Thursday, May 31, 2012

Government Service 101: How to Get Good of Conduct Certificate


Good of Conduct Certificate? Atau Sijil Berkelakuan Baik, ini ini apa ini? Serius, ini kali pertama aku dengar kewujudan sijil ini dan ia adalah salah satu requirement bila korang nak sambung/keje luar negara. Bila aku tgk instruction untuk mendapatkan sijil ini, agak mengelirukan jugak la. Sebenarnya bukan agak, memang mengelirukan. Instruction yang aku dapat bersama dengan borang permohonan untuk sijil ini pon tak membantu sangat.

Ada beberapa dokumen yang perlu disahkan, lokasi untuk mendapat pengesahan dokumen2 ini, bayaran untuk setiap proses, etc. Berikut adalah cara-cara utk sesiapa yang nak mohon sijil ini untuk ke luar negara berdasarkan pengalaman aku.

Cara mendapatkan borang:

1. Bukak laman sesawang Kementerian Luar Negeri, click e-consular>good of conduct certificate
2. Daftarkan personal details korang untuk login ke e-consular. This is the only way memandangkan korang kena download borang permohonan melalui cara ini.
3. Lepas daftar, korang boleh isi form melalui online dan print 2 original copies. - No photostat copies for this one. Aku hampir terkena kat sini. Nasib baik bawak 2 original, 2 photocopy. 
4. Tandatangan di mana berkenaan, dan isi nama korang dalam borang akuan yang disertakan sekali dengan borang permohonan sijil kelakuan baik.
5. Fotostat passport di bahagian yang ada personal details & tandatangan korang - 2 keping
6. Fotostat IC - 2 keping
7. Dua keping gambar passport - in case gambar korang upload online semasa isi borang tu tidak diterima


Proses-proses:

Surat Akuan - Ini akan menjadi proses yang pertama memandangkan masa korang hand-in permohonan untuk sijil ini nanti , diorg nak tgk surat akuan yang sudah dicop oleh pesuruhjaya sumpah

1. Bawak surat akuan korang pergi ke Istana Kehakiman - Pesuruhjaya Bersumpah
2. Bergantung pada purpose, setiap dokumen dicaj RM 4. Cam kes aku, memandangkan aku kena hand-in 2 original copies borang permohonan, maka aku dicaj RM 8.

#Pesuruhjaya hanya tandatangan dan mengesahkan borang akuan SAHAJA. The rest of dokumen bukan tanggungjawab dia.
# Jangan hilangkan nombor giliran, dan jangan hilangkan resit pembayaran as pesuruhjaya sumpah itu akan mintak tengok resit berkenaan. 

Borang Permohonan - Dari Istana Kehakiman, korang kena terus drive pergi Kementerian Luar Negeri. Pastikan korang berpakaian casual smart (berkolar, seluar panjang dan kasut). No slippers, suar/skirt pendek. Pak guard akn halang korang dari masuk kalau berpakaian tak ikut peraturan. Memandangkan dia tak mentions jeans, i guess jeans dibenarkan.

1. Pergi ke kaunter pak guard, kasi IC/lesen memandu dan dia akan kasi sehelai slip biru  (jangan hilangkan, isi sebelum keluar dr KLN) dan pas pelawat
2. Masuk ke lobi Kementerian Luar Negeri dan beratur untuk amek nombor giliran
3. Di sini, pegawai akan memeriksa setiap dokumen yang dibawa supaya lengkap sebelum di bawa ke kaunter. Di sini jugak para pegawai akan mengesahkan dokumen korang (passport & ic copy) sebelum memberi nombor giliran.
4. Tunggu di bilik menunggu hingga nombor dipanggil
5. Kasi borang pada pegawai di kaunter beserta RM 20.
6. Kalau everything suma ok, dia akn mntak korang duduk dulu until nombor dipanggil sekali lagi, maka sijil da siap.
7. Fill up the blue slip dan kasi slip & pas pelawat kembali pada pak guard.

#Jangan lupa bawak IC & lesen memandu. Usually dokumen ini akan diminta bila-bila masa untuk pengesahan. 

Harap ini boleh membantu. Ia bergantung negara mana korang pegi. Ada negara yang mintak, ada negara yang tak mintak. Depend on its requirement. Macam passport, selalunya sijil ni boleh siap dalam masa satu hari, tapi bergantung jumlah orang yang datang untuk sebab yang sama. Tapi prosedur siap dlm sehari ni tak boleh diaplikasi kalau korang pergi US, Singapore, Spain, France, Papua New Guinea & Australia.

Usually kalau kena deal dengan government service, usually aku bawak pen aku sndiri, terutamanya bila kaunter mengisi maklumat terlalu ramai. Make sure korang submit all the physical document pada KLN dalam masa 2 minggu lepas korang fill up and sent the online application form.

Monday, May 14, 2012

PS Vita: The Introduction

Introducing a new product dari Sony, PS Vita. Actually PS Vita da launched kat Japan and Singapore a few months ago. Cuma seperti biasa, Malaysia lambat trip sikit. Officially launched last 9th May at Pavillion Kuala Lumpur retailing at RM 1,099. Itu hanya game console beserta aksesori basic seperti USB cable, adapter. Casing dan game dijual secara berasingan. 

Jika dijual bersama game, mengikut harga spesifikasi Sony:
  • PS Vita Uncharted: Golden Abyss Value Pack : RM 1,399
  • PS Vita ModNation Racers: Road Trip Value Pack : RM 1,299
Value Pack ini disertakan bersama 4GB memory card dan aksesori pack. Aku tak ley kasi review memandangkan tangan aku belum merasa its gaming experience. Jadi aku hanya share beberapa review yang aku dah baca.
Why should u buy?
  • Ia mempunyai quad-core processor. Which is laju for a gaming console. Even laptop tukun aku pon single core je. Nama pon tukun. hahaha
  • Grafik yang terbaik, mengalahkan grafik from Iphone & Ipad. Aku main kejap Vita mmber aku pon da teruja. Sayangkan bateri da nak abeh time tu.
  • Kalau compare game console PSP GO atau PSP 2006, PS Vita mempunyai touch screen application. So selain pakai button, korang boleh main game through touch screen. Sama ada tap screen utk fire atau tumbuk, sememangnya buat aku teruja da fokus ketika bermain.
  • Ada tilt control application. Macam Iphone, kalau korang pernah main Temple Run, ada tilt control di mana korang kena tilt Iphone kiri dan kanan untuk guide direction watak dalam game tu. Begitu juga dalam Vita. Cool bukan?
  • Dual Analogue Stick. Kalau PSP 3006 ada satu analogue stick, PS Vita ada dua. Satu utk character navigation, satu lagi utk surrounding navigation. 
  • Ia mempunyai feature seperti Ipod. Korang tak ley call but boleh surfing FB, Twitter, Skype melalui Vita. Sbb tu Vita ada dua model. Satu utk Wi-Fi dan satu lagi untuk 3G/WiFi. Cam Ipad nye spec la. Each configuration mempunyai harga yang berbeza.

Why shouldn't you buy?
  • Seperti yang kita sedia maklum, sejak PS3 lagi, sudah tiada game Playstation yang piracy. Sony hanya menjual game original dan each original game berharga hundred something and above. Cam aku, aku bukan jenis loyal pada suatu game. Kalau aku busan, aku beli baru. Jadi pengguna cam aku agak tidak efisien dari segi kewangan kalu aku kerap beli baru game PS Vita
  • Tiada internal storage. Maka dengan itu, nak atau tak nak, still kena beli its memory card. Sony sales plan memang bijak. Pembeli terpaksa membeli jugak memory card memandangkan tiada internal storage dlm Vita. 
  • Berbanding Ipad yang mempunyai ketahanan bateri dalam masa yang panjang (10hours), PS vita hanya boleh bertahan selama 5 jam sahaja. Dan itu selepas brightness mode digelapkan dan mode wifi ditutup. Otherwise, it will be less than that.
  • Battery is integrated with the console. Sama macam Iphone, kalau battery habis especially bila korang dalam flight/bas yang berjam2 perjalanan, korang xley tuka with battery spare. 
  • Vita can control using the buttons or rear pad (picture above), which it will give user a learning curve experience. Selain mengawal character melalui square, circle button, pengguna boleh mengawal melalui rear pad. Jadi masa aku main tu, agak mengelirukan la. Contohnya masa aku cuba main Chartered: Golden Abyss, aku agak sukar nk tukar dari pakai weapon atau melee attack through touch screen
  • Skang ni, game utk PS Vita masih limited. Berbanding game Xbox yang berlambak di pasaran, melalui Sony Centre, game PS Vita hanya ada beberapa kerat je
Bagi aku, aku begitu teruja ketika bermain. Patut aku beli atau x, itu cerita lain. Kalau yang hardcore gamer and ada cash yang cukup, you guys better grab this up. Kalau yang so-so je, better stick to your phone tablet. Tak berbaloi kalo stakat main angry birds or other puzzle using Vita. But don't expect the graphic to be the same like Vita sebab grafik Vita memang awesome. Check out the video and see for yourself.


Wednesday, May 9, 2012

The Avengers Movie Review: What I Really Saw Actually

It's been a while aku tak update blog entri. Yang aku pasti, more than a week. Sebab i've been away about one week due to some reason. So lambatlah jadinya aku nk kasi rebiu about The Avengers. With all the big bang hype, aku terpengaruh dan mengambil keputusan untuk menonton cerita so-called awesome ni. The result? Result aku mungkin tidak dipersetujui beberapa pihak tapi ini yang aku nampak dari cerita ini. Feel free to share your opinion about this movie.

So, marketing plan memang power. The hype that has been created has succeed to make people wasting their time line up to see the movie. Bagi aku, ada dua bahagian bagi cerita ini untuk rebiu. Mari kita tengok bahagian pertama.

Bahagian Pertama - Jalan cerita
Kalau kita tengok hanya pada jalan cerita, storyline dia masih lemah. Tiada apa yang hebat pon. Aku jugak menunggu jalan cerita yang memberi impak yang kuat pada aku. Tapi bagi aku, jalan cerita dia agak mendatar. Bermula dengan Loki (Tom Hiddleston) mahu mencuri barang relic, Tesseract sebagai pertukaran kepada unseen master yang mahu menguasai Isangard semula. Sebagai reward, he get the chance to rule the world with the help of unseen master's army.

Storyline is quite predictable. Bila ada masalah berlaku, aku sebagai penonton akan merasakan Avengers sentiasa berada di mana-mana untuk menyelamatkan keadaan sehingga menghilangkan unsur saspens. Yes, they are superheroes, tapi it seems cerita ini tidak memberi peluang kepada penonton untuk menghayati suspens dan memikirkan bagaimana konflik ini diselesaikan. Ia seakan-akan menyuap penonton bulat-bulat macam bedtime story. Twist yang dicipta pun kurang jelas dan pengarah seems tidak mahu membuat penonton berteka-teki.
Dua watak yang mengecewakan aku dan ia adalah the only female characters in the movie, Black Widow (Scarlett Johansson) and Agent Maria Hill (Cobie Smulder aka Robin Scherbatsky). Watak mereka seakan tiada impak besar dalam cerita ini. Aku perasan watak Tony Stark (Iron Man), Thor, Captain America dan juga Loki yang lebih menyerlah dalam cerita ini. Sama ada secara sengaja atau tak, aku tak pasti.

Black Widow terkenal dengan aksi2 akrobatik yang awesome dan juga mempunyai kelengkapan senjata yang sangat high-technology, tapi menjadi sangat pasif dan beremosi dalam cerita ini. I know she's a woman tapi it seems Black Widow mudah tersentuh dengan kata-kata sinis dari Loki. Black Widow digambarkan sebagai seorang wanita yang kuat, misteri dan berkeyakinan tinggi. Tapi dalam cerita ini, air mata dia begitu mudah dibazirkan begitu sahaja terutamanya bila diusik secara psiko oleh Loki. Even aku tak nampak segala peralatan teknologi tinggi dia. Dalam movie ni, die sekadar perisik yang bisa kita lihat dalam cerita2 perisikan yang lain.
Bagi Agent Maria Hill pula, bagi aku watak die macam tunggul kayu. Tiada peranan atau membawa kepentingan dalam cerita ini. Dia adalah former director of S.H.I.E.L.D dan dia digambarkan sebagai seorang wanita yang bijak dan licik hingga berjaya mengugut Wonder Woman untuk menyertai S.H.I.E.L.D (dalam mini episod Marvel Comic, Civil War) , tapi dalam cerita ini Agent Maria Hill diserlahkan macam she's just one of the assistant of Nick Fury. Tiada tanggungjawab berat diberikan selain mengemudi kapal milik S.H.I.E.L.D, mengejar Hawkeye tapi end up terlepas dan juga mendapat perkembangkan lokasi The Avengers.

Begitu juga dengan Loki. Loki juga menjadi antara penyebab utama aku nak tgk The Avengers. Since movie Thor lagi, watak Loki memang menarik minat aku. Cuma dalam filem Thor, Loki digambarkan secara licik sekali. Tapi dalam The Avengers, aku nampak Loki diserlah sebagai seorang dewa yang lembik, loser dan manipulative. Seriously aku tak tahu kenapa dibuat sebegitu rupa.
Pendapat aku, watak-watak dalam The Avengers ini tidak diserlahkan secara adil. I'm really rooting for Cobie Smulders untuk keluar dari kepompong Robin Scherbatsky (HIMYM). Tapi sayangnya, watak dia sebagai Agent Maria Hill tidak dapat merealisasikan hasrat aku itu. Bagi watak-watak yang lain macam The Hulk, Hawkeye, bagi aku kebanyakan watak2 tu diserlahkan macam watak sampingan. Fokus diutamakan pada Iron Man dan Captain America. Dengan bantuan ahli Avengers yang lain, it seems like the mission is mostly saved by The Iron Man.

The skrip is not that good either. The humor yang cuba diwujudkan, tidak membantu sgt. Seperti, "We need a plan to attack..", then someone said "I have a plan..attack!". It supposed to be funny but it wasn't that funny to be truthful. For this first part, aku kasi 2 out of 5 aje.

Bahagian Kedua - Special Effect
Seperti Battleship, The Avengers dijual dengan special effect yang gempak dan walaweyh. Karya seni untuk menggambarkan sesuatu scene amat mengagumkan, terutamanya bila aku melayan cerita ini dengn 3D glasses. Superb! Dan aku rasa ini menjadi sebab utama kenapa ramai orang tidak kisah beratur panjang dan juga pergi menonton movie ni berulang kali. Cuma aku tak paham kena New York juga yang menjadi tumpuan utama untuk diserang dan hanya New York saja yang diserang. 

What else?  Nothing. For special effect memang aku kasi 5 out of 5
Secara konklusinya, kalau korang suke tgk cerita yang penuh dengan big bang action stunt with awesome special effect, memang disarankan korang tgk cerita ini. Tapi kalau korang expect cerita yang diselitkan dengan mesej atau isi cerita yang mendalam, it's not the right movie to watch. Sememangnya The Avengers is for entertainment only and nothing else.

Result:
Storyline: 2 out of 5
Special effect: 5 out of 5.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...