Monday, March 19, 2012

Kenapa Orang Kita Mahu Jadi Artis?

Have you ever think that kenapa orang kita suka sgt nak jadi artis? Tidak kira la penyanyi atau pelakon, tapi tetap artis. Dari kecil hinggalah dewasa, banyak program realiti hiburan yang melahirkan golongan artis baru. You named it, AF, Bintang Kecil, Mentor, Pilih Kasih, On-Air, etc. Semua program tersebut bakal menambah bilangan artis-artis muda dalam industri hiburan kita.

Jadi, kenapa ramai teringin nak jadi artis? It seems that being an artist is the priority matter compared being excel in education. Ramai ibu bapa pulak menyokong usaha anak-anak menyanyi dari menghantar ke kelas tuisyen/tambahan untuk menguatkan lagi skil menjawab soklan exam.
 Jadi apa yang membuatkan orang kita begitu berminat untuk menjadi seorang artis? Apakah pakej istimewa yang dijanjikan?

Pengaruh kejayaan Datuk Siti Nurhaliza 


Bermula dengan pertandingan nyanyian Bintang HMI 1995, Datuk Siti memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan berpeluang membuat persembahan di Royal Albert Hall, London. Beliau juga mempunyai peminat di seluruh pelusuk asia tenggara. Kemudian Datuk Siti memula perniagaan kosmetik, Simply Siti dan was being commercialized since then. 

Menyimpan hasrat menempa nama di Hollywood seperti Mizz Nina.
Seperti artis-artis yang lain, kalau tanya diorg terutamanya penyanyi, mereka mahu menjadi seperti Mizz Nina, dapat menempa nama dan berduet bersama artis-artis terkenal Hollywood. Siapa yang tak nak? Prospek karier di Hollywood lebih cerah. Seperti Mizz Nina, kes dia lain memandangkan die mmg datang dari keluarga yang berada. Bayangkan nak membayar Flo Rida untuk berduet pon, agak2 brapa cas yang dikenakan?

Glitz & Glam

Siapa yang tak mahu kelihatan cantik? Everytime ade anugerah, si artis sudah tersedia rapi dengan makeup di muka beserta dress dari designer terkenal. Kebanyakan adalah sponsors/sewa, berbanding orang biasa seperti kita yang terpaksa membeli sebuah dress dan membiarkan dress itu di dalam almari selepas abis majlis. Takkan nak g pavilion pakai haute couture dress kan? =)

Pendapatan lumayan seorang artis

Dengan tawaran nyanyian/lakonan yang melimpah ruah, maka si artis akn mampu untuk memiliki kereta mewah idaman masing2. Bagi yang kerja makan gaji cam aku ni, untuk memiliki kreta seperti ni, 10 tahun savings pon lom tentu mampu memandangkan banyak lagi benda penting untuk dibayar daripada installement kreta dan insurans yang cecah ribuan ringgit sebulan. 

Tapi, contoh yang aku beri tadi hanya berdasarkan beberapa artis kita yang kita boleh consider as berjaya. Bagaimana pulak yang selebihnya? Kalau purata dalam 10 orang artis dlm industri hiburan kita, aku boleh katakan dalm 3 orang saja yang dikategorikan berjaya. Selebihnya apa jadi? Bagi yang berlumba-lumba nak masuk dunia hiburan, pernahkah anda terpikir kebarangkalian anda untuk berada di dalam golongan purata 7 orang artis yang kurang berjaya?

To the newcomers, you might consider this kalu ingin menceburkan diri dalam dunia hiburan:

Dunia yang penuh hasad dengki
As you know, banyak artis2 muda telah banyak mencetuskan kontroversi dengan gambar2 superimpose mereka. Superimpose atau tidak, itu bukan isunya. Itu hal dia dengan Allah. Tapi apakah hak kita untuk menyebarkan aibnya pada awam? Fitnah atau tidak, tidak kah kita terpikir kesan 'gossip hangat' ini boleh memporak perandakan hidup orang? Apa korang rasa kalu situasi ini berlaku pada korang sndri? Tertekan bukan? Bayangkanlah keadaan korang berada di tempat mangsa sebelum mahu menyebarkan aib si dia.

Dakwaan di atas mengatakan Azean Irdawaty telah meninggal dunia. Apa perasaan korang kalau ade pihak yang mendakwa parents korang dah mati? Selalu nya orang yang suka membuat fitnah dan spekulasi ini, dia sukakan adrenalin & drama yang terhasil dari gossip yang dicipta. Sebab itu lah drama bersiri terutamanya soap opera ade pengikut setia. Those conflict & drama yang dihasilkan membuatkan penonton melekat di depan skrin TV untuk mengetahui cerita selanjutnya. People just loves drama too much.

Langit tidak selalu cerah
Bagi artis muda seperti Yana Samsudin, Intan Ladyana, Jozan, Nabil, etc, tawaran berlakon masih melimpah ruah. Dengan menjadi duta produk sana sini, artis seakan mempunyai kehidupan yang mewah. Tapi sampai bila? Hingga suatu masa, artis akn mempunyai expiration date sendiri. Kalau dulu Shaheizy Sam teramatlah popular sehingga semua movie ada muka dia, sehinggalah expiration date dia sudah tiba dan kemudian digantikan dgn Aaron Aziz & Ady Putra. 
Pada waktu itu juga, jika Shaheizy Sam tiada back up plan seperti memulakan perniagaan, production house ataupun berjinak dgn teater, tapi tetap mengharapkan kerjaya lakonan semata-mata, dia mungkin akn mengalami nasib yang sama seperti artis veteran yang lain. Terbaru, artis veteran Pak Aziz Satar menerima bantuan rakyat 1Malaysia dan juga baru-baru ini, 30 orang artis menerima bantuan kebajikan dari Karyawan. 

Breach of Privacy
Bila korang menjadi artis, suatu yang pasti ialah privasi korang akn sentiasa dicerobohi. Contoh di atas berlaku ketika sorang hacker menggodam data-data peribadi artis termasuk no telefon, IC, alamat rumah. Semua orang ingin tahu tentang hidup seorang artis. Kalu tak, xde la ade suatu rancangan yang mempunyai slot untuk menyelongkar beg tangan artis untuk mengetahui barang ape yang slalu dibawa oleh si artis. For me, itu my personal privacy and nobody needs to know apa yang aku bawak.  

Good news or bad news dalam hidup si artis, privasinya akn diceroboh sama ada oleh wartawan mahupun penggodam. Seboleh-bolehnya privasi si artis akn diceroboh hingga ke atas katil. Bila bercerai, the she said-he said story akan keluar. By that time, segala cerita & spekulasi yang boleh memalukan si artis akn keluar. Gambar2 aktiviti si artis bersama rakan2 turut disebarkan dan kemudian jika aktiviti itu tidak baik di mata masyarakat, dia akan dicemuh.

Kerenah Wartawan
Masih ingat lagi dengan FB hatepage tentang wartawan hiburan kita? Dan masih ingat lagi ke pertempuran antara seorang pelakon dengan para wartawan? Pelakon tersebut telah menulis status berbaur amarah di FB serta membuat ugutan bunuh kerana mungkin terlalu marah dengan sikap wartawan hiburan kita. Banyak gak aku baca section hiburan di mana kebanyakan wartawan akan menuduh si artis itu sombong jika tidak menegur wartawan tersebut. So the moral of the story is jika tidak mahu dikutuk di akhbar, si artis kena be friendly pada semua wartawan, walaupun si wartawan telah mengajukan soklan sensitif padanya. 

Jadi, bagi aku menjadi seorang artis adalah langkah berisiko terutamanya dengan kehadiran social media skang. Kewujudan FB, Twitter/forum telah membuatkan sesuatu berita baik/buruk tentang seseorang artis itu tersebar dengan lebih pantas dari sebelum ini. Terutamanya bila si artis suka membuat aktiviti riadah bersosial bersama rakan-rakan. Masyarakat hanya menunggu masa untuk mencemuh sahaja jika ada bad news berlaku. 
Sebagai newcomer dalam industri, sanggupkah kita untuk menempuhi kebarangkalian kita untuk diaibkan dengan fitnah? Sanggupkah kita membiarkan diri dicemuh oleh masyarakat secara terbuka bila kita melakukan kesalahan? Ini bukan Hollywood di mana kontroversi juga boleh digunakan untuk publisiti. Ini industri hiburan Malaysia, kontroversi + cemuhan masyarakat boleh menjatuhkan karier seseorang artis. 

Jadi back to main question, kenapa masih ramai nak jadi artis? Hhhmmm...

1 comment:

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...