Tuesday, June 26, 2012

Brave Movie Review

'Brave' atau berani, nama cerita tidak se-gah dengan jalan ceritanya, bagi aku la. Selepas menonton 'UP', 'Wall-e', 'Toy Story 3', aku menjangkakan a really heart-warming storyline. Secara terus terang, mata aku mmg berair bile tgk 'UP', walaupun ceritanya sekadar cerita animasi, Disney Pixar berjaya menyentuh perasaan aku dengan watak Mr Frederiksen. Tapi dalam 'Brave', ia kurang menepati jangkaan aku.
Mungkin disebabkan aku sentiasa meletakkan jangkaan yang tinggi dalam produk Disney Pixar, menyebabkan aku menyedari Pixar seakan sudah hilang bisa sekarang ni. Cars 2, Brother Bear, Tangled ialah antara cerita animasi yang kurang mendapat sambutan. Cuma klasik francis macam Toy Story, A Bug's Life, Monster's Inc yang masih lagi mendapat tempat di hati peminat.
Bagi aku, Pixar gagal lagi untuk menepati jangkaan kritik selepas kegagalan Cars 2. Twist dalam plot sememangnya tidak menggambarkan tajuk cerita itu sendiri. Dan bagi aku juga, Pixar cuba mengambil hati peminat kecil dengan mewujudkan watak beruang yang sungguh comel. Tapi hanya itu sahaja, selebihnya tiada yang menghiburkan sangat pon. Ada jugak lah beberapa humor diselitkan tapi jalan cerita masih lemah.
Bermula dengan Puteri Merida yang sudah remaja dan cuba diatur perkahwinan nya. Maka sangkaan aku bermula Puteri Merida cuba sedaya upaya menunjukkan kekuatan seorang wanita sehingga aku menganggap keberanian dia mengubah segalanya. Akan tetapi, Puteri Merida mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ahli sihir untuk mengubah ibunya, atas dasar marah kerana dipaksa berkahwin oleh ibunya. Maka, bermulalah perjalanan Merida cuba menarik balik sumpahan ke atas ibunya.
Kalau sesiapa yang pernah tgk Mulan, itu watak yang paling sesuai untuk tajuk 'Brave'. Dalam cerita Mulan, kita boleh nampak keberanian seorang wanita yang menggantikan bapanya untuk masuk tentera diraja. Idea cerita ini membawa konsep kekuatan wanita menentang tradisi masyarakat Scotland purba. Tapi melihatkan pada perjalanan cerita ini, aku tak nampak banyak sumbangan yang dilakukan oleh Merida untuk membuktikan keberanian dia. Melainkan kisah seorang puteri yang menyesal dengan perbuatannya dan cuba menebus kembali kesilapannya. Impaknya masih belum cukup kuat untuk menyandang kekuatan tajuk cerita ini. Ternyata aku agak kecewa dengan produk Pixar kali ini.
Akan tetapi, the graphic was superbly photo realistic. Aku kagum dengan grafik Pixar yang sungguh teliti. Kalau Toy Story, kita belajar tentang 'friendship forever', dalam Monster's Inc kita belajar tentang ketawa ialah ubat paling mujarab, dalam Wall-E pula, kita belajar tentang cinta yang tiada sempadan. Elemen sebegini tidak terdapat dalam 'Brave'. Kali ini, Pixar seakan membuat animasi untuk hiburan semata-mata, imej yang jarang kita dengar pada Pixar sebelum ini.
Jadi, bab grafik sememangnya aku tidak akn menafikan kehebatannya. Tapi bila masuk jalan cerita, is tiada sebarang keistimewaan. Sama seperti kisah tipikal animasi yang lain. Maka dengan itu, 'Brave' bukanlah cerita wajib tengok seperti Toy Story 3. Malah berbanding dengan Madagascar 3, aku lebih terhibur dari 'Brave', walupun kita semua tahu Madagascar 3 takda la membawa maksud bermakna yang begitu mendalam selain hubungan persahabatan yang sungguh kuat. Jadi aku boleh kasi 3.5 out of 5 saje. Extra 0.5 tu semata2 kehebatan grafik nya saja. Nothing more than that.

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...