Sunday, April 1, 2012

Wrath of the Titans Movie Review

Wrath of the Titans laku bak pisang goreng panas buat masa ni. Kalau nk tgk dalam masa terdekat, adalah berkemungkinan sama ada wayang 'Sold Out' ataupun tempat duduk barisan depan sekali sudah tersedia untuk korang bagi yang sanggup. Selepas mencari seat kosong di IOI Mall (Sold Out), Midvalley (Sold Out), akhirnya aku mencuba nasib di Pavilion (masih ada seat lagi). Terima kasih kepada GSC Iphone Apps. Hehe.

How was it you asked? Seperti Clash of the Titans, aku mengharapkan jalan cerita yang lebih mantap dari cerita yang pertama. Dan ternyata aku silap. Bagi aku, tidak berbaloi tiket wayang untuk cerita ni 'Sold Out' sbb ianya tiada keistimewaanya selain grafik dia yang superb.

1. Jalan cerita masih tak kuat seperti cerita yang pertama. Secara ringkasnya, cerita dia hanya berkisar Hades mahu menghidupkan semula dewa Kronos yang dipenjarakan di 'Underworld'. Kronos dipenjarakan kerana komplot anak2 nya (Zeus, Poseidon & Hades) mahu menguasai Olympia. Sebagai pengampunan untuk komplot tersebut, Hades menangkap Zeus dan menyerahkan kepada Kronos untuk diserap nyawa dan kuasanya. Jadi, Perseus sebagai anak Zeus haruslah pergi ke 'Underworld' untuk menyelamatkan bapanya & menewaskan Kronos. Ringkas bukan?
2. Tiada trick atau twist dalam cerita ni. Sememangnya direct and straight forward. Pengarah membawa penonton ke jalan cerita dari Point A pada Point B. Aku mengharapkan teka teki & cabaran yang dialami Perseus sewaktu di 'Underworld' kerana 'Underworld' dibina untuk tidak boleh dibolosi oleh manusia. Jadi, Hephaestus yang ditugaskan membina struktur 'Underworld' telah membina satu2 nya jalan keluar untuk dirinya selepas 'Underworld' siap. Tapi tiada teka teki, tgk2 da sampai. Padahal, mengikut gambaran perjalanan ke tengah 'Underworld' iaitu Tartarus, gambaran yang diberi tersgt la rumit dan jauh. 
3. Watak pembantu tiada fungsi. Sememangnya fungsi watak pembantu telah diminimumkan sekecil yang mungkin. Bagi orang lain, aku tak pasti. Tapi bagi aku, aku suka tgk kerjasama antara pelakon utama dan pelakon tambahan. Seperti Bunohan, walaupun Jolok sebagai watak pembantu untuk Bakar, tapi dia juga adalah watak penting yang mengerakkan watak Bakar. Tapi dalam cerita ni, watak pembantu sememangnya jadi pak pacak saja. Even watak anak Perseus sendiri. 

4. Action stunt? Boleh la. Walaupun tak seganas cerita Immortal, tapi stunt dia boleh la nak layan. Ok la nak letak 18SG pon. Tapi aku mmg tak puas dgn stunt yang disediakan sebab aku telah meletakkan high expectation untuk cerita ni. Ternyata, tiada perubahan yang berlaku. Masih menggunakan elemen stunt yang sama dari Clash of the Titans. Same old same old. Kalau korang pernah tgk cerita yang pertama, sila expect stunt yang sama diulang untuk cerita yang kedua. Dan tiada chaos-driven dicipta. Korang xkn rasa cemas ketika menonton cerita ni.
5. Seperti yang dijangkakan, grafik memang terbaik. Aku tak nafikan grafik die memang superb. Sedap mata memandang. Tapi the rest, memang tiada apa keistimewaanya. Jalan cerita pon biasa sahaja. Aku rasa jalan cerita Percy Jackson lagi menarik walaupun seems like target audience die adalah kanak-kanak. Tak ada boost factor yang membuatkan aku kagum dgn cerita ni selain grafik dia. Tiada boost impact seperti mana yang aku dapati ketika aku menonton LOTR. Movie tu sememangnya memberi kesan pada aku. Furthermore, dialog yang dikeluarkan adalah kaku dan pengulangan dialog yang sama diulang. Contoh?
"You're my son, you betrayed me.." dan kemudiannya,
"You're my brother, you betrayed me.."

6. Salah satu kesilapan dalam cerita ini yang begitu terang benderang sekali ialah loghat watak masing-masing. Perseus & anaknya, Helius menggunakan loghat Inggeris versi UK, Ares iaitu abangnya menggunakan loghat Amerika, so does Zeus manakala Hades menggunakan British accent. Another mistakes of the movie was, nama tajuk cerita ini ialah Wrath of the Titans yang bermaksud, kemurkaan/amukan Titans. Tapi amukan Titans aku nampak hanya sedikit sahaja bila Kronos akhirnya bangkit dan memusnahkan kem perang Ratu Andromeda sahaja instead the whole world yang digembar-gemburkan dalam cerita ini. Berbanding cerita pertama, Clash of the Titans, mmg nampak la the clashing between gods power and humans. 

Jadi, what's the verdict? Berbekalkan harga tiket RM 15 untuk cerita ni, simply aku cakap tak berbaloi dgn harga tiket. Mentang-mentang movie baru released dan dianggap menjadi movie wajib tengok untuk tahun ini, harga diletakkan pada RM 15. Kalau boleh, tangguhkan dulu, sila tengok cerita lain. Nama movie memang gah, tapi jalan cerita agak membosankan. Aku boleh kasi 2 out of 5 sahaja memandangkan tiada keistimewaan sgt pon cerita ni. Banyak la tu aku kasi 2. Rottentomatoes & DailyMail UK kasi 1 out 5 je.

PS: Mengikut trailer The Avengers & The Dark Knight Rises, nampak macam superb cerita tu. Let's see whether is it worth to watch or not, later.

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...