Monday, March 19, 2012

Antara Bunohan & Adnan Sempit dan Semput

Setelah membaca beberapa rebiu yang datang terus dari Hollywood, kebanyakan memberi rebiu yang positif untuk naskah Dain Said ni. Aku jugak tertarik untuk melihat kehebatan movie ni yang telah menjadi sebutan dunia. Lepas aku tgk crita ni, satu soklan yang aku terpikir. Orang Malaysia kita ni nak ke tgk movie yang memerlukan usaha kita untuk berfikir?

Telahan aku tepat skali bila Bunohan dilaporkan hanya mencatat RM 330,00 setakat ini. Seperti kata Adnan, "What's mean this?" This mean that rakyat negara lebih suka menonton filem yang santai dan tidak memerlukan kemahiran untuk berfikir. Semua mengharapkan suapan cerita dari pengarah tanpa perlu memerah otak memikirkan maksud tersirat di sebalik gerak geri atau emosi para pelakonnya. 
Click for bigger image [source]

Cuba tgk, filem manakah yang mencatat kutipan tertinggi? Bujang Terlajak dgn 2.6 juta, Hantu dalam botol kicap dgn 1.86 juta dan Adnan Sempit dgn 6.77 juta. Mari kita pikirkan, mahukah kita menghantar Adnan Sempit ke pencalonan Academy Awards? Tinggi sungguh angan2 tu kan tapi kebanyakan negara jiran sudah pon melepasi tahap itu. 

Kenapa tidak kita? Tapi kalu dengann produk seperti Adnan Sempit, Bujang Terlajak, aku tak rasa kita dapat menewaskan filem negara jiran seperti Kon Khon (Thailand), Tatsumi (Singapore) atau Under The Protection of Ka'Bah (Indonesia) yang sudah pon menjadi pilihan untuk Best Foreign Film untuk Academy Awards 2012. 

Bandingkan filem yang mencapai kutipan tertinggi di Malaysia, 

Dengan filem dari negara jiran..
Kon Khon (Thailand)

Tatsumi (Singapore)

Di bawah lindungan ka'abah (Indonesia)

Full list boleh dilihat di [sini]

Bila Bunohan ditayangkan, tidak pula mendapat sambutan. Bagi aku, Bunohan telah menjadi titik penggerak dlm industri filem negara kita. Ia memberi suatu kelainan dari segi penghayatan kepada sesebuah karya. Ia sememangnya bukanlah cerita berkisar rempit cuba berbahasa inggeris atau tiga jejaka secara terdesak menjadi orang kelainan upaya untuk mengorat seorang gadis, ianya cerita berkisar realiti kehidupan yang gelap.
Keluar dari kehidupan kota raya Kuala Lumpur, tiada projek mega juta-juta, tiada kereta mewah kepunyaan golongan korporat, dan tiada pelakon wanita bermekap tebal. Jalan cerita memang aku akui mengelirukan dan mempunyai makna-makna yang tersirat. Terlalu banyak mksd tersirat diberi untuk memahamkan jalan cerita sepenuhnya. Tambah pulak latar belakang penonton yang kurang arif tentang budaya Kelantan turut membantu dlm kekeliruan ini.

Terlalu banyak gerak geri tersirat dalam cerita ini. Watak kegemaran aku dalam cerita ini ialah Bakar. Pekin Ibrahim melakonkan watak Bakar dgn begitu genius skali. Tanpa sebarang emosi seperti Bella dalam Twilight,  cara dia manipulasi keadaan untuk mendapatkan tanah pusaka bapanya, menjadikan dia sebagai genius evil minded. Tiada keganasan secara fizikal dan juga tiada emosi langsung yang menunjukkan sebarang tanda langkahnya yang seterusnya.
Bagi aku filem ini mengajar, manusia seperti Bakar lah yang membuatkan bumi kita ini semakin rosak. Manusia yang dahagakan kemewahan dunia dan mencagarkan alam sekitar sebagai mangsa. Cerita sebegini yang membuatkan orang kita malas menonton. Terlalu abstract dan realiti. Di waktu ending cerita ini, ade sekumpulan penonton memekik, 'Menatang apa ni?!' memandangkan ending nya tidak seperti ending cerita melayu yang lain di mana semua isu ada penyelesaiannya. 

Cerita ini juga mengajar realiti kehidupan yang sebenar di mana tidak semua ada jalan penyelesaian. Sometimes you just have to let it go and let the bad guys win, because they can. Kehadiran Jolok sebagai sidekick Bakar, membuatkan cerita ini bertambah menarik. These badass dynamic duo amat bijak sekali dalam memanipulasikan keadaan, hingga orang kampung terpaksa menggadaikan tanah untuk membayar kembali budi yang ditaburkan. 
Abaikan segala makna-makna tersirat yang membuatkan korang keliru. Mari kita lihat dari pandangan moral of the story. Selain dari kisah manusia2 yang dahagakan kemewahan dunia, ia juga mengajar kita tentang kehidupan masyarakat yang terlalu taksub dgn judi hingga hutang keliling pinggang. Bila berada dalam keadaan berhutang, teramat mudahlah untuk seseorang itu dipermainkan hingga terpaksa menyerahkan segalanya untuk membayar hutang.

Kisah Ilham juga boleh menjadi teladan di mana sekeras mana hatinya sebagai yang bekerja pembunuh upahan, dia masih tidak sanggup untuk membunuh adik tirinya sendiri, Adil yang menjadi orang paling dikehendaki oleh gengster Thailand. Hingga sanggup menjadikan nyawanya sendiri sebagai galang ganti. 
So you see folks, its moral of the story pon da panjang lebar, inikan pula kalu aku nak explain pasal maksud2 tersirat dalam cerita ini. Kemudian, sila bandingkan dengan jalan cerita Adnan Sempit 2. Terlalu banyak beza kan? Cerita Bunohan ini cerita drama yang berat dan simply lain dari yang lain. Jika korang mahu melihat industri filem kita berkembang dgn genre filem yang sepatutnya dan bukannya cerita2 lawak sampah yang menjatuhkan martabat dan mentaliti penonton, sila la tgk Bunohan. 

Ingin tahun maksud tersirat dalam Bunohan? A friend of mine was in a dialog session with the director, Dain Said and die menerangkan segala2 nya termasuk la Ilham's Code of Ethics of Murder. Rupanya ada kod etika bagi seorang pembunuh. Bacalah, then insya allah korang akn faham serba sedikit tentang betapa dalamnya maksud dlm cerita Bunohan ini. 

As for Adnan Sempit, mari kita pikirkan sampai bila kta mahu disajikan dengan filem sebegini?

Check out my friend's blog on Bunohan here:http://kawanwartawan.tumblr.com/

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...