Thursday, March 1, 2012

Satu Persamaan Dalam Kontroversi Lynas, Erykah Badu & Tun M

Bermula dengan kes Lynas Corp dan kesan radiasinya, kemudian timbul pula isu Erykah Badu dengan tatu kalimah Allah, dan selepas itu kes Tun M dengan pendapatnya tentang hudud. Tiga kontroversi dalam masa yang sama tapi terdapat satu benda yang mempunyai persamaan iaitu respons org kita.
Click for bigger version via here

Org2 kita memang terkenal dengan sikap yang cepat melatah tanpa sebarang usul periksa. Contoh? Kes Amalina Che Bakri. Bile seorang menyebarkan kisah peribadi die di internet maka beberapa org kita terlalu cepat melenting dan bersikap terlalu 'offensive'. Padahal, die menjadi 'offensive' hanya berlandaskan cerita2 yang dikongsi di laman sesawang tanpa mengetahui cerita yang sebenar2 nya.

Begitu juga dengan politik. Kebanyakan yang menjadi isu ialah bile sesuatu isu itu diserang secara peribadi. Hanya menegur sedikit sahaja tentang ketaksuban org kita terhadap politik, aku diserang secara peribadi suatu ketika dulu.

"Oh..kira share tentang personal life lebih baik yer?"

Padahal kebenarannya, aku tidak mengajak org untuk berkongsi tentang kisah peribadi di FB pon, cuma hanya bercakap tentang sikap org yang kita yang 24/7 bersembang tentang politik semata2. Aku boley print screen status aku itu tapi aku kena carik balik memandangkan status tu adalah status beberapa bulan yang lepas. Walupun aku agak meleret, tapi poin die adalah kenapa perlu melatah dan menyerang secara peribadi tanpa memahami maksud sebenar kenyataan yang aku berikan?

Begitu juga dalam kes-kes yang lain. Dalam FB terutamanya, kes 2009-2010 dibawa kembali ke dunia FB 2012 dan disebarkan kesalahan nya. Kemudian, para pengomen mula mengutuk si pesalah tanpa was-was, hingga ada yang sanggup menghina ibu bapa si pesalah itu tanpa rasa bersalah langsung. Padahal, kesalahan yang dilakukan itu mungkin die sudah taubat dan kita pula yang menjadi batu api dgn menyebarkan kembali aib dan kesalahan si pesalah. Dalam wall FB aku skang, begitu ramai yang bising tentang isu Tun M, Erykah Badu dan juga Lynas. Cuba kita amati setiap isu tersebut.

Isu Lynas
via link

Bermula dengan isu radiasi oleh sisa bahan radioaktif yang dikenali sebagai 'rare earth'. Impak negatif nye memang merisaukan penduduk terutamanya penduduk yang duduk berdekatan dengan kilang radioaktif itu. Positif impak nye ialah pengeluaran radir bumi ni boleh membantu perkembangan ekonomi Malaysia. Memandangkan radir bumi ni digunakan untuk bahan elektronik, Malaysia boleh menjadi pengeluar bahan mentah ini terutamanya bile bahan mentah petroleum sudah berkurang.

You can read more about rare earth impact in our daily life here. Penentangan rakyat terhadap isu ada logik nya. Akan tetapi, ada beberapa orang kita yang terlalu cepat melatah hingga menganggap isu ni sebagai manipulasi politik. Apa ni? Boleh tak suma menda jangan dikaitkan dgn politik?

Jangan disebabkan DSAI dtg pada perhimpunan hijau tersebut, perhimpunan ini terus dipandang sebagai manipulasi politik. Kalau DSAI tak datang pon, rakyat masih menentang kerana rakyat prihatin terhadap negatif impak radir bumi ni. Luaskanlah pandangan anda. Jangan la nanti bila ayam di reban kena curi, disalahkan juga sebagai manipulasi politik.

Isu Erykah Badu & Tun M

Walupun jenis kontroversi ni berbeza tapi isi kandungannya agak sama. Isu Erykah dgn tatu kalimah Allah, bagi aku, tindakan membatalkan konsert dan juga memecat editor The Star adalah cara yang terbaik untuk menangani isu sensitif ni. Apa yang tidak terbaik bagi aku ialah, respons org kita terhadap isu ini. Begitu amarah sekali dengan perkataan 'Gi celaka, Gi mampus, Sial, I'm prepared with my knife to kill you, etc'.
Our Prophet Nabi Muhammad S.A.W tidak mengajar kita untuk mempertahankan agama dengan respons sebegini rupa. Cukup2 la dengan CNN/BBC menyebarkan propaganda tentang ganasnya agama Islam ni. Takkan kita plak nak menambahkan lagi garam di luka dengan respons2 kita itu? Ada caranya untuk mempertahankan agama kita tapi respons 'immature' sebegini bukan caranya.

Bagi kes Tun M pula, isu ini mengingatkan aku pada isu soklan panas kepada retis. Bila ditanya soklan sebegini pada artis, apa saja jawapan dia, si retis tu akn dihentam. 'No comment' mahupun suatu kenyataan sebagai jawapan, reaksinya akan dikritik juga. Bagi aku, soklan jenis hukum-hukum agama cam hudud ni, lebih afdal kalu ditanya kepada yang lebih pakar. Takut jika tersilap jawab oleh si tukang jawab yang masih tak cukup ilmu di dada, boleh membangkitkan isu sensitif dan silap2 jawapannya boleh terkeluar agama, Masya Allah.
Dalam kes Tun M plak, ramai tau dia sudah nyanyuk tapi kena masih ditanya soklan begini? As expected, orang kita cepat betul melatah. Seperti yang aku mention di atas, bila seseorang melakukan kesalahan, kenapa kita pula yang perlu bersikap 'over the top'? Cacian dan makian, ugutan bunuh dan juga menyebarkan lagi kesalahan pesalah dan berganding bahu bersama pengomen lain untuk mengutuk kesalahan si pesalah. It's like MLM. Bila downline ramai menyebarkan cerita kesalahan pesalah, maka pulangan kutukan pon lumayan. Begini ke caranya isu ditangani oleh orang dewasa? Fikir-fikirkan lah.
Satu video untuk menyedarkan kita bahawa jangan disebabkan seseorang itu kekurangan sesuatu dari segi ilmu, kita merasakan dia tidak layak untuk bersuara. Kita manusia, semua ada kekurangan. Kekurangan kita mungkin menjadi kelebihan dia. Aku taw video ni da lama tapi saja mengingatkan kembali.
Have u ever thought that this controversies regarding Erykah's & Tun M's is a distraction for us for not keeping yelling to stop Lynas? Think about it. Jangan melatah, tapi pikirkan kemungkinan dia. Our media mass does this all the time.

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...