Saturday, April 28, 2012

Cabin in the Woods Movie Review

Aku memilih untuk menonton cerita ni sebab The Avengers is too mainstream. Hahaha. No lah, memandangkan  The Avengers baru keluar, confirm2 lah harga tiket melambung-lambung dan lebih baik aku tunggu lambat sikit kasi harga turun. Bab seat penuh, takda masalah bagi aku sebab memandangkan ade GSC nye apps, aku ley book seat anywhere, anytime tanpa perlu beratur panjang. Concern aku ialah kalau cerita The Avengers ni macam Transformer, action semata-mata tapi isi cerita haram takdak.

Jadi aku pon memilih untuk menonton cerita ni memandangkan aku big fan of horror flicks. Since it was mentioned that cerita ini menggabungkan semua elemen-elemen yang terdapat dalam Evil Dead, Hellraiser, 13 Ghosts, Scream dan cerita seram klasik yang lain. Dan seperti Suckerpunch, 'You will be unprepared'.
Pada mulanya, aku menganggap ia hanyalah cerita klise seram Amerika yang sering diulang dan kita boleh teka remaja mana yang akan mati dibunuh dulu. Ternyata anggapan aku...SILAP! Instead i thought it will be a horror/man slaughter movie, cerita ni sebenarnya menganjingkan filem seram Amerika yang sering menggunakan elemen yang sama. Don't think it is just bunch of stupid low budget American horror movie because it is not. The movie bagi aku, was awesome! Jadi, apakah elemen itu? 
  • 5 atau 6 orang remaja pergi bercuti bersama di suatu kawasan terpinggir. Putus dengan komunikasi dunia luar
  • Berparti habis-habisan sebelum malam pembunuhan berlaku
  • Remaja dibunuh oleh pembunuh bersiri, hantu/zombie yang diseru melalui jampi serapah yang ditemui di stor bawah tanah, ataupun rasukan
  • Selalunya blonde dipilih untuk menjadi sundal yang seksi. She always dies first
  • Watak virgin, naive atau pendiam selalunya terselamat.
Senarai di atas ialah some of the elemen yang selalu dipakai dalam filem seram Amerika. It turned out to be this movie is a really dark comedy movie. Dan ia menjadi subjektif bagi aku untuk memberi rating yang tepat kerana ada garisan yang amat nipis yang membahagikan antara kumpulan yang boleh menginterpretasi dark comedy yang dibawa ini dan juga kumpulan yang tak akan faham hala tuju cerita ini seterusnya melabelkan cerita ini cerita bodoh. 
Cerita ini berkisar 5 orang anak muda yang bercuti di sebuah kabin di dalam hutan. Pada malam pertama ketika mereka bermalam di sana, mereka terjumpa stor bawah tanah tinggalan bekas pemilik kabin dan menjumpai diari yang menceritakan pembunuhan yang berlaku di kabin itu. Dan bermulalah malam penderitaan mereka. If you think you know this story, think again. It will blow your mind like it did to mine. Kalau korang baca review yang lain, kebanyakan author susah untuk memberi review cerita ini tanpa perlu menghuraikan teka-teki yang dibawa oleh cerita ini. Teka-teki cerita ini yang menjadikan filem ini menarik dan unik. 
Cerita ini membawa komedi sinis tentang kenapa perlu mencipta cerita di mana a group of young, attractive and sexy people menjadi mangsa pembunuhan kejam tanpa sebab? Dan kenapa watak naive, pendiam tiba-tiba boleh menjadi hero of the day? Filem ini juga menyindir tentang isu asal bahasa asing je, it must be a ritual spell to wake up the undead. Banyak komedi gelap berbaur sinis yang dibangkitkan dalam cerita ini . Sebab tu aku cakap, tak semua orang boleh faham cerita ini. 
Permulaan cerita, kita akan disajikan dengan pengenalan pada dua orang lelaki lewat 40-an yang seakan mengawal dan memanipulasi nasib anak-anak muda ini. Apa kaitan mereka dengan cerita ini, kenalah tengok. Tak seprais la kalau aku cerita semua. Tapi babak pembunuhan kejam sememangnya ada. Ada jugak babak yang membuatkan jiwa aku terperanjat seketika. Even aku juga terperanjat di babak awal cerita ini di mana kabin yang digambarkan itu sebijik dengan kabin cerita Evil Dead. 
Tapi macam aku cerita tadi, filem ni adalah komedi gelap. It's not a straight forward movie. True horror movie fans je yang akan paham komedi sinis yang dibawa dalam cerita ini. Sebab kalau yang bukan kaki tgk cerita seram, die tak akan sedar atau tahu elemen-elemen yang sering diulang dalam filem seram Amerika. Jalan cerita, walaupun ade twist, tapi kisah tentang percutian sekumpulan remaja yang berakhir dengan pembunuhan, sememangnya tiada apa yang istimewa. Tanpa twist yang dicipta, movie ni biasa sahaja. Tapi disebabkan twist itulah yang menjadikan filem ni amat menarik bagi aku. Twist dia lebih kurang macam Baik Punya Cilok. In the end, penonton yang kena main sebab tidak bersedia dengan twist cerita ini. 
Jangan menganggap filem ni seangkatan dengan filem sengal keluaran Wayan Brothers. Sebab Cabin in the Woods sememangnya lain dari yang lain. Dia menghiburkan penonton dengan caranya yang tersendiri. Sememangnya, korang tak akan tengok cerita seram Amerika with the same conventional way again. Asal tgk cerita seram je, you will probably remember back to this movie. With that, bagi aku, aku kasi 4 out of 5. You have to go and see it. Sesiapa yang da tgk, do share your rating and view with me about this movie. Lain orang, lain pendapat. 

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...