Wednesday, June 27, 2012

Artikel 'Malaysia Diiktiraf Paling Selamat': The Hidden Story Behind It

Mengikut berita melalui Kosmo hari, ada suatu artikel yang mendapat perhatian aku. Full link boleh dapat di sini: Malaysia diiktiraf paling selamat. Jika korang setakat baca sekali lalu saja, korang akn berasa selamat berada di Malaysia. Aku pun memula rasa cmtu tapi it's seems to good to be true. Mengikut kenyataan dalam artikel ini, ada beberapa poin yang membuatkan aku terfikir.
1. Melalui Global Peace Index (GPI), Malaysia adalah negara paling selamat di kalangan negara Asia Tenggara yang lain
2. Melalui GPI juga, Malaysia adalah negara yang keempat paling selamat di Asia Pasifik
3. World Justice Project mengiktiraf Malaysia adalah negara ke-12 paling selamat dalam kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ini adalah screenshot dari artikel tersebut:
Klik untuk besarkan gambar

Artikel ini amat menarik perhatian aku dan juga sifat ingin tahu aku. Yela, dulu menyimpan cita-cita nak jadi forensik tapi memandangkan Biologi aku dulu, ermmm..no komen, hahahah, maka terkubur sajalah hasrat aku itu. So anyway, aku cuba membuat sedikit research berdasarkan penyataan dia. Aku tidak mengesyaki apa-apa cuma ingin memenuhi sifat ingin tahu. Maka dengan itu, aku telah menjumpai sesuatu.

Berdasarkan poin no 1 dan 2, Malaysia diiktiraf paling selamat di Asia Tenggara dan Asia Pasifik sahaja, tapi adakah korang tahu ranking keseluruhan Malaysia? No 20 paling selamat di dunia. List of Global Peace Index boleh didapati di sini, Global Peace Index. Korang boleh dapat banyak info pasal negara mana yang diiktiraf paling aman dan Malaysia tidak termasuk dalam Top 10 mahupun Top 15.
Klik untuk besarkan gambar

Mengikut ranking Global Peace Index (GPI), pada 2011, ranking Malaysia dalam GPI adalah 19, kemudian naik satu anak tangga untuk tahun ini. Do you know brape ranking Malaysia pada tahun sebelum nya? Untuk keputusan yang sudah diringkaskan, sila layari Guardian di Data Summary and you are free to download the data untuk melihat keputusan keseluruhan.

Jadi kenapa dinyatakan Malaysia adalah negara ke-12 paling selamat? Haa, that's the trick. Poin 1 dan 2 adalah melalui GPI, tapi poin no 3, adalah melalui World Justice Project (WJP). Mengikut WJP, 1.00 point considered the highest and 0.00 point is the lowest.
Klik untuk besarkan gambar

Keseluruhan keputusan tentang Malaysia dan negara lain boleh didapati di sini, World Justice Project dan silalah download full report. Dan jika korang besarkan gambar, Malaysia adalah dalam rank ke-12 untuk keselamatan, tapi faktor yang lain? Malaysia berada di tempat ke 59 daripada 66 untuk hak asasi manusia untuk global ranking, manakala tempat ke-11 daripada 13 untuk regional ranking. Malaysia kita juga mendapat tempat ke 47 daripada 66 untuk keadilan awam (civil justice) globally dan tempat ke-9 daripada 13 untuk regional.

The point here is, aku bukanlah nak memburukkan negara aku sendiri, tapi ingin membuka mata kita semua yang banyak lagi perubahan yang kita perlu lakukan selain aspek keselamatan. Tidak perlu lah nk divert attention pembaca dengan cerita yang menyedapkan hati. Tell them the truth. Aku presented the info pon berdasarkan material yang aku dapat melalui penyelidikan GPI dan WJP, terima kasih pada Datuk Abdul Rahim kerana memperkenalkan GPI & WJP pada aku. Kalau korang tak nak menerima keputusan rekod prestasi Malaysia, aku mintak maaf sebab info ini ialah info public yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. 
Rakyat patut tahu keadaan sebenar Malaysia macam mana supaya rakyat lebih alert dengan persekitaran. Jika kita asyik disogok dengan berita-berita yang baik tentang Malaysia, kita tidak akan tahu perkara sebenar yang mungkin boleh membahayakan diri kita sendiri. Until now, aku jumpa ramai wanita yang masih berani berjalan keseorangan dalam gelap, sambil memakai mp3 dan melayan perasaan mendengar music. Dunia sudah tidak selamat sekarang, tidak kira di mana korang berada.

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...