Bagi artis muda seperti Yana Samsudin, Intan Ladyana, Jozan, Nabil, etc, tawaran berlakon masih melimpah ruah. Dengan menjadi duta produk sana sini, artis seakan mempunyai kehidupan yang mewah. Tapi sampai bila? Hingga suatu masa, artis akn mempunyai expiration date sendiri. Kalau dulu Shaheizy Sam teramatlah popular sehingga semua movie ada muka dia, sehinggalah expiration date dia sudah tiba dan kemudian digantikan dgn Aaron Aziz & Ady Putra. 
Pada waktu itu juga, jika Shaheizy Sam tiada back up plan seperti memulakan perniagaan, production house ataupun berjinak dgn teater, tapi tetap mengharapkan kerjaya lakonan semata-mata, dia mungkin akn mengalami nasib yang sama seperti artis veteran yang lain. Terbaru, artis veteran Pak Aziz Satar menerima bantuan rakyat 1Malaysia dan juga baru-baru ini, 30 orang artis menerima bantuan kebajikan dari Karyawan. 

Breach of Privacy
Bila korang menjadi artis, suatu yang pasti ialah privasi korang akn sentiasa dicerobohi. Contoh di atas berlaku ketika sorang hacker menggodam data-data peribadi artis termasuk no telefon, IC, alamat rumah. Semua orang ingin tahu tentang hidup seorang artis. Kalu tak, xde la ade suatu rancangan yang mempunyai slot untuk menyelongkar beg tangan artis untuk mengetahui barang ape yang slalu dibawa oleh si artis. For me, itu my personal privacy and nobody needs to know apa yang aku bawak.  

Good news or bad news dalam hidup si artis, privasinya akn diceroboh sama ada oleh wartawan mahupun penggodam. Seboleh-bolehnya privasi si artis akn diceroboh hingga ke atas katil. Bila bercerai, the she said-he said story akan keluar. By that time, segala cerita & spekulasi yang boleh memalukan si artis akn keluar. Gambar2 aktiviti si artis bersama rakan2 turut disebarkan dan kemudian jika aktiviti itu tidak baik di mata masyarakat, dia akan dicemuh.

Kerenah Wartawan
Masih ingat lagi dengan FB hatepage tentang wartawan hiburan kita? Dan masih ingat lagi ke pertempuran antara seorang pelakon dengan para wartawan? Pelakon tersebut telah menulis status berbaur amarah di FB serta membuat ugutan bunuh kerana mungkin terlalu marah dengan sikap wartawan hiburan kita. Banyak gak aku baca section hiburan di mana kebanyakan wartawan akan menuduh si artis itu sombong jika tidak menegur wartawan tersebut. So the moral of the story is jika tidak mahu dikutuk di akhbar, si artis kena be friendly pada semua wartawan, walaupun si wartawan telah mengajukan soklan sensitif padanya. 

Jadi, bagi aku menjadi seorang artis adalah langkah berisiko terutamanya dengan kehadiran social media skang. Kewujudan FB, Twitter/forum telah membuatkan sesuatu berita baik/buruk tentang seseorang artis itu tersebar dengan lebih pantas dari sebelum ini. Terutamanya bila si artis suka membuat aktiviti riadah bersosial bersama rakan-rakan. Masyarakat hanya menunggu masa untuk mencemuh sahaja jika ada bad news berlaku. 
Sebagai newcomer dalam industri, sanggupkah kita untuk menempuhi kebarangkalian kita untuk diaibkan dengan fitnah? Sanggupkah kita membiarkan diri dicemuh oleh masyarakat secara terbuka bila kita melakukan kesalahan? Ini bukan Hollywood di mana kontroversi juga boleh digunakan untuk publisiti. Ini industri hiburan Malaysia, kontroversi + cemuhan masyarakat boleh menjatuhkan karier seseorang artis. 

Jadi back to main question, kenapa masih ramai nak jadi artis? Hhhmmm...

Antara Bunohan & Adnan Sempit dan Semput

Setelah membaca beberapa rebiu yang datang terus dari Hollywood, kebanyakan memberi rebiu yang positif untuk naskah Dain Said ni. Aku jugak tertarik untuk melihat kehebatan movie ni yang telah menjadi sebutan dunia. Lepas aku tgk crita ni, satu soklan yang aku terpikir. Orang Malaysia kita ni nak ke tgk movie yang memerlukan usaha kita untuk berfikir?

Telahan aku tepat skali bila Bunohan dilaporkan hanya mencatat RM 330,00 setakat ini. Seperti kata Adnan, "What's mean this?" This mean that rakyat negara lebih suka menonton filem yang santai dan tidak memerlukan kemahiran untuk berfikir. Semua mengharapkan suapan cerita dari pengarah tanpa perlu memerah otak memikirkan maksud tersirat di sebalik gerak geri atau emosi para pelakonnya. 
Click for bigger image [source]

Cuba tgk, filem manakah yang mencatat kutipan tertinggi? Bujang Terlajak dgn 2.6 juta, Hantu dalam botol kicap dgn 1.86 juta dan Adnan Sempit dgn 6.77 juta. Mari kita pikirkan, mahukah kita menghantar Adnan Sempit ke pencalonan Academy Awards? Tinggi sungguh angan2 tu kan tapi kebanyakan negara jiran sudah pon melepasi tahap itu. 

Kenapa tidak kita? Tapi kalu dengann produk seperti Adnan Sempit, Bujang Terlajak, aku tak rasa kita dapat menewaskan filem negara jiran seperti Kon Khon (Thailand), Tatsumi (Singapore) atau Under The Protection of Ka'Bah (Indonesia) yang sudah pon menjadi pilihan untuk Best Foreign Film untuk Academy Awards 2012. 

Bandingkan filem yang mencapai kutipan tertinggi di Malaysia, 

Dengan filem dari negara jiran..
Kon Khon (Thailand)

Tatsumi (Singapore)

Di bawah lindungan ka'abah (Indonesia)

Full list boleh dilihat di [sini]

Bila Bunohan ditayangkan, tidak pula mendapat sambutan. Bagi aku, Bunohan telah menjadi titik penggerak dlm industri filem negara kita. Ia memberi suatu kelainan dari segi penghayatan kepada sesebuah karya. Ia sememangnya bukanlah cerita berkisar rempit cuba berbahasa inggeris atau tiga jejaka secara terdesak menjadi orang kelainan upaya untuk mengorat seorang gadis, ianya cerita berkisar realiti kehidupan yang gelap.
Keluar dari kehidupan kota raya Kuala Lumpur, tiada projek mega juta-juta, tiada kereta mewah kepunyaan golongan korporat, dan tiada pelakon wanita bermekap tebal. Jalan cerita memang aku akui mengelirukan dan mempunyai makna-makna yang tersirat. Terlalu banyak mksd tersirat diberi untuk memahamkan jalan cerita sepenuhnya. Tambah pulak latar belakang penonton yang kurang arif tentang budaya Kelantan turut membantu dlm kekeliruan ini.

Terlalu banyak gerak geri tersirat dalam cerita ini. Watak kegemaran aku dalam cerita ini ialah Bakar. Pekin Ibrahim melakonkan watak Bakar dgn begitu genius skali. Tanpa sebarang emosi seperti Bella dalam Twilight,  cara dia manipulasi keadaan untuk mendapatkan tanah pusaka bapanya, menjadikan dia sebagai genius evil minded. Tiada keganasan secara fizikal dan juga tiada emosi langsung yang menunjukkan sebarang tanda langkahnya yang seterusnya.
Bagi aku filem ini mengajar, manusia seperti Bakar lah yang membuatkan bumi kita ini semakin rosak. Manusia yang dahagakan kemewahan dunia dan mencagarkan alam sekitar sebagai mangsa. Cerita sebegini yang membuatkan orang kita malas menonton. Terlalu abstract dan realiti. Di waktu ending cerita ini, ade sekumpulan penonton memekik, 'Menatang apa ni?!' memandangkan ending nya tidak seperti ending cerita melayu yang lain di mana semua isu ada penyelesaiannya. 

Cerita ini juga mengajar realiti kehidupan yang sebenar di mana tidak semua ada jalan penyelesaian. Sometimes you just have to let it go and let the bad guys win, because they can. Kehadiran Jolok sebagai sidekick Bakar, membuatkan cerita ini bertambah menarik. These badass dynamic duo amat bijak sekali dalam memanipulasikan keadaan, hingga orang kampung terpaksa menggadaikan tanah untuk membayar kembali budi yang ditaburkan. 
Abaikan segala makna-makna tersirat yang membuatkan korang keliru. Mari kita lihat dari pandangan moral of the story. Selain dari kisah manusia2 yang dahagakan kemewahan dunia, ia juga mengajar kita tentang kehidupan masyarakat yang terlalu taksub dgn judi hingga hutang keliling pinggang. Bila berada dalam keadaan berhutang, teramat mudahlah untuk seseorang itu dipermainkan hingga terpaksa menyerahkan segalanya untuk membayar hutang.

Kisah Ilham juga boleh menjadi teladan di mana sekeras mana hatinya sebagai yang bekerja pembunuh upahan, dia masih tidak sanggup untuk membunuh adik tirinya sendiri, Adil yang menjadi orang paling dikehendaki oleh gengster Thailand. Hingga sanggup menjadikan nyawanya sendiri sebagai galang ganti. 
So you see folks, its moral of the story pon da panjang lebar, inikan pula kalu aku nak explain pasal maksud2 tersirat dalam cerita ini. Kemudian, sila bandingkan dengan jalan cerita Adnan Sempit 2. Terlalu banyak beza kan? Cerita Bunohan ini cerita drama yang berat dan simply lain dari yang lain. Jika korang mahu melihat industri filem kita berkembang dgn genre filem yang sepatutnya dan bukannya cerita2 lawak sampah yang menjatuhkan martabat dan mentaliti penonton, sila la tgk Bunohan. 

Ingin tahun maksud tersirat dalam Bunohan? A friend of mine was in a dialog session with the director, Dain Said and die menerangkan segala2 nya termasuk la Ilham's Code of Ethics of Murder. Rupanya ada kod etika bagi seorang pembunuh. Bacalah, then insya allah korang akn faham serba sedikit tentang betapa dalamnya maksud dlm cerita Bunohan ini. 

As for Adnan Sempit, mari kita pikirkan sampai bila kta mahu disajikan dengan filem sebegini?

Check out my friend's blog on Bunohan here:http://kawanwartawan.tumblr.com/

Thursday, March 15, 2012

Diet Sebenar Untuk Darah Jenis: B

Aku plan nak wat entri ni semalam memandangkan aku da stat rutin diet aku kembali. Tapi tak sempat plak. Anyway, umur da makin meningkat ni, metabolism rate pon makin slow. Dah la memang diketahui metabolism rate aku da memang slow. Bila umur makin meningkat, maka lebih slow la jadinya. So, aku mahu memulakan kembali kehidupan sihat aku.
Diet. Diet yang macam manakah aku nak buat. Ada macam-macam jenis cara nak berdiet. Paling utama yang slalu aku dengar ialah diet kurangkan makan nasi. Kesan dia memang mengagumkan. Tetapi kalau dengan masakan masak lemak cili padi mak aku, juadah tidak akn lengkap tanpa makan dengan nasi. The tempation of mom's cooking is truly can't be resisted. Sebab itulah kebanyakan pengamal diet mengamalkan yo-yo diet tanpa diorg sedari. Kejap turun berat pastu naik balik. So apa cara lain?
Kebanyakan diet yang kita rujuk di internet tidak seiring dengan kehidupan kita. Jadi, why not kalu kita diet berdasarkan keperluan badan kita sendiri? Seseorang mungkin boleh diet dengan tak makan nasi 3 bulan tapi adakah kita mampu? Solusi dia ialah berdiet mengikut type darah sendiri. Memandangkan aku berdarah jenis B, aku start dengan cara pemakanan untuk orang yang berdarah jenis B.

Orang yang mempunyai darah jenis B ni selalunya boleh consume dairy products. Baru aku tau yang kebanyakan makanan kegemaran aku adalah racun untuk badan aku. Mari aku kelaskan berdasarkan cara kehidupan aku. Apa yang kita perlu tau ialah, orang yang ada darah jenis B ni, portion utama makanan dia ialah sayur + buah dalam portion besar dan portion yang kecil untuk karbo. 

Daging
Sesuai: kambing, arnab, rusa
Sekali skala: daging lembu, ayam belanda
Racun: ayam, itik

Ikan/ Makanan laut
Sesuai: Salmon, ikan kod, ikan kembung, sardin
Sekali skala: sotong kecil (squid), ikan keli, abalone, scallop
Racun: udang, sotong besar (octopus), tiram, ketam, belut

Produk Tenusu
Sesuai: Susu rendah lemak, yogurt, mozzarella cheese, cottage cheese
Sekali skala: cheddar cheese, buttermilk, mentega, parmesan cheese, susu soya, full fat milk
Racun: Ice cream (O_O)

Minyak
Sesuai: Minyak zaitun
Sekali skala: Tiada
Racun: minyak jagung, minyak canola, minyak bijan, peanut oil, sunflower

Kacang
Sesuai: Kacang merah, kacang soya merah
Sekali skala: kacang hijau, almond, pecans, chestnuts, macadamia, walnut
Racun: pistachio, peanut, kacang bijan, labu

Karbohidrat
Sesuai: Oatmeal, nasi (small amount)
Sekali skala: wheat
Racun: Buckwheat (no buckwheat soba/udon for me after this)

Sayur
Sesuai: Sayur hijau especially ulam-ulaman. carrot, cauliflower, kobis (grrr..aku xsuka kobis), shitake mushroom, terung, capsicum 
Sekali skala: timun, bawang putih, halia, lettuce, bawang merah, cendawan, bayam, seaweed
Racun: Jagung, buah zaitun, tomato, tofu, labu, tempeh, taugeh

Buah-buahan - eat alone, 1 hour before consume any food
Sesuai: Pisang, anggur, nenas, betik, plum
Sekali skala: kiwi, lemon, epal, tembikai, mangga, oren, pic, prune, kismis, strawberry
Racun: kelapa, belimbing

Herba/Lain-lain
Sesuai: Kari (ley makan kat mapley selalu, haha), halia
Sekali skala: All except the one mentioned in the Poison section, mayonnaise, salad dressing (from acceptable ingredient), mustard, pickles
Racun: cinnamon, corn syrup, gelatin, lada putih dan hitam, sos tomato

Minuman
Sesuai: Jus buah dari section 'Baik & Sekali skala', green tea
Sekali skala: coffee, tea
Racun: All carbonated drink. 

Berdasarkan guide yang diberi, makanan peberet yang menjadi racun untuk aku seperti:
  • Ice cream
  • Daging ayam dan itik
  • Seafood: ketam, udang, oyster, octopus
  • Lada putih & hitam dalam masakan
Makanan yang aku tak suka tapi menjadi element penting untuk badan aku:
  • Kobis
  • Sardin
  • Kacang merah
So you see folks, kita kena faham keperluan badan kita sendiri before nk taw makanan mana kita nak skip untuk diet. Mungkin ada orang boleh kata, tak perlu nk ikut guide sebijik2 tapi ia penting untuk tidak merosakkan badan kita dengan racun2 yang kebanyakannya dalam kes aku, adalah makanan yang sedap dan peberet aku. Siapa yang tak nak badan sihat kn? Tak kira la umur korang berapa pun. Tapi jangan lupa, diet2 gak, eksesais jangan tinggal.

Wednesday, March 14, 2012

Ashley Judd: What Happened?

Ashley Judd, pelakon Hollywood yang seangkatan dengan zaman kegemilangan Julia Roberts, kini telah kembali untuk mempromosikan drama terbarunya 'Missing'. Dia pernah berlakon dgn Morgan Freeman dalam 'Kiss The Girl' & 'High Crimes' dan berganding dengan Al Pacino & Robert De Niro dalam 'Heat'. Ashley Judd yang memang terkenal dgn kecantikannya yang semula jadi berbanding Dolly Parton masa dahulu, has shocked many people with her new appearance.

Ashley Judd then...




Here is Ashley Judd now...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Who is Dolly Parton you asked? Dolly Parton is the blonde country singer who known for her insurance covered on her big boobs. Dolly Parton dulu cantik gak la before she went under the knife.

Dolly Parton now..

So guys, the moral of the story? Plastic surgery is bad for you. Gunakan saja air wuduk atau air yassin dan sapukan pada muka untuk mengekalkan kecantikan. Ini petua popular yang diamalkan oleh retis2 kita. Pasti kulit kita akan cantik sentiasa. Tgk la retis wanita kita, umur sudah meningkat 50-an pon masih tiada kedutan di muka. Hebatkan petua ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...