Wednesday, June 27, 2012

Artikel 'Malaysia Diiktiraf Paling Selamat': The Hidden Story Behind It

Mengikut berita melalui Kosmo hari, ada suatu artikel yang mendapat perhatian aku. Full link boleh dapat di sini: Malaysia diiktiraf paling selamat. Jika korang setakat baca sekali lalu saja, korang akn berasa selamat berada di Malaysia. Aku pun memula rasa cmtu tapi it's seems to good to be true. Mengikut kenyataan dalam artikel ini, ada beberapa poin yang membuatkan aku terfikir.
1. Melalui Global Peace Index (GPI), Malaysia adalah negara paling selamat di kalangan negara Asia Tenggara yang lain
2. Melalui GPI juga, Malaysia adalah negara yang keempat paling selamat di Asia Pasifik
3. World Justice Project mengiktiraf Malaysia adalah negara ke-12 paling selamat dalam kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ini adalah screenshot dari artikel tersebut:
Klik untuk besarkan gambar

Artikel ini amat menarik perhatian aku dan juga sifat ingin tahu aku. Yela, dulu menyimpan cita-cita nak jadi forensik tapi memandangkan Biologi aku dulu, ermmm..no komen, hahahah, maka terkubur sajalah hasrat aku itu. So anyway, aku cuba membuat sedikit research berdasarkan penyataan dia. Aku tidak mengesyaki apa-apa cuma ingin memenuhi sifat ingin tahu. Maka dengan itu, aku telah menjumpai sesuatu.

Berdasarkan poin no 1 dan 2, Malaysia diiktiraf paling selamat di Asia Tenggara dan Asia Pasifik sahaja, tapi adakah korang tahu ranking keseluruhan Malaysia? No 20 paling selamat di dunia. List of Global Peace Index boleh didapati di sini, Global Peace Index. Korang boleh dapat banyak info pasal negara mana yang diiktiraf paling aman dan Malaysia tidak termasuk dalam Top 10 mahupun Top 15.
Klik untuk besarkan gambar

Mengikut ranking Global Peace Index (GPI), pada 2011, ranking Malaysia dalam GPI adalah 19, kemudian naik satu anak tangga untuk tahun ini. Do you know brape ranking Malaysia pada tahun sebelum nya? Untuk keputusan yang sudah diringkaskan, sila layari Guardian di Data Summary and you are free to download the data untuk melihat keputusan keseluruhan.

Jadi kenapa dinyatakan Malaysia adalah negara ke-12 paling selamat? Haa, that's the trick. Poin 1 dan 2 adalah melalui GPI, tapi poin no 3, adalah melalui World Justice Project (WJP). Mengikut WJP, 1.00 point considered the highest and 0.00 point is the lowest.
Klik untuk besarkan gambar

Keseluruhan keputusan tentang Malaysia dan negara lain boleh didapati di sini, World Justice Project dan silalah download full report. Dan jika korang besarkan gambar, Malaysia adalah dalam rank ke-12 untuk keselamatan, tapi faktor yang lain? Malaysia berada di tempat ke 59 daripada 66 untuk hak asasi manusia untuk global ranking, manakala tempat ke-11 daripada 13 untuk regional ranking. Malaysia kita juga mendapat tempat ke 47 daripada 66 untuk keadilan awam (civil justice) globally dan tempat ke-9 daripada 13 untuk regional.

The point here is, aku bukanlah nak memburukkan negara aku sendiri, tapi ingin membuka mata kita semua yang banyak lagi perubahan yang kita perlu lakukan selain aspek keselamatan. Tidak perlu lah nk divert attention pembaca dengan cerita yang menyedapkan hati. Tell them the truth. Aku presented the info pon berdasarkan material yang aku dapat melalui penyelidikan GPI dan WJP, terima kasih pada Datuk Abdul Rahim kerana memperkenalkan GPI & WJP pada aku. Kalau korang tak nak menerima keputusan rekod prestasi Malaysia, aku mintak maaf sebab info ini ialah info public yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. 
Rakyat patut tahu keadaan sebenar Malaysia macam mana supaya rakyat lebih alert dengan persekitaran. Jika kita asyik disogok dengan berita-berita yang baik tentang Malaysia, kita tidak akan tahu perkara sebenar yang mungkin boleh membahayakan diri kita sendiri. Until now, aku jumpa ramai wanita yang masih berani berjalan keseorangan dalam gelap, sambil memakai mp3 dan melayan perasaan mendengar music. Dunia sudah tidak selamat sekarang, tidak kira di mana korang berada.

Tuesday, June 26, 2012

Apakah itu Mockbuster?

Mockbuster. Apakah itu Mockbuster? Adakah ia Mythbuster? Mockbuster adalah filem bukan blockbuster, tapi filem bajet rendah yang menggunakan teknik 'copy and paste' dari filem bajet tinggi. Selalunya jalan cerita dia agak sengal, menggunakan pelakon yang tidak dikenali langsung dan ia adalah filem bergred B. Filem gred B tu macam mana? Bayangkan cerita asal macam Scream atau American Pie, tidak menggunakan barisan pelakon original tapi instead menggunakan pelakon yang tidak dikenali dan banyak babak-babak yang merepek. (Gunakan imaginasi anda untuk membayangkan maksud merepek, hehe)

Mockbuster diterbitkan oleh syarikat produksi The Asylum. Selalunya produksi The Asylum akan mengeluarkan filem yang sebijik dengan filem bajet tinggi pada masa dan waktu tayangannya hingga boleh mengelirukan penonton dan peminat filem. More likely macam menumpang promosi filem bajet tinggi secara percuma la ni tapi dalam masa yang sama, keuntungan dari movie masih ada. Here are some of the Mocksbuster you can find, agak lame kan?

Transmorphers (Mockbuster) - Transformers (Original)



Sunday School Musical (Mockbuster) - High School Musical (Original)


Sherlock Holmes (Mockbuster) - Sherlock Holmes (Original with Robert Downey Jr)

The Da Vinci Treasure (Mockbuster) - The Da Vinci Code (Original)

Battleship (Original) - American Battleship (Mockbuster)

I am Omega (Mockbuster) - I am Legend (Original)

Thor (Original) - Almighty Thor (Mockbuster)

Metal Man (Mockbuster) - Iron Man (Original)

Titanic II (Mockbuster) - Titanic (Original)

Abraham Lincoln vs Zombies (Mockbuster) - Abraham Lincoln, Vampire Hunter (Original)

Pretty annoying is it? Hahaha. Anything is possible in Hollywood. Maaf untuk gambar yang tidak muncul di entri sebelum ini.

Brave Movie Review

'Brave' atau berani, nama cerita tidak se-gah dengan jalan ceritanya, bagi aku la. Selepas menonton 'UP', 'Wall-e', 'Toy Story 3', aku menjangkakan a really heart-warming storyline. Secara terus terang, mata aku mmg berair bile tgk 'UP', walaupun ceritanya sekadar cerita animasi, Disney Pixar berjaya menyentuh perasaan aku dengan watak Mr Frederiksen. Tapi dalam 'Brave', ia kurang menepati jangkaan aku.
Mungkin disebabkan aku sentiasa meletakkan jangkaan yang tinggi dalam produk Disney Pixar, menyebabkan aku menyedari Pixar seakan sudah hilang bisa sekarang ni. Cars 2, Brother Bear, Tangled ialah antara cerita animasi yang kurang mendapat sambutan. Cuma klasik francis macam Toy Story, A Bug's Life, Monster's Inc yang masih lagi mendapat tempat di hati peminat.
Bagi aku, Pixar gagal lagi untuk menepati jangkaan kritik selepas kegagalan Cars 2. Twist dalam plot sememangnya tidak menggambarkan tajuk cerita itu sendiri. Dan bagi aku juga, Pixar cuba mengambil hati peminat kecil dengan mewujudkan watak beruang yang sungguh comel. Tapi hanya itu sahaja, selebihnya tiada yang menghiburkan sangat pon. Ada jugak lah beberapa humor diselitkan tapi jalan cerita masih lemah.
Bermula dengan Puteri Merida yang sudah remaja dan cuba diatur perkahwinan nya. Maka sangkaan aku bermula Puteri Merida cuba sedaya upaya menunjukkan kekuatan seorang wanita sehingga aku menganggap keberanian dia mengubah segalanya. Akan tetapi, Puteri Merida mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ahli sihir untuk mengubah ibunya, atas dasar marah kerana dipaksa berkahwin oleh ibunya. Maka, bermulalah perjalanan Merida cuba menarik balik sumpahan ke atas ibunya.
Kalau sesiapa yang pernah tgk Mulan, itu watak yang paling sesuai untuk tajuk 'Brave'. Dalam cerita Mulan, kita boleh nampak keberanian seorang wanita yang menggantikan bapanya untuk masuk tentera diraja. Idea cerita ini membawa konsep kekuatan wanita menentang tradisi masyarakat Scotland purba. Tapi melihatkan pada perjalanan cerita ini, aku tak nampak banyak sumbangan yang dilakukan oleh Merida untuk membuktikan keberanian dia. Melainkan kisah seorang puteri yang menyesal dengan perbuatannya dan cuba menebus kembali kesilapannya. Impaknya masih belum cukup kuat untuk menyandang kekuatan tajuk cerita ini. Ternyata aku agak kecewa dengan produk Pixar kali ini.
Akan tetapi, the graphic was superbly photo realistic. Aku kagum dengan grafik Pixar yang sungguh teliti. Kalau Toy Story, kita belajar tentang 'friendship forever', dalam Monster's Inc kita belajar tentang ketawa ialah ubat paling mujarab, dalam Wall-E pula, kita belajar tentang cinta yang tiada sempadan. Elemen sebegini tidak terdapat dalam 'Brave'. Kali ini, Pixar seakan membuat animasi untuk hiburan semata-mata, imej yang jarang kita dengar pada Pixar sebelum ini.
Jadi, bab grafik sememangnya aku tidak akn menafikan kehebatannya. Tapi bila masuk jalan cerita, is tiada sebarang keistimewaan. Sama seperti kisah tipikal animasi yang lain. Maka dengan itu, 'Brave' bukanlah cerita wajib tengok seperti Toy Story 3. Malah berbanding dengan Madagascar 3, aku lebih terhibur dari 'Brave', walupun kita semua tahu Madagascar 3 takda la membawa maksud bermakna yang begitu mendalam selain hubungan persahabatan yang sungguh kuat. Jadi aku boleh kasi 3.5 out of 5 saje. Extra 0.5 tu semata2 kehebatan grafik nya saja. Nothing more than that.

Friday, June 15, 2012

Kehidupan Selepas Perkahwinan Barbie & Ken

Masih ingatkah Dina Goldstein? Aku pernah buat entri tentang hasil kerjanya tentang Kehidupan Selepas Fairy-Tale Ending. Kali ini Dina Goldstein telah berjaya menghasilkan karya tentang kehidupan selepas perkahwinan Barbie & Ken. Bagi aku, Dina Goldstein mengintepretasi imaginasi dalam hasil kerja nya begitu realistik dan mengagumkan.

Jalan cerita bermula apabila Barbie telah berkahwin dengan Ken dan mengesyaki sesuatu yang pelik terhadap 'suaminya'. 
Pada mulanya Barbie mengesyaki Ken mempunyai hubungan intim dengan seseorang tapi hari makin hari, dia telah menyedari sesuatu, Ken begitu gemar menggunakan pengering rambut..
Dan juga gemar memakai kasut tinggi ketika makan
Barbie juga kerap dibiarkan makan berseorangan sehingga mabuk

Akhirnya pada suatu hari, rahsia Ken telah pecah apabila..
Barbie discover yang Ken ni adalah gay!
Barbie yang kecewa setelah mengetahui status seksualiti sebenar Ken, memotong rambut perangnya hingga merupai seorang lelaki.
Tapi appearance merupai lelaki masih tidak mengubat kekecewaan Barbie, maka dengan itu, seperti dalam dunia realiti kita, akhirnya Barbie mengambil keputusan untuk membunuh diri. 
Photo Credit: Dina Goldstein
Source: FlavorWire

Kalau kita tengok ketelitian dalam menghasilkan set yang merupai patung Barbie & Ken, ia nampak sungguh realistik. Seakan kita memang berada dalam rumah anak patung. Even model yang memegang watak Barbie & Ken pon kelihatan seperti patung itu sendiri. Walupun perlu bergaya dalam keadaan kaku seperti patung tapi ekpresi emosi masih boleh kelihatan. Sememangnya aku kagum dengan ketelitian dalam hasil kerja Dina Goldstein. The wax texture yang terdapat pada kulit Barbie & Ken, the make up, the set, the lighting are impressive and into detail! She really can put the imagination into life!

Wednesday, June 13, 2012

Mangsa Kecantikan: Konsep Fotografi Yang Diterima Akal?

As a freelance photographer, aku suka jugak tgk hasil kerja komersial jurugambar lain terutamanya yang ade unsur seni dalam sesebuah gambar, not just a picture that have amateur model posing gaya tonggek nampak boobies. Bagi aku, gambar macam tu nampak murah, no offense. High fashion editorial, itu lain cerita. Tapi bila seni cuba di intepretasi dengan sesuatu yang baru, kadang kala konsep seni yang dibawa boleh menimbulkan perasaan yang tidak selesa pada sesetengah orang.

Ambil contoh hasil kerja Vasil Germanov yang membawa konsep 'Mangsa Kecantikan'. Para model kelihatan didera dengan simbahan asid, ditumbuk, ditetak di leher etc for being too beautiful. Konsep ini ditentang oleh sesetengah pihak yang menentang keganasan terhadap wanita. Hasil kerja Vasil Germanov dikatakan menyokong penderaan ke atas wanita di atas nama kecantikan. Apa pendapat korang? Dengan berita keganasan terhadap wanita yang berleluasa, adakah konsep fotografi macam ni diterima akal?





Tuesday, June 12, 2012

Government Service 101: Permit Memandu Antarabangsa


Kalau korang berhasrat untuk memandu di negara orang, korang kena lah dapatkan permit memandu antarabangsa.Kalau korang tak ke mana-mana, aku nasihatkan pakai saje lesen domestik, memandangkan caj untuk memperbaharui lesen domestik lebih murah dari renew international license. Domestik lesen memerlukan korang bayar RM30 setahun manakala RM150 setahun untuk lesen antarabangsa. Mahal bukan?

Begini caranya:
1. Download borang JPJL1 online
2. Bawak sekeping fotostat IC (2 side)
3. Bawak sekeping fotostat lesen (2 side)
4. Domestik lesen untuk pengesahan (make sure lesen korang masih aktif dalam masa setahun atau lebih)
5. RM 150
6. 1 keping gambar passport

Apa yang korang patut tahu tentang permit memandu antarabangsa (PMA)

  • Setiap tahun, caj pembaharuan lesen is RM 150
  • Kalau korang kat luar negara, sama ada korang kena balik atau hantar wakil untuk renew lesen di JPJ. Korang tak boleh renew di embassy seperti Passport
  • Kalau passport ade tempoh 2 tahun & 5 tahun, PMA hanya mempunyai 1 tahun sahaja tempoh nya. Agak leceh untuk renew every year

Saturday, June 9, 2012

Madagascar 3 Movie Review

Planning nye nak tgk rabu yang lepas sebab mengharapkan harga tiket murah tapi gagal. Jadi pada mulanya aku tak berhasrat nak tgk Madagascar ni tapi pegi tgk jugak. Usually, aku tak prefer sgt animation movie ni sebab kebanyakan humor dia terlalu cheesy. Humor yang memperbodohkan diri sendiri untuk menimbulkan suasana lucu. Yes, fokus dia more likely ke arah kanak-kanak jadi humor die pon sekadar menghiburkan kanak-kanak. 
Tapi Madagascar 3 ni amat berbeza sama skali. Humor dia meliputi semua golongan penonton, kanak-kanak dan juga dewasa. Aku pon terhibur gile melayan cerita ini. Selalunya, sekuel movie akn menjadi lebih kurang menarik berbanding original movie. Tapi bagi Madagascar 3, berlainan kes. Setiap sekuel mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Marty's Afro Circus song da berlegar-legar dalam kepala aku and i can't get it out!

Madagascar 3 berkisar Alex the Lion, Marty the Zebra, Gloria the Hippo dan Melman the Giraffe ingin mencuba satu lagi peluang untuk balik ke New York. Setelah menyedari ditinggalkan oleh para penguins, Alex dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk mendapatkan penguins yang lari ke Monte Carlo bersama kapal terbang yang mereka cipta. Di Monte Carlo, kehadiran haiwan ini disedari seterusnya jabatan haiwan dipanggil dan muncul lah Kapten Chantel Dubois. Berlaku la aksi kejar mengejar di antara haiwan ini dengan Miss Chantel.
Kali pertama aku rasa tak selesa bila everytime Miss Chantel muncul dalam setiap babak. With her heartless character and looks-like-she-wants-to-murder-you-badly impression, mmbuat aku rasa tak selesa melihatnya. So anyway, untuk menyelamatkan diri, Alex dan kawan-kawan menaiki kereta api yang mengandungi haiwan-haiwan sarkis. Dari situ Alex dan rakan-rakan menyedari sesuatu.

Banyak menda yang akan membuatkan orang dewasa aku berfikir. Yang pertama, bagaimana Alex dan rakan-rakan boleh merentasi dari Afrika ke Monte Carlo. Kedua, bagaimana Alex the Lion begitu pandai membuat lompatan trapeze tanpa mempunyai kemahiran, dan ketiga bagaimana Gloria the Hippo dan Melman the Giraffe boleh berdiri di atas seutas tali dengan seimbang. Tapi bila pikirkan kembali, I'm watching a talking animal animation. Jadi sebagai orang dewasa, kita kena berhenti seketika dalam menjadi realistik dan membuka minda ke arah imaginasi. 
Sebagai cerita animasi, tidak banyak boleh aku katakan di sini. Humor memang melucukan, jalan cerita pon amat ringkas dan straight forward. It's an animation movie, tak nak expect mind twisting storyline kan? Haha. The rest, lebih kurang saja dengan cerita animasi yang lain. Senang cerita, kalau nak relax sambil berhibur, berbaloi untuk menonton Madagascar 3. Tak rugi kalau tengok. Memang kelakar. Even orang dewasa pon boleh merasa terhibur dengan cerita ini, not just kids only. 
Untuk Madagascar 3 ni aku kasi 4 out 5, for the sake of its humor and cuteness. Check out Mort character dalam cerita ini. Super cute!

Wednesday, June 6, 2012

Latihan Kental Polis Awam Style China

Aku tiada idea tentang bagaimana polis tempatan kita dilatih supaya menjadi kental dan berani. Adakah sekental latihan untuk polis di China? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. People's Armed Police (PAP) digunakan bukan untuk berperang tapi untuk menjaga keselamatan dalaman China termasuk la keselamatan orang awam dan membantu dalam usaha menyelamat jika berlaku kebakaran. PAP juga bertindak untuk membantu organisasi ketenteraan China (People's Liberation Army -PLA) jika berlaku peperangan.

Antara kawasan yang dikawal oleh PAP ialah kawasan sempadan di laut, darat dan juga udara. PAP juga mengawal kawasan hutan, lombong emas, penjaga trafik, firefighting dan menjaga hydropower facilities. Berlainan pula situasi di Malaysia di mana jawatan pengawal keselamatan untuk bank, bangunan, sekolah, dijaga oleh seseorang yang mempunyai latar belakang polis/askar yang sudah bersara ataupun sekadar imigran dari Myanmar/Bangladesh etc. Bagi sempadan pula, dijaga dan dikawal oleh pegawai polis tempatan terlatih. Korang rasa latihan utk pengawal keselamatan kawasan perumahan sama dengan latihan untuk polis diraja kita tak?












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...