Thursday, March 15, 2012

Diet Sebenar Untuk Darah Jenis: B

Aku plan nak wat entri ni semalam memandangkan aku da stat rutin diet aku kembali. Tapi tak sempat plak. Anyway, umur da makin meningkat ni, metabolism rate pon makin slow. Dah la memang diketahui metabolism rate aku da memang slow. Bila umur makin meningkat, maka lebih slow la jadinya. So, aku mahu memulakan kembali kehidupan sihat aku.
Diet. Diet yang macam manakah aku nak buat. Ada macam-macam jenis cara nak berdiet. Paling utama yang slalu aku dengar ialah diet kurangkan makan nasi. Kesan dia memang mengagumkan. Tetapi kalau dengan masakan masak lemak cili padi mak aku, juadah tidak akn lengkap tanpa makan dengan nasi. The tempation of mom's cooking is truly can't be resisted. Sebab itulah kebanyakan pengamal diet mengamalkan yo-yo diet tanpa diorg sedari. Kejap turun berat pastu naik balik. So apa cara lain?
Kebanyakan diet yang kita rujuk di internet tidak seiring dengan kehidupan kita. Jadi, why not kalu kita diet berdasarkan keperluan badan kita sendiri? Seseorang mungkin boleh diet dengan tak makan nasi 3 bulan tapi adakah kita mampu? Solusi dia ialah berdiet mengikut type darah sendiri. Memandangkan aku berdarah jenis B, aku start dengan cara pemakanan untuk orang yang berdarah jenis B.

Orang yang mempunyai darah jenis B ni selalunya boleh consume dairy products. Baru aku tau yang kebanyakan makanan kegemaran aku adalah racun untuk badan aku. Mari aku kelaskan berdasarkan cara kehidupan aku. Apa yang kita perlu tau ialah, orang yang ada darah jenis B ni, portion utama makanan dia ialah sayur + buah dalam portion besar dan portion yang kecil untuk karbo. 

Daging
Sesuai: kambing, arnab, rusa
Sekali skala: daging lembu, ayam belanda
Racun: ayam, itik

Ikan/ Makanan laut
Sesuai: Salmon, ikan kod, ikan kembung, sardin
Sekali skala: sotong kecil (squid), ikan keli, abalone, scallop
Racun: udang, sotong besar (octopus), tiram, ketam, belut

Produk Tenusu
Sesuai: Susu rendah lemak, yogurt, mozzarella cheese, cottage cheese
Sekali skala: cheddar cheese, buttermilk, mentega, parmesan cheese, susu soya, full fat milk
Racun: Ice cream (O_O)

Minyak
Sesuai: Minyak zaitun
Sekali skala: Tiada
Racun: minyak jagung, minyak canola, minyak bijan, peanut oil, sunflower

Kacang
Sesuai: Kacang merah, kacang soya merah
Sekali skala: kacang hijau, almond, pecans, chestnuts, macadamia, walnut
Racun: pistachio, peanut, kacang bijan, labu

Karbohidrat
Sesuai: Oatmeal, nasi (small amount)
Sekali skala: wheat
Racun: Buckwheat (no buckwheat soba/udon for me after this)

Sayur
Sesuai: Sayur hijau especially ulam-ulaman. carrot, cauliflower, kobis (grrr..aku xsuka kobis), shitake mushroom, terung, capsicum 
Sekali skala: timun, bawang putih, halia, lettuce, bawang merah, cendawan, bayam, seaweed
Racun: Jagung, buah zaitun, tomato, tofu, labu, tempeh, taugeh

Buah-buahan - eat alone, 1 hour before consume any food
Sesuai: Pisang, anggur, nenas, betik, plum
Sekali skala: kiwi, lemon, epal, tembikai, mangga, oren, pic, prune, kismis, strawberry
Racun: kelapa, belimbing

Herba/Lain-lain
Sesuai: Kari (ley makan kat mapley selalu, haha), halia
Sekali skala: All except the one mentioned in the Poison section, mayonnaise, salad dressing (from acceptable ingredient), mustard, pickles
Racun: cinnamon, corn syrup, gelatin, lada putih dan hitam, sos tomato

Minuman
Sesuai: Jus buah dari section 'Baik & Sekali skala', green tea
Sekali skala: coffee, tea
Racun: All carbonated drink. 

Berdasarkan guide yang diberi, makanan peberet yang menjadi racun untuk aku seperti:
  • Ice cream
  • Daging ayam dan itik
  • Seafood: ketam, udang, oyster, octopus
  • Lada putih & hitam dalam masakan
Makanan yang aku tak suka tapi menjadi element penting untuk badan aku:
  • Kobis
  • Sardin
  • Kacang merah
So you see folks, kita kena faham keperluan badan kita sendiri before nk taw makanan mana kita nak skip untuk diet. Mungkin ada orang boleh kata, tak perlu nk ikut guide sebijik2 tapi ia penting untuk tidak merosakkan badan kita dengan racun2 yang kebanyakannya dalam kes aku, adalah makanan yang sedap dan peberet aku. Siapa yang tak nak badan sihat kn? Tak kira la umur korang berapa pun. Tapi jangan lupa, diet2 gak, eksesais jangan tinggal.

4 comments:

  1. hehehe... aku pon darah B dan peberet aku pon ESKREM & JAGUNG & AYAAAAMMM!!!! :'(

    ReplyDelete
  2. Hehe. Mmg sucks kan? Yang sedap tu la yang racun. Tapi mmg org kata camtu pn. Selalunya yang sedap tu la yang tak elok utk kesihatan. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. Hi,
    sy br cr info psl diet ni..tp blm jupe lg org yg btul2 buat n berjaya..so klo xkeberatan,nk tau..jadi x diet ni utk awak..tq :)

    ReplyDelete
  4. Jadi, digestion lebih lancar and badan rasa lebih ringan lpas tu. But temptation terlalu tinggi. So selalu end up jadi yoyo

    ReplyDelete

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...