Wednesday, June 6, 2012

Latihan Kental Polis Awam Style China

Aku tiada idea tentang bagaimana polis tempatan kita dilatih supaya menjadi kental dan berani. Adakah sekental latihan untuk polis di China? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. People's Armed Police (PAP) digunakan bukan untuk berperang tapi untuk menjaga keselamatan dalaman China termasuk la keselamatan orang awam dan membantu dalam usaha menyelamat jika berlaku kebakaran. PAP juga bertindak untuk membantu organisasi ketenteraan China (People's Liberation Army -PLA) jika berlaku peperangan.

Antara kawasan yang dikawal oleh PAP ialah kawasan sempadan di laut, darat dan juga udara. PAP juga mengawal kawasan hutan, lombong emas, penjaga trafik, firefighting dan menjaga hydropower facilities. Berlainan pula situasi di Malaysia di mana jawatan pengawal keselamatan untuk bank, bangunan, sekolah, dijaga oleh seseorang yang mempunyai latar belakang polis/askar yang sudah bersara ataupun sekadar imigran dari Myanmar/Bangladesh etc. Bagi sempadan pula, dijaga dan dikawal oleh pegawai polis tempatan terlatih. Korang rasa latihan utk pengawal keselamatan kawasan perumahan sama dengan latihan untuk polis diraja kita tak?












No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...