Sunday, April 15, 2012

My Way Movie Review

Ini movie WAJIB tengok! Masa aku tgk trailer die, it already caught my eyes and lepas tu aku terlupa nk tgk cerita ni. Sehinggalah pada malam aku mencari movie untuk menghiburkan hati lara aku ini, aku ternampak movie ni dalam list. Asalnya mahu tgk 'Battleship' tapi aku agak ragu-ragu dengan ending dia yang mungkin sucks macam Darkest Hour. Seperti kata Darren's, jika korang mahu menonton cerita yang semata2 action dan tiada pengisian, Battleship is for you.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk go for My Way. At least its trailer has given me a little bit of confidence.  And the choice was so right at all! Kalau Darren cakap tiada pengisian langsung dalam 'Battleship', hanya action & CGI effect semata2, you can get both of that in 'My Way', seriously. The drama and conflict, mmg btol2 boleh mmbuatkan mata aku masuk habuk, rase sebak dek pengorbanan dan pengembaraan seorang lelaki yang menjadi tahanan perang seumur hidupnya disebabkan layanan 'double standard' oleh pihak penjajah. It's a good war movie.
Movie ini berkisar tentang Jun Shik Kim yang tinggal bersama keluarganya di Korea, di mana waktu itu menjadi tempat jajahan Jepun. Jun Shik bercita-cita untuk menjadi pelari marathon sukan Olimpik, dan musuhnya ketika zaman kanak-kanak, Tatsuo Kasegawa juga mempunyai cita-cita yang sama. Together, they become rival. Disebabkan suatu peristiwa layanan 'double standard' Japan terhadap Korea, Jun Shik bersama rakan2 terpaksa meninggalkan keluarga dan menjadi tawanan perang di bawah pemerintahan diraja yang diketuai oleh Tatsuo. Pengalaman Jun Shik berterusan sebagai tawanan perang selepas Jepun kalah pada Kesatuan Soviet dan terpaksa berperang untuk Soviet. Apabila Jerman menyerang, Jun Shik & Tatsuo dapat melarikan diri ke kawasan Jerman untuk mencari tempat berteduh. Tetapi mereka dipisahkan disebabkan suatu peristiwa dan bertemu semula di Normandy. 
Yes, the story is filled with lots of violent war actions, explosion and emotional torture. Yes folks, even aku sebagai audience terasa seperti diseksa secara emosi melihat keadaan Jun Shik sebagai tawanan perang dan cita-citanya untuk menjadi pelari marathon Olimpik yang semakin pudar. Melihat keadaanya yang sentiasa diseksa dan dipaksa menjadi kerahan tenaga seterusnya berusaha untuk hidup, membuatkan aku agak sebak melihat keadaanya. Je-kyu Kang pandai bermain dengan emosi penonton. Dia bijak memanipulasi elemen-elemen dalam cerita ini seakan-akan penonton juga bersama-sama Jun Shik dalam keperitan hidupnya.

Do expect the excessive actions of hitting someone with heavy artillery such as guns, sticks, swords, rifle butt, etc. Visual sinematografi memang terbaik dalam cerita ini. Pelbagai visual yang bakal membuatkan mata korang kurang selesa seperti tawanan perang yang mati disebabkan kesejukan terlampau, akn dibakar dlm incinerator untuk memanaskan kawasan kem. The way Je-kyu Kang menunjukkan kesan buruk sesebuah perang berjaya membuatkan aku berfikir tentang nenek moyang aku ketika berperang menghadapi penjajah. Kanak-kanak pra-matang pavilion disyorkan untuk menonton cerita ini supaya tidak terus leka dengan budaya hipster. 
Para pelakon yang melakonkan watak masing-masing memang menjalankan tugas mereka dengan baik. Tiada satu pon watak yang cuba menandingi watak yang lain. Bagi aku, semua watak menjadi tonggak utama dalam cerita ini. Dong-gun Jang (Jun Shik) & Odagiri (Tatsuo Kasegawa) begitu mendalami watak masing-masing sehingga meninggalkan impak pada aku terutamanya watak mereka mengalami perubahan fasa. Korang akan dapat merasa perbezaan ketika watak Tatsuo terutamanya berkembang dan mengalami fasa perubahan watak. 
Selain perubahan watak, Je-kyu Kang tidak akan meninggalkan penonton berehat dan menikmati cerita ini walaupun seketika. Malah dia seakan-akan membawa penonton bersama sepanjang perubahan era. With the actions and plot yang berat, penonton tidak mempunyai masa yang cukup untuk recover dari babak tense yang sebelumnya kerana babak tense seterusnya is always around the corner. Cerita ini memang betul2 membuatkan mata aku segar sentiasa.
Lastly, filem ini bukan sekadar bunyi bising dari artillery equipment dan pekikan manusia yang tak tentu hala. Ia lebih dari itu. Bagi aku, ia suatu pengalaman yang baru apabila melihat kisah perang dari perspektif Asia. Cerita yang disajikan akn membuatkan korang xkn dpt duduk diam di seat masing2. Ia sangat berbaloi and it should be watched. Aku kasi 5 out of 5 for this one. 

Jika masih merasa ragu-ragu, tgk la trailer nya dulu and think again.



2 comments:

  1. yes! i agree with u! movie ni lagi best dari Battleship. part last mati membe tu mmg sedehhh sangatttttt

    ReplyDelete
  2. i tried not to cry time ending. kang kena gelak. tapi kalu sorang2 tgk dvd, pasti mata masuk habuk juga. hehehe.

    ReplyDelete

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...