Tuesday, June 12, 2012

Government Service 101: Permit Memandu Antarabangsa


Kalau korang berhasrat untuk memandu di negara orang, korang kena lah dapatkan permit memandu antarabangsa.Kalau korang tak ke mana-mana, aku nasihatkan pakai saje lesen domestik, memandangkan caj untuk memperbaharui lesen domestik lebih murah dari renew international license. Domestik lesen memerlukan korang bayar RM30 setahun manakala RM150 setahun untuk lesen antarabangsa. Mahal bukan?

Begini caranya:
1. Download borang JPJL1 online
2. Bawak sekeping fotostat IC (2 side)
3. Bawak sekeping fotostat lesen (2 side)
4. Domestik lesen untuk pengesahan (make sure lesen korang masih aktif dalam masa setahun atau lebih)
5. RM 150
6. 1 keping gambar passport

Apa yang korang patut tahu tentang permit memandu antarabangsa (PMA)

  • Setiap tahun, caj pembaharuan lesen is RM 150
  • Kalau korang kat luar negara, sama ada korang kena balik atau hantar wakil untuk renew lesen di JPJ. Korang tak boleh renew di embassy seperti Passport
  • Kalau passport ade tempoh 2 tahun & 5 tahun, PMA hanya mempunyai 1 tahun sahaja tempoh nya. Agak leceh untuk renew every year

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...