Monday, March 12, 2012

Icon Forever Alone Terunggul: The Slovak Batman

Akhirnya! Icon untuk 'Forever Alone' terunggul sudah dijumpai. Kesian gak aku tgk kehidupan dia cuma aku agak curious dgn keputusan dia untuk menjadi seorang Batman. Introducing The Slovak Batman, Zoltan Kohari. Dia tinggal di perkampungan kecil di Dunajska Streda, 55km arah selatan dari ibu kota Slovakia, Bratislava.

Penduduk kampung mengenalinya sebagai hero di dalam kostum Batman. Zoltan Kohari yang berumur 26 tahun, tinggal berseorangan di bangunan yang sudah lama ditinggalkan dengan tiada bekalan air dan elektrik. Tiada bantuan dari Alfred ataupun Robin the Boy Wonder. Buat masa ni, tiada Batmobile dipandu di persekitaran Gotham City untuk melawan penjahat seperti Joker, Mr. Freeze, Poison Ivy ataupun Penguin. 


Malah lelaki ini belum lagi memulakan pengembaraannya membanteras jenayah. Tetapi dia percaya dengan keadilan dan mahu menolong pihak polis. Buat masa terdekat ini, The Slovak Batman hanya mampu membantu meringankan beban penduduk kampung dalam aktiviti harian mereka. Sebagai balasan, penduduk kampung memberinya makanan kerana hero kita ini masih hidup dalam kemiskinan. 




I pity you, man. Hope you find better life in the future. God bless you.

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...