Thursday, May 31, 2012

Government Service 101: How to Get Good of Conduct Certificate


Good of Conduct Certificate? Atau Sijil Berkelakuan Baik, ini ini apa ini? Serius, ini kali pertama aku dengar kewujudan sijil ini dan ia adalah salah satu requirement bila korang nak sambung/keje luar negara. Bila aku tgk instruction untuk mendapatkan sijil ini, agak mengelirukan jugak la. Sebenarnya bukan agak, memang mengelirukan. Instruction yang aku dapat bersama dengan borang permohonan untuk sijil ini pon tak membantu sangat.

Ada beberapa dokumen yang perlu disahkan, lokasi untuk mendapat pengesahan dokumen2 ini, bayaran untuk setiap proses, etc. Berikut adalah cara-cara utk sesiapa yang nak mohon sijil ini untuk ke luar negara berdasarkan pengalaman aku.

Cara mendapatkan borang:

1. Bukak laman sesawang Kementerian Luar Negeri, click e-consular>good of conduct certificate
2. Daftarkan personal details korang untuk login ke e-consular. This is the only way memandangkan korang kena download borang permohonan melalui cara ini.
3. Lepas daftar, korang boleh isi form melalui online dan print 2 original copies. - No photostat copies for this one. Aku hampir terkena kat sini. Nasib baik bawak 2 original, 2 photocopy. 
4. Tandatangan di mana berkenaan, dan isi nama korang dalam borang akuan yang disertakan sekali dengan borang permohonan sijil kelakuan baik.
5. Fotostat passport di bahagian yang ada personal details & tandatangan korang - 2 keping
6. Fotostat IC - 2 keping
7. Dua keping gambar passport - in case gambar korang upload online semasa isi borang tu tidak diterima


Proses-proses:

Surat Akuan - Ini akan menjadi proses yang pertama memandangkan masa korang hand-in permohonan untuk sijil ini nanti , diorg nak tgk surat akuan yang sudah dicop oleh pesuruhjaya sumpah

1. Bawak surat akuan korang pergi ke Istana Kehakiman - Pesuruhjaya Bersumpah
2. Bergantung pada purpose, setiap dokumen dicaj RM 4. Cam kes aku, memandangkan aku kena hand-in 2 original copies borang permohonan, maka aku dicaj RM 8.

#Pesuruhjaya hanya tandatangan dan mengesahkan borang akuan SAHAJA. The rest of dokumen bukan tanggungjawab dia.
# Jangan hilangkan nombor giliran, dan jangan hilangkan resit pembayaran as pesuruhjaya sumpah itu akan mintak tengok resit berkenaan. 

Borang Permohonan - Dari Istana Kehakiman, korang kena terus drive pergi Kementerian Luar Negeri. Pastikan korang berpakaian casual smart (berkolar, seluar panjang dan kasut). No slippers, suar/skirt pendek. Pak guard akn halang korang dari masuk kalau berpakaian tak ikut peraturan. Memandangkan dia tak mentions jeans, i guess jeans dibenarkan.

1. Pergi ke kaunter pak guard, kasi IC/lesen memandu dan dia akan kasi sehelai slip biru  (jangan hilangkan, isi sebelum keluar dr KLN) dan pas pelawat
2. Masuk ke lobi Kementerian Luar Negeri dan beratur untuk amek nombor giliran
3. Di sini, pegawai akan memeriksa setiap dokumen yang dibawa supaya lengkap sebelum di bawa ke kaunter. Di sini jugak para pegawai akan mengesahkan dokumen korang (passport & ic copy) sebelum memberi nombor giliran.
4. Tunggu di bilik menunggu hingga nombor dipanggil
5. Kasi borang pada pegawai di kaunter beserta RM 20.
6. Kalau everything suma ok, dia akn mntak korang duduk dulu until nombor dipanggil sekali lagi, maka sijil da siap.
7. Fill up the blue slip dan kasi slip & pas pelawat kembali pada pak guard.

#Jangan lupa bawak IC & lesen memandu. Usually dokumen ini akan diminta bila-bila masa untuk pengesahan. 

Harap ini boleh membantu. Ia bergantung negara mana korang pegi. Ada negara yang mintak, ada negara yang tak mintak. Depend on its requirement. Macam passport, selalunya sijil ni boleh siap dalam masa satu hari, tapi bergantung jumlah orang yang datang untuk sebab yang sama. Tapi prosedur siap dlm sehari ni tak boleh diaplikasi kalau korang pergi US, Singapore, Spain, France, Papua New Guinea & Australia.

Usually kalau kena deal dengan government service, usually aku bawak pen aku sndiri, terutamanya bila kaunter mengisi maklumat terlalu ramai. Make sure korang submit all the physical document pada KLN dalam masa 2 minggu lepas korang fill up and sent the online application form.

2 comments:

  1. macam mana nak tau yang bila aku boleh dapat sijil tu..t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply, busy sgt sampai malam ni baru dpt btol2 online. kalau anta melalui pos, diorg akan anta by pos cuma tak sure berapa lama.

      tapi kalau anta terus ke kementerian luar negeri, dalam 20 mins ley dapat on the spot. cuma bergantung bilangan manusia yang queue kat situ. tapi tempoh proses mmg dlm 20 min.

      Delete

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...