Friday, June 15, 2012

Kehidupan Selepas Perkahwinan Barbie & Ken

Masih ingatkah Dina Goldstein? Aku pernah buat entri tentang hasil kerjanya tentang Kehidupan Selepas Fairy-Tale Ending. Kali ini Dina Goldstein telah berjaya menghasilkan karya tentang kehidupan selepas perkahwinan Barbie & Ken. Bagi aku, Dina Goldstein mengintepretasi imaginasi dalam hasil kerja nya begitu realistik dan mengagumkan.

Jalan cerita bermula apabila Barbie telah berkahwin dengan Ken dan mengesyaki sesuatu yang pelik terhadap 'suaminya'. 
Pada mulanya Barbie mengesyaki Ken mempunyai hubungan intim dengan seseorang tapi hari makin hari, dia telah menyedari sesuatu, Ken begitu gemar menggunakan pengering rambut..
Dan juga gemar memakai kasut tinggi ketika makan
Barbie juga kerap dibiarkan makan berseorangan sehingga mabuk

Akhirnya pada suatu hari, rahsia Ken telah pecah apabila..
Barbie discover yang Ken ni adalah gay!
Barbie yang kecewa setelah mengetahui status seksualiti sebenar Ken, memotong rambut perangnya hingga merupai seorang lelaki.
Tapi appearance merupai lelaki masih tidak mengubat kekecewaan Barbie, maka dengan itu, seperti dalam dunia realiti kita, akhirnya Barbie mengambil keputusan untuk membunuh diri. 
Photo Credit: Dina Goldstein
Source: FlavorWire

Kalau kita tengok ketelitian dalam menghasilkan set yang merupai patung Barbie & Ken, ia nampak sungguh realistik. Seakan kita memang berada dalam rumah anak patung. Even model yang memegang watak Barbie & Ken pon kelihatan seperti patung itu sendiri. Walupun perlu bergaya dalam keadaan kaku seperti patung tapi ekpresi emosi masih boleh kelihatan. Sememangnya aku kagum dengan ketelitian dalam hasil kerja Dina Goldstein. The wax texture yang terdapat pada kulit Barbie & Ken, the make up, the set, the lighting are impressive and into detail! She really can put the imagination into life!

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...