Thursday, April 19, 2012

Drama Telenovela Politik: Sesuatu Yang Kita Tak Sedar

What's new this week? Selain dari wall FB aku dibanjiri dengan post2 berbaur politik yang kelihatan tiada penamatnya, the rest of the week is pretty bored and dull. Politik ialah suatu isu yang terlalu sensitif dibincangkan sesama dewasa. Aku pernah terkena, hanya disebabkan menegur pihak yang terlalu obses dengan politik hingga setiap masa mengemaskini ketidakpuastiannya terhadap perkara-perkara yang diterajui kerajaan, aku diserang secara peribadi.
Is this how an adult deal a discussion? By personal attacking? Is this kind of leader that we want to rule the country? Menerajui kerajaan dan menggunakan isu peribadi untuk menegakkan benang yang basah. We're adult now, let's discuss in mature way, tanpa melibatkan sebarang isu seksualiti/sebarang isu yang berbaur peribadi.

Terkini, blog2 di laman sesawang kian panas dengan kisah demonstrasi pelajar untuk memansuhkan PTPTN. Ade blogger yang menyokong, ade pulak yang membantah. Aku? Aku tidak memihak pada sesiapa, aku hanya pandang pada pros & cons sesuatu perkara dan aku cuba untuk mengelakkan dari mencampurkan dengan personal interest aku.
Aku menulis entri ini bukan untuk menghasut ataupun mengajak para pembaca untuk menyokong sesuatu. Hanya mahu berkongsi apa yang aku rasa tentang sesuatu benda yang kita tidak sedari kerana terlalu obses dengan sesuatu perkara. PRU makin dekat, maka makin banyaklah drama telenovela politik menyerang calon yang bertanding sehingga isu peribadi dibangkitkan. Tidak kira pembangkang atau kerajaan, mereka sepatutnya bertanding secara dewasa memandangkan calon2 yang bertanding suma da kategori bapak orang.

Cakap memang senang sebab sememangnya PRU yang bersih & telus sangat impossible kerana masing-masing ade personal interest yang tersembunyi. Dan pada waktu ini jugalah, masing-masing mencipta drama telenovela tersendiri untuk menunjukkan betapa prihatinnya mereka untuk membela nasib rakyat for the sake of memancing undi. Dan sayangnya, tidak semua sedar akan drama yang dicipta dan mengambil isu itu terlalu serius sehingga begitu obses dan emotional.
Di kala anda begitu sibuk melaungkan tuntutan anda dalam suatu demonstrasi, di kala anda sibuk mengemaskini status FB dengan cerita2 politik yang tak henti-henti, sedarkah anda negara kita mungkin akan mengalami inflasi seperti tahun 1997? Adakah kita sedar dengan situasi ini? Ini bukan spekulasi, ini sekadar info untuk langkah berjaga-jaga di kemudian hari. Ramai pakar ekonomi, even aku sendiri berbincang dengan ejen insurans, mengatakan ramalan inflasi kemungkinan akan berlaku tahun ini.
Matawang USD, Pound sudah pon turun dan Bank Negara Malaysia (BNM) sudah meletakkan garis panduan dengan menggunakan gaji bersih instead gaji kasar untuk membuat pinjaman. Sedarkah kita bahawa garis panduan BNM yang baru itu seakan-akan menceritakan BNM sudah nampak ramalan ini? Jadi untuk yang ingin pergi bercuti luar negara, beli rumah/kereta baru, aku rasa better tangguhkan dulu, sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau ramalan tidak menjadi, bagus. Kalau menjadi, at least ade saving sikit untuk menyara hidup. Dan please, aku mintak ramalan ini tidak dijadikan isu untuk bahan politik yang terbaru. Please don't be that desperate cow.

Ramalan inflasi ini adalah salah satu contoh di mana tidak semua sedar dan bersedia menghadapi (jika berlaku) akan bahana yang mendatang kerana terlalu obses fokus pada sesuatu perkara. Kalau ramai da sedar akan propaganda kerajaan melalui TV3, kenapa susah nak sedar akn perkara sebegini? Adakah kita akan sedar jika ade pihak lain cuba untuk menjajah negara kita kembali di belakang kita, sewaktu kita begitu sibuk melaungkan tuntutan hak masing-masing? Even dalam agama pon mentioned, nak buat apa-apa pon biarlah bersederhana, takut dikhuatiri jatuh pada riak.
Mmg bagus untuk stand up for the right reason. Tapi macam aku cakap td, biarlah bersederhana. Banyak lagi benda lain yang lebih penting dari politik ini. Janganlah sampai anak bini kebulur di rumah, si bapa sibuk melaungkan tuntutan keadilan dalam suatu perkara. Ironi bukan? Jika ada seseorang yang cuba untuk menyerang aku secara peribadi dengan berkata, 'Oh, kira obses dengan kehidupan hedonism bagus la?', ini jawapan aku: bukan bidang politik saja, bidang lain seperti bidang hiburan juga perlulah bersederhana. Jangan terlalu obses pada sesuatu benda. Janganlah terlalu obses dengan artis sehingga sedikit teguran buat retis tersebut pon, terus mendatangkan butthurt dan kemarahan daripada peminat.
Apa-apa cerita yang disebarkan, jangan terlalu cepat melatah dan menuding jari instantly. Berfikirlah secara matang, bukakan minda dan pandangan untuk melihat view yang lebih jauh dan bertanyakan pada diri sndiri, 'What kind of personal interest that they're trying to show here? Should i be bothered?' dan etc. Aku tak kata kita patut ignore dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, tapi it is advisable untuk berfikir dahulu sebelum bertindak. 

"Fight for the right reason and be prepared with the right weapon." 

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...