Monday, June 4, 2012

Government Service 101: Lesen Memandu Hilang

Sejak kebelakangan ni, aku rajin deal dengan government service. Maka dengan itu, memandangkan kebanyakan laman sesawang tidak di update, kebarangkalian utk tak bawa dokumen yang diperlukan bila bertemu dengan pegawai kerajaan, teramatlah tinggi.

Jadi untuk beberapa hari ni jugak la aku nak share dengan korang, utk membantu korang tidak membuang masa menunggu giliran dan kemudiannya end up dokumen yang diperlukan tak bawak. Tak ke merugikan masa dan tenaga tu? Nak tunggu nombor giliran yang baru plak, agak berjanggut gak.

Jadi untuk topik hari ini, apakah korang perlu buat bila lesen memandu hilang? Aku dok buat research, maklumat melalui laman sesawang mntk kita bawak report polis/surat akuan sumpah etc. Tapi utk masa kini, sume prosedur tu boleh diabaikan. Jadi dokumen yang perlu korang bawak:

  • 1 keping fotostat IC
  • 1 keping gambar passport
  • IC original utk pengesahan. Tak bawak IC, dia xnak bagi nombor giliran. 
  • RM 20
Kalau nak renew, bawak RM 30. Aku renew at the same time, jadi RM50.

 Next topic: Cara memohon permit memandu antarabangsa. 

4 comments:

  1. waktu tu buat di JPJ maju junction mall sbb lokasi dekat dgn urusan. So mane2 cawangan JPJ boley buat

    ReplyDelete

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...