Saturday, June 9, 2012

Madagascar 3 Movie Review

Planning nye nak tgk rabu yang lepas sebab mengharapkan harga tiket murah tapi gagal. Jadi pada mulanya aku tak berhasrat nak tgk Madagascar ni tapi pegi tgk jugak. Usually, aku tak prefer sgt animation movie ni sebab kebanyakan humor dia terlalu cheesy. Humor yang memperbodohkan diri sendiri untuk menimbulkan suasana lucu. Yes, fokus dia more likely ke arah kanak-kanak jadi humor die pon sekadar menghiburkan kanak-kanak. 
Tapi Madagascar 3 ni amat berbeza sama skali. Humor dia meliputi semua golongan penonton, kanak-kanak dan juga dewasa. Aku pon terhibur gile melayan cerita ini. Selalunya, sekuel movie akn menjadi lebih kurang menarik berbanding original movie. Tapi bagi Madagascar 3, berlainan kes. Setiap sekuel mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Marty's Afro Circus song da berlegar-legar dalam kepala aku and i can't get it out!

Madagascar 3 berkisar Alex the Lion, Marty the Zebra, Gloria the Hippo dan Melman the Giraffe ingin mencuba satu lagi peluang untuk balik ke New York. Setelah menyedari ditinggalkan oleh para penguins, Alex dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk mendapatkan penguins yang lari ke Monte Carlo bersama kapal terbang yang mereka cipta. Di Monte Carlo, kehadiran haiwan ini disedari seterusnya jabatan haiwan dipanggil dan muncul lah Kapten Chantel Dubois. Berlaku la aksi kejar mengejar di antara haiwan ini dengan Miss Chantel.
Kali pertama aku rasa tak selesa bila everytime Miss Chantel muncul dalam setiap babak. With her heartless character and looks-like-she-wants-to-murder-you-badly impression, mmbuat aku rasa tak selesa melihatnya. So anyway, untuk menyelamatkan diri, Alex dan kawan-kawan menaiki kereta api yang mengandungi haiwan-haiwan sarkis. Dari situ Alex dan rakan-rakan menyedari sesuatu.

Banyak menda yang akan membuatkan orang dewasa aku berfikir. Yang pertama, bagaimana Alex dan rakan-rakan boleh merentasi dari Afrika ke Monte Carlo. Kedua, bagaimana Alex the Lion begitu pandai membuat lompatan trapeze tanpa mempunyai kemahiran, dan ketiga bagaimana Gloria the Hippo dan Melman the Giraffe boleh berdiri di atas seutas tali dengan seimbang. Tapi bila pikirkan kembali, I'm watching a talking animal animation. Jadi sebagai orang dewasa, kita kena berhenti seketika dalam menjadi realistik dan membuka minda ke arah imaginasi. 
Sebagai cerita animasi, tidak banyak boleh aku katakan di sini. Humor memang melucukan, jalan cerita pon amat ringkas dan straight forward. It's an animation movie, tak nak expect mind twisting storyline kan? Haha. The rest, lebih kurang saja dengan cerita animasi yang lain. Senang cerita, kalau nak relax sambil berhibur, berbaloi untuk menonton Madagascar 3. Tak rugi kalau tengok. Memang kelakar. Even orang dewasa pon boleh merasa terhibur dengan cerita ini, not just kids only. 
Untuk Madagascar 3 ni aku kasi 4 out 5, for the sake of its humor and cuteness. Check out Mort character dalam cerita ini. Super cute!

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...