Saturday, April 28, 2012

Cabin in the Woods Movie Review

Aku memilih untuk menonton cerita ni sebab The Avengers is too mainstream. Hahaha. No lah, memandangkan  The Avengers baru keluar, confirm2 lah harga tiket melambung-lambung dan lebih baik aku tunggu lambat sikit kasi harga turun. Bab seat penuh, takda masalah bagi aku sebab memandangkan ade GSC nye apps, aku ley book seat anywhere, anytime tanpa perlu beratur panjang. Concern aku ialah kalau cerita The Avengers ni macam Transformer, action semata-mata tapi isi cerita haram takdak.

Jadi aku pon memilih untuk menonton cerita ni memandangkan aku big fan of horror flicks. Since it was mentioned that cerita ini menggabungkan semua elemen-elemen yang terdapat dalam Evil Dead, Hellraiser, 13 Ghosts, Scream dan cerita seram klasik yang lain. Dan seperti Suckerpunch, 'You will be unprepared'.
Pada mulanya, aku menganggap ia hanyalah cerita klise seram Amerika yang sering diulang dan kita boleh teka remaja mana yang akan mati dibunuh dulu. Ternyata anggapan aku...SILAP! Instead i thought it will be a horror/man slaughter movie, cerita ni sebenarnya menganjingkan filem seram Amerika yang sering menggunakan elemen yang sama. Don't think it is just bunch of stupid low budget American horror movie because it is not. The movie bagi aku, was awesome! Jadi, apakah elemen itu? 
  • 5 atau 6 orang remaja pergi bercuti bersama di suatu kawasan terpinggir. Putus dengan komunikasi dunia luar
  • Berparti habis-habisan sebelum malam pembunuhan berlaku
  • Remaja dibunuh oleh pembunuh bersiri, hantu/zombie yang diseru melalui jampi serapah yang ditemui di stor bawah tanah, ataupun rasukan
  • Selalunya blonde dipilih untuk menjadi sundal yang seksi. She always dies first
  • Watak virgin, naive atau pendiam selalunya terselamat.
Senarai di atas ialah some of the elemen yang selalu dipakai dalam filem seram Amerika. It turned out to be this movie is a really dark comedy movie. Dan ia menjadi subjektif bagi aku untuk memberi rating yang tepat kerana ada garisan yang amat nipis yang membahagikan antara kumpulan yang boleh menginterpretasi dark comedy yang dibawa ini dan juga kumpulan yang tak akan faham hala tuju cerita ini seterusnya melabelkan cerita ini cerita bodoh. 
Cerita ini berkisar 5 orang anak muda yang bercuti di sebuah kabin di dalam hutan. Pada malam pertama ketika mereka bermalam di sana, mereka terjumpa stor bawah tanah tinggalan bekas pemilik kabin dan menjumpai diari yang menceritakan pembunuhan yang berlaku di kabin itu. Dan bermulalah malam penderitaan mereka. If you think you know this story, think again. It will blow your mind like it did to mine. Kalau korang baca review yang lain, kebanyakan author susah untuk memberi review cerita ini tanpa perlu menghuraikan teka-teki yang dibawa oleh cerita ini. Teka-teki cerita ini yang menjadikan filem ini menarik dan unik. 
Cerita ini membawa komedi sinis tentang kenapa perlu mencipta cerita di mana a group of young, attractive and sexy people menjadi mangsa pembunuhan kejam tanpa sebab? Dan kenapa watak naive, pendiam tiba-tiba boleh menjadi hero of the day? Filem ini juga menyindir tentang isu asal bahasa asing je, it must be a ritual spell to wake up the undead. Banyak komedi gelap berbaur sinis yang dibangkitkan dalam cerita ini . Sebab tu aku cakap, tak semua orang boleh faham cerita ini. 
Permulaan cerita, kita akan disajikan dengan pengenalan pada dua orang lelaki lewat 40-an yang seakan mengawal dan memanipulasi nasib anak-anak muda ini. Apa kaitan mereka dengan cerita ini, kenalah tengok. Tak seprais la kalau aku cerita semua. Tapi babak pembunuhan kejam sememangnya ada. Ada jugak babak yang membuatkan jiwa aku terperanjat seketika. Even aku juga terperanjat di babak awal cerita ini di mana kabin yang digambarkan itu sebijik dengan kabin cerita Evil Dead. 
Tapi macam aku cerita tadi, filem ni adalah komedi gelap. It's not a straight forward movie. True horror movie fans je yang akan paham komedi sinis yang dibawa dalam cerita ini. Sebab kalau yang bukan kaki tgk cerita seram, die tak akan sedar atau tahu elemen-elemen yang sering diulang dalam filem seram Amerika. Jalan cerita, walaupun ade twist, tapi kisah tentang percutian sekumpulan remaja yang berakhir dengan pembunuhan, sememangnya tiada apa yang istimewa. Tanpa twist yang dicipta, movie ni biasa sahaja. Tapi disebabkan twist itulah yang menjadikan filem ni amat menarik bagi aku. Twist dia lebih kurang macam Baik Punya Cilok. In the end, penonton yang kena main sebab tidak bersedia dengan twist cerita ini. 
Jangan menganggap filem ni seangkatan dengan filem sengal keluaran Wayan Brothers. Sebab Cabin in the Woods sememangnya lain dari yang lain. Dia menghiburkan penonton dengan caranya yang tersendiri. Sememangnya, korang tak akan tengok cerita seram Amerika with the same conventional way again. Asal tgk cerita seram je, you will probably remember back to this movie. With that, bagi aku, aku kasi 4 out of 5. You have to go and see it. Sesiapa yang da tgk, do share your rating and view with me about this movie. Lain orang, lain pendapat. 

Thursday, April 26, 2012

Photo Outing: Kuantan

Last week aku pergi Kuantan untuk sesuatu hal. Jadi, da alang-alang berada di Kuantan tu, aku pon grab kamera aku yang sememangnya sudah lama berhabuk dan start snapping again. Aku da lama tak pergi mana-mana outing sekarang ni. Yang terakhir rasanya tahun lepas. Ini outing pertama untuk tahun ini and looking for more this year. Enjoy!






The last 3 photos were taken from Ipoh's Retro Outing which happened on the same day. So the picture is credited to my photog friend, www.silveramin.com. More on My Portfolio that I can't change the name because FB said so.

Monday, April 23, 2012

Top 5 Worst Songs of the Century - Problem?

Aku jarang want entry berkaitan video. Sbb aku pon rasa annoy untuk menunggu video abis buffering. But this one you have to see. Rugi kalau tak dengar. Boleh membuatkan telinga korang berdarah ataupun bernanah. Here is my top 5 worst songs of the century.

Starting with..
5. Celine Dion - My Heart Will Go On
Lagu dia mmg classic ballad. Tapi kalau diulang berjuta-juta kali dalam radio dan TV, aku pon naik muak dengar. Yes I know, your heart will go on, but please stop going on and on, whining about your love life.

4. Right Said Fred - I'm Too Sexy
Does a song praising about how sexy your are but you're actually not, is sexy?

3. Don't Put it On Me - Courtney Stodden
What can I say? Ramai penyanyi suka menyanyikan lagu yang memuji kecantikan/kehebatan diri sendiri.

2. Rebecca Black - Friday
Sebelum ini, this song is the worst ever to hear. Sehinggalah lagu #1 muncul. Now I feel sorry for Rebecca. Keep making songs again, let's make it a Monday song, perhaps?

1. Hot problem - Double Take
A new winner has overtake Rebecca Black in winning the worst song ever. Sekali lagi lagu yang memuji kecantikan diri sendiri menjadi fokus utama dalam lagu ini. Hahahha. Telinga aku...aaaaaa!

#Thanks to 9GAG for introducing this 'Hot Problem' crap to me and ruining ma ears.

Thursday, April 19, 2012

Drama Telenovela Politik: Sesuatu Yang Kita Tak Sedar

What's new this week? Selain dari wall FB aku dibanjiri dengan post2 berbaur politik yang kelihatan tiada penamatnya, the rest of the week is pretty bored and dull. Politik ialah suatu isu yang terlalu sensitif dibincangkan sesama dewasa. Aku pernah terkena, hanya disebabkan menegur pihak yang terlalu obses dengan politik hingga setiap masa mengemaskini ketidakpuastiannya terhadap perkara-perkara yang diterajui kerajaan, aku diserang secara peribadi.
Is this how an adult deal a discussion? By personal attacking? Is this kind of leader that we want to rule the country? Menerajui kerajaan dan menggunakan isu peribadi untuk menegakkan benang yang basah. We're adult now, let's discuss in mature way, tanpa melibatkan sebarang isu seksualiti/sebarang isu yang berbaur peribadi.

Terkini, blog2 di laman sesawang kian panas dengan kisah demonstrasi pelajar untuk memansuhkan PTPTN. Ade blogger yang menyokong, ade pulak yang membantah. Aku? Aku tidak memihak pada sesiapa, aku hanya pandang pada pros & cons sesuatu perkara dan aku cuba untuk mengelakkan dari mencampurkan dengan personal interest aku.
Aku menulis entri ini bukan untuk menghasut ataupun mengajak para pembaca untuk menyokong sesuatu. Hanya mahu berkongsi apa yang aku rasa tentang sesuatu benda yang kita tidak sedari kerana terlalu obses dengan sesuatu perkara. PRU makin dekat, maka makin banyaklah drama telenovela politik menyerang calon yang bertanding sehingga isu peribadi dibangkitkan. Tidak kira pembangkang atau kerajaan, mereka sepatutnya bertanding secara dewasa memandangkan calon2 yang bertanding suma da kategori bapak orang.

Cakap memang senang sebab sememangnya PRU yang bersih & telus sangat impossible kerana masing-masing ade personal interest yang tersembunyi. Dan pada waktu ini jugalah, masing-masing mencipta drama telenovela tersendiri untuk menunjukkan betapa prihatinnya mereka untuk membela nasib rakyat for the sake of memancing undi. Dan sayangnya, tidak semua sedar akan drama yang dicipta dan mengambil isu itu terlalu serius sehingga begitu obses dan emotional.
Di kala anda begitu sibuk melaungkan tuntutan anda dalam suatu demonstrasi, di kala anda sibuk mengemaskini status FB dengan cerita2 politik yang tak henti-henti, sedarkah anda negara kita mungkin akan mengalami inflasi seperti tahun 1997? Adakah kita sedar dengan situasi ini? Ini bukan spekulasi, ini sekadar info untuk langkah berjaga-jaga di kemudian hari. Ramai pakar ekonomi, even aku sendiri berbincang dengan ejen insurans, mengatakan ramalan inflasi kemungkinan akan berlaku tahun ini.
Matawang USD, Pound sudah pon turun dan Bank Negara Malaysia (BNM) sudah meletakkan garis panduan dengan menggunakan gaji bersih instead gaji kasar untuk membuat pinjaman. Sedarkah kita bahawa garis panduan BNM yang baru itu seakan-akan menceritakan BNM sudah nampak ramalan ini? Jadi untuk yang ingin pergi bercuti luar negara, beli rumah/kereta baru, aku rasa better tangguhkan dulu, sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau ramalan tidak menjadi, bagus. Kalau menjadi, at least ade saving sikit untuk menyara hidup. Dan please, aku mintak ramalan ini tidak dijadikan isu untuk bahan politik yang terbaru. Please don't be that desperate cow.

Ramalan inflasi ini adalah salah satu contoh di mana tidak semua sedar dan bersedia menghadapi (jika berlaku) akan bahana yang mendatang kerana terlalu obses fokus pada sesuatu perkara. Kalau ramai da sedar akan propaganda kerajaan melalui TV3, kenapa susah nak sedar akn perkara sebegini? Adakah kita akan sedar jika ade pihak lain cuba untuk menjajah negara kita kembali di belakang kita, sewaktu kita begitu sibuk melaungkan tuntutan hak masing-masing? Even dalam agama pon mentioned, nak buat apa-apa pon biarlah bersederhana, takut dikhuatiri jatuh pada riak.
Mmg bagus untuk stand up for the right reason. Tapi macam aku cakap td, biarlah bersederhana. Banyak lagi benda lain yang lebih penting dari politik ini. Janganlah sampai anak bini kebulur di rumah, si bapa sibuk melaungkan tuntutan keadilan dalam suatu perkara. Ironi bukan? Jika ada seseorang yang cuba untuk menyerang aku secara peribadi dengan berkata, 'Oh, kira obses dengan kehidupan hedonism bagus la?', ini jawapan aku: bukan bidang politik saja, bidang lain seperti bidang hiburan juga perlulah bersederhana. Jangan terlalu obses pada sesuatu benda. Janganlah terlalu obses dengan artis sehingga sedikit teguran buat retis tersebut pon, terus mendatangkan butthurt dan kemarahan daripada peminat.
Apa-apa cerita yang disebarkan, jangan terlalu cepat melatah dan menuding jari instantly. Berfikirlah secara matang, bukakan minda dan pandangan untuk melihat view yang lebih jauh dan bertanyakan pada diri sndiri, 'What kind of personal interest that they're trying to show here? Should i be bothered?' dan etc. Aku tak kata kita patut ignore dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, tapi it is advisable untuk berfikir dahulu sebelum bertindak. 

"Fight for the right reason and be prepared with the right weapon." 

Sunday, April 15, 2012

My Way Movie Review

Ini movie WAJIB tengok! Masa aku tgk trailer die, it already caught my eyes and lepas tu aku terlupa nk tgk cerita ni. Sehinggalah pada malam aku mencari movie untuk menghiburkan hati lara aku ini, aku ternampak movie ni dalam list. Asalnya mahu tgk 'Battleship' tapi aku agak ragu-ragu dengan ending dia yang mungkin sucks macam Darkest Hour. Seperti kata Darren's, jika korang mahu menonton cerita yang semata2 action dan tiada pengisian, Battleship is for you.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk go for My Way. At least its trailer has given me a little bit of confidence.  And the choice was so right at all! Kalau Darren cakap tiada pengisian langsung dalam 'Battleship', hanya action & CGI effect semata2, you can get both of that in 'My Way', seriously. The drama and conflict, mmg btol2 boleh mmbuatkan mata aku masuk habuk, rase sebak dek pengorbanan dan pengembaraan seorang lelaki yang menjadi tahanan perang seumur hidupnya disebabkan layanan 'double standard' oleh pihak penjajah. It's a good war movie.
Movie ini berkisar tentang Jun Shik Kim yang tinggal bersama keluarganya di Korea, di mana waktu itu menjadi tempat jajahan Jepun. Jun Shik bercita-cita untuk menjadi pelari marathon sukan Olimpik, dan musuhnya ketika zaman kanak-kanak, Tatsuo Kasegawa juga mempunyai cita-cita yang sama. Together, they become rival. Disebabkan suatu peristiwa layanan 'double standard' Japan terhadap Korea, Jun Shik bersama rakan2 terpaksa meninggalkan keluarga dan menjadi tawanan perang di bawah pemerintahan diraja yang diketuai oleh Tatsuo. Pengalaman Jun Shik berterusan sebagai tawanan perang selepas Jepun kalah pada Kesatuan Soviet dan terpaksa berperang untuk Soviet. Apabila Jerman menyerang, Jun Shik & Tatsuo dapat melarikan diri ke kawasan Jerman untuk mencari tempat berteduh. Tetapi mereka dipisahkan disebabkan suatu peristiwa dan bertemu semula di Normandy. 
Yes, the story is filled with lots of violent war actions, explosion and emotional torture. Yes folks, even aku sebagai audience terasa seperti diseksa secara emosi melihat keadaan Jun Shik sebagai tawanan perang dan cita-citanya untuk menjadi pelari marathon Olimpik yang semakin pudar. Melihat keadaanya yang sentiasa diseksa dan dipaksa menjadi kerahan tenaga seterusnya berusaha untuk hidup, membuatkan aku agak sebak melihat keadaanya. Je-kyu Kang pandai bermain dengan emosi penonton. Dia bijak memanipulasi elemen-elemen dalam cerita ini seakan-akan penonton juga bersama-sama Jun Shik dalam keperitan hidupnya.

Do expect the excessive actions of hitting someone with heavy artillery such as guns, sticks, swords, rifle butt, etc. Visual sinematografi memang terbaik dalam cerita ini. Pelbagai visual yang bakal membuatkan mata korang kurang selesa seperti tawanan perang yang mati disebabkan kesejukan terlampau, akn dibakar dlm incinerator untuk memanaskan kawasan kem. The way Je-kyu Kang menunjukkan kesan buruk sesebuah perang berjaya membuatkan aku berfikir tentang nenek moyang aku ketika berperang menghadapi penjajah. Kanak-kanak pra-matang pavilion disyorkan untuk menonton cerita ini supaya tidak terus leka dengan budaya hipster. 
Para pelakon yang melakonkan watak masing-masing memang menjalankan tugas mereka dengan baik. Tiada satu pon watak yang cuba menandingi watak yang lain. Bagi aku, semua watak menjadi tonggak utama dalam cerita ini. Dong-gun Jang (Jun Shik) & Odagiri (Tatsuo Kasegawa) begitu mendalami watak masing-masing sehingga meninggalkan impak pada aku terutamanya watak mereka mengalami perubahan fasa. Korang akan dapat merasa perbezaan ketika watak Tatsuo terutamanya berkembang dan mengalami fasa perubahan watak. 
Selain perubahan watak, Je-kyu Kang tidak akan meninggalkan penonton berehat dan menikmati cerita ini walaupun seketika. Malah dia seakan-akan membawa penonton bersama sepanjang perubahan era. With the actions and plot yang berat, penonton tidak mempunyai masa yang cukup untuk recover dari babak tense yang sebelumnya kerana babak tense seterusnya is always around the corner. Cerita ini memang betul2 membuatkan mata aku segar sentiasa.
Lastly, filem ini bukan sekadar bunyi bising dari artillery equipment dan pekikan manusia yang tak tentu hala. Ia lebih dari itu. Bagi aku, ia suatu pengalaman yang baru apabila melihat kisah perang dari perspektif Asia. Cerita yang disajikan akn membuatkan korang xkn dpt duduk diam di seat masing2. Ia sangat berbaloi and it should be watched. Aku kasi 5 out of 5 for this one. 

Jika masih merasa ragu-ragu, tgk la trailer nya dulu and think again.



Monday, April 9, 2012

Everyday is a battlefield

Every time i go to work, the inner side of me is always expressing this kind of expression. Everyday is a battlefield in order to stand up  for yourself.

Sunday, April 8, 2012

Meet Zeddie Little: The Ridiculously Photogenic Guy


Remember this guy? He has become internet sensation via 9GAG especially after an amateur photographer took picture of him and uploaded it on Flickr. His name is Zeddie Little and the ridiculously photogenic guy is born. Sekarang ni dia sudah ada FB fan page sendiri dan mempunyai peminat sekitar 20,00 orang sekarang. Jom stalk FB profile die di sini

Secara ironinya, Zeddie cuba menceburkan dirinya dalam bidang PR beberapa tahun yang lalu tapi gagal. Sehinggalah muncul gambar nya sebagai 'Ridiculously Photogenic Guy' yang telah membuat dirinya dikenali ramai. Zeddie dijumpai ketika dia sedang mengambil bahagian dalam acara 10k larian marathon. Dan dia sememangnya ridiculously photogenic guy. See the picture for yourself. And ladies, he's taken. Too late. Hahaha.

Persamaan Antara How I Met Your Mother & Friends


Apakah persamaan yang terdapat dalam HIMYM dan juga Friends? The same producer, Pamela Fryman! Kalau korang tengok Friends & HIMYM, actually kita telah lihat cerita yang sama diulang tanpa kita sedari.
Jadi, bila siri komedi diterbitkan oleh penerbit yang sama, you actually can see the same pattern/formula that Pamela used for the show. 

Manhattan, New York
Kedua-dua show ni menggunakan tema sekumpulan anak muda cuba mengharungi hidup di kota Manhattan, New York. Bezanya antara kedua cerita ini ialah, Friends consists of 6 people, while HIMYM is 5.

Tempat lepak
Dalam Friends, babak lepak banyak berlaku di cafe, Central Perk,  di mana tempat Rachel bekerja sebagai pelayan. Kebanyakan babak berlaku di dalam cafe dengan segala perbincangan, drama, gossip, etc.
Manakala untuk HIMYM, Pamela menggunakan pendekatan yang lebih moden dengan menggunakan bar, Maclaren's Bar sebagai tempat lepak generasi masa kini. Konsep yang sama seperti Friends, dengan mempelbagaikan aktiviti di dalam bar, maka terlahirlah aksi-aksi pick up line dari Barney Stinson. 

The Ladies Man
Popular tagline: How ya doin?

Popular Tagline: Legend, wait for it..dary!

Pamela masih mengekalkan watak The Ladies Man in her show. Walaupun setiap watak adalah unik, tapi konsep masih sama. Sama ada Joey atau Barney, the goal is to hit as many woman as they can using their popular tagline. 

Marriage in Vegas

Monica & Chandler merancang untuk kawen di Vegas, instead Rachel & Ross yang mabuk, telah berkahwin dulu tanpa mereka sedari. The same thing happen in HIMYM where Lily & Marshall tried to elope to Vegas and get married. Tapi hasrat dibatalkan di saat2 akhir. 

Kehadiran selebriti

Salah satu cara untuk Pamela mengekalkan rating show nya ialah untuk menggunakan retis2 Hollywood untuk cameo appearance. Bermula dengan kemunculan Brad Pitt, Bruce Willis, Alec Baldwin, Reese Witherspoon dalam Friends, kemudian Pamela membawa kemunculan Katy Perry, Jennifer Morrison (House), Katie Holmes, Jennifer Lopez untuk menghidupkan lagi rating HIMYM. 

Pregnancy

Kalau sapa yang up to date dengan episod HIMYM yang terbaru, kita tahu yang Lily dah mengandung. Begitu juga dengan Rachel Green yang mengandung hasil hubungan dengan Ross. Cuma yang bezanya, Rachel melahirkan seorang baby girl, Emma sementara Lily is expecting a boy. 

Cinta Tiga Segi

Kalau dulu, seronok jugak tgk konflik cinta tiga segi antara Joey-Rachel-Ross. It was pretty cute to see that the Ladies Man can actually fell in love. Joey declare his feeling to Rachel tapi Rachel tolak. Tapi in the end, Rachel mempunyai perasaan yang sama tapi masih tidak dapat menyembunyikan perasannya terhadap Ross. Sounds familiar was it? That's because the same conflict is repeated in Barney-Robin-Ted love triangle. 

Hot Wife is married to Not So Hot Husband

Marshall memang dikenali sebagai seorang lelaki yang hanya mempunyai seorang teman wanita dan ended up as marrying her. Berbanding dengan Barney, Marshall mempunyai kesukaran untuk berdamping dengan wanita2 lain selain Lily. Begitu juga dengan Chandler. Chandler amat lemah dalam perhubungan hingga dia mengambil keputusan untuk melamar Monica untuk menamatkan pergaduhan, which what he should be doing is having a communication about it, instead proposing a marriage. 

Perkahwinan Yang Tak Jadi

Kita tahu yang Ted tak jadi kahwin dengan Stella atas sebab Stella meninggalkannya di altar. Semua gara-gara Stella masih menyimpan perasaan terhadap bekas suaminya yang happened to be menghadiri perkahwinan Stella. Begitu juga dengan perkahwinan Ross pada Emily. Secara terbaliknya, Rachel menghadiri perkahwinan Ross dan perkahwinan dibatalkan kerana Ross masih menyimpan perasaan terhadap Rachel. 

Formula yang sama digunakan walaupun jalan ceritanya agak berlainan. Twist tentang siapa yang menjadi ibu kepada anak-anak Ted yang menjadi penggerak utama untuk mengekalkan the excitement of the story. Sebab kita tahu yang lama kelamaan, orang akan jadi bosan sekiranya tiada konflik terbaru dicipta. Contoh terbaik? Akademi Fantasia, setelah sekian lama dan gimik yang digunakan secara berulang, penonton pon da naik jemu. 

Tuesday, April 3, 2012

Random Rant #2 : Wayang

Aku da tengok cerita Wrath of the Titans pada hari kedua ia ditayangkan. Here's the review. Tapi apa yang aku nak cuba katakan di sini ialah tabiat2 orang kita bila masuk wayang. It's 2012 already, i thought people is civilized already but i was wrong.

  • Da berapa kali iklan di buat di dalam wayang, sila tutup telefon bimbit anda atau letakkan ia dalam Silent mode supaya tidak menganggu orang lain untuk menonton wayang. Tapi masih ada beberapa manusia yang membiarkan telefon nya berbunyi, terutamanya BBM ringtone sehingga habis movie.
  • Jika anda mahu mengubah posisi kedudukan anda ketika menonton wayang, consider sikit orang yang duduk di depan anda. Elakkan dari menendang kerusi orang depan anda ketika anda mahu mengubah posisi kedudukan. Aku taw, duduk lama2 dalam tu lenguh jugak kan?
  • Sila kurangkan the suspense of the movie dengan tidak menjadi pencerita movie yang tidak bertauliah. Kami mahu melayan movie dengan tenang. Kami tidak mahu mendengar suara anda di belakang bercerita tentang segala aspek dalam movie tu ketika movie sedang ditayangkan
  • Jika anda membeli tiket dan seat anda berada di barisan hadapan, janganlah sesuka hati menukar dan duduk di tempat orang lain. You are aware that front row is the only one left which is available so take the consequences la. 
  • Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak menonton wayang, kawal lah anak anda. Jangan reti buat anak tapi tak reti jaga. Dan, kalau boleh, elakkan lah dari membawa mereka menonton midnight movie supaya aktiviti lewat malam tidak menjadi kebiasaan bagi mereka bila besar nanti. 
  • Bila hall cinema da bukak, tak perlu rasanya nak berebut2 masuk. Seat sudah dipilih mengikut kemahuan masing-masing, iklan-iklan/trailer selama 15minit akan ditayangkan sebelum movie tu betul-betul start, so what's the rush and cutting queue, man?
Speaking of annoying habit in the movie, aku teringat peristiwa ade seorang minah bimbo tgk cter Wrath of Titans. With her short skirt with sleeveless blouse, she clearly in the wrong cinema hall. She can't behave properly and walaupun da banyak kali iklan PSA mengajar supaya menutup handphone atau put it in silent mode during the movie was on. She shouted her friend's name that was sitting the back row, and she laughed really loud. 
Semasa movie ditayangkan pon, die keep texting with her BBM and her BBM keep ringing, and aku xnampak langsung yang dia pay attention to the movie. Aku xtaw nape she chose the movie in the first place because clearly Wrath of the Titans is not her taste at all.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...