Monday, July 23, 2012

Dark Knight Rises: Movie Review

Aku da tengok movie ni hari Jumaat yang lepas tapi baru arini aku mmpunyai sedikit kerajinan untuk membuat rebiu. Pada waktu sebelumnya aku diingatkan tentang perbandingan antara The Dark Knight Rises dengan 2nd installment, The Dark Knight. Kebanyakan prefer 2nd installment daripada yang last one dan selepas menontonnya, aku agak bersetuju dengan perbandingan tersebut.

If The Dark Knight was seems like it was overpowered by an outstanding performance by the Joker played by the late Heath Ledger, bagi The Dark Knight Rises pula, kekuatan cerita ini terletak pada tahap emosi dan konflik dalaman yang dihadapi oleh Bruce Wayne. Sepanjang perjalanan cerita ini, penonton akan disajikan dengan konflik 'split personality' antara Batman & Bruce Wayne dan juga kekuatan Bruce untuk bangun dari zaman kejatuhan, which the movie title has made it sense - The Dark Knight Rises.
Ketika permulaan cerita, Nolan membawa penonton untuk menyelami zaman kegelapan yang dialami oleh Bruce Wayne serta kejatuhan Wayne Enterprise. Jika kita masih ingat bagaimana Harvey Dent dibunuh pada ending cerita The Dark Knight dan Batman wants to take the blame and keep Harvey Dent's name as the city hero, bermula dari saat itu, Bruce Wayne telah lenyap dari pandangan orang awam, begitu juga Batman.
Sehinggalah tiba suatu saat yang membuatkan Bruce Wayne sedar dan bangkit untuk menghadapi realiti. By that time, Nolan sekali lagi membawa penonton untuk melihat Bruce yang struggle untuk keluar dari kepompong krisis peribadinya. He has all the high-tech knowledge, superb body armor suit tapi pada waktu itu, hanya satu yang dia masih belum dapat kuasai, semangatnya. Dari luaran, Bruce menganggap dirinya sudah bersedia, apatah lagi setelah melihat kemunculan Bane. Dengan kemunculan Bane, kita boleh nampak dua entiti yang berbeza dalam diri Batman & dan juga Bruce Wayne beserta paranoid dan kelemahan mereka yang amat berbeza.
Bane - The Dark Knight Rises

Bane - Batman & Robin

Aku suka tgk macam mana Nolan portray Bane untuk The Dark Knight Rises. Kalau kita tgk dari filem Batman & Robin, Bane kelihatan seperti ahli sukan WWE. Macam Mysterio versi XXL. Tetapi, apa yang aku tentang movie ini ialah Nolan bukan sekadar menunjukkan kekuatan Bane, akan tetapi Nolan juga menunjukkan kisah Bane dan asal usul kenapa dia memakai topeng. Bagi yang bukan #1 fanboy of Batman seperti aku, kisah ini membantu aku untuk lebih memahami cerita ini. Walupun kebanyakan Batman fanboy akan berkata Nolan nye pembawakan dalam Batman ini berlainan dengan apa yang dibawa dalam komik.
Cuma bagi aku yang membuat judgement berlandaskan Nolan's Batman franchise dan bukan daripada komik, impak Bane tidak sekuat Joker dari The Dark Knight di mana Joker sentiasa di hadapan dan menghalang pergerakan Batman. Konflik dan konfrontasi antara Batman dan Joker membuatkan penonton lebih mengingati Joker sebagai Batman's evil villain yang awesome. Tapi perbezaan antara Joker dengan Bane ialah, Joker ialah sociopath yang menggunakan penderitaan orang lain untuk keseronokan dirinya. Manakala Bane pula, individu yang mempunyai kekuatan luar biasa dan menggunakan strategi, taktik dan juga psychology untuk memerangkap Batman. 
 Bagi watak yang lain, Catwoman portay by Anne Hathaway, Joseph Gordon Levitt sebagai detective rookie dan Commisioner Gordon, masing-masing membawa impak yang tersendiri dalam cerita ini. Kita boleh merasakan setiap watak itu penting dalam penggerak cerita ini, termasuklah Alfred yang dilakonkan oleh Michael Caine. Walupun babaknya sedikit tapi impak nya terasa, aku pon berasa tersentuh dengan emosi yang dibawa oleh Alfred.

Secara ringkasnya, jalan cerita The Dark Knight Rises membawa kita untuk melihat bagaimana Bruce Wayne bangun dari kejatuhan dan menyelamatkan kehidupannya, Wayne Enterprise, kesejahteraan Gotham dan juga menewaskan ketakutannya. Jika The Dark Knight dikatakan lebih gelap kerana kehadiran Joker yang memporak-perandakan Gotham, dalam The Dark Knight Rises pula, ia lebih ke arah kegelapan psikologi dan fear. Seiring dengan penutup trilogi ini, Nolan pandai menghidupkan emosi goodbye dalam pengakhiran babak. It's a good closing made by Nolan.
Untuk The Dark Knight Rises, aku kasi rating 5/5 untuk emotion dan psychology grip, dan rating 4/5 untuk jalan cerita. But still, the movie is still awesome by the way. Christian Bale nampak lebih matang dan karismas dalam menghidupkan watak Batman/Bruce Wayne.  



Fun Fact:
Aku mmg terkejut yang this guy (kiri)...


Adalah lelaki ini...



Wednesday, July 18, 2012

HTC One X vs Samsung Galaxy S3: Battle of Android Giants Part II


Kita kembali dengan episode of The Battle of Android Giants. Kenapa tiada Apple's battle? Sebab tiada produk terbaru dari Apple buat masa ini. The last time aku review pasal produk Apple ialah The New Ipad yang aku considered barai dan tiada apa-apa keistimewaan. Anyhow, perumpamaan battle HTC One X vs Samsung Galaxy S3 adalah seperti battle John Cena vs Undertaker, Chong Wei vs Lin Dan, One Direction vs Justin Bieber di mana battle ini considered penting untuk mengetahui gadget mane paling awesome. 

Battery Capacity & Screen Strength
Bermula dengan kapasiti battery. Untuk S3, kapasiti bateri adalah 2100mAh, untuk HTC One X adalah 1800mAh. Selain Motorola Razr Maxx, S3 mempunyai kapasiti yang paling tinggi berbanding telefon yang lain. Galaxy Note mempunyai 2500mAh tapi ia dikategorikan sebagai tablet.

HTC One X mempunyai Corning Gorilla Glass yang cukup dikenali dengan daya ketahanan yang tinggi dari rosak, calar. Manakala S3 pula mempunyai Corning Gorilla Glass 2 yang mempunyai lebih daya tahan terhadap calar dan rosak. Gorilla Glass 2 boleh menahan tekanan sebanyak 121 pounds of pressure without cracking. - Samsung Galaxy S3

Samsung Galaxy S3: Thickness of 8.6mm (133g)

HTC One X: Thickness of 8.9mm (130g)

Processor & OS
Kedua-dua telefon pintar ini mempunyai quad core processor with OS of Ice Cream Sandwich. Yang membezakannya ialah tahap kelajuan processor itu. Galaxy S3 mempunyai kelajuan of 1.4GHz manakala HTC One X pula mempunyai kelajuan 1.5GHz. -HTC One X

Camera
Kedua-dua kamera mempunyai 8MP of rear camera. Cuma Galaxy S3 menewaskan HTC One X when it comes to front camera. S3 mempunyai 1.9MP tapi HTC One X hanya mempunyai 1.3MP. Sama seperti Motorola Razr Maxx front camera. Bagi yang mementingkan kualiti gambar dan video ketika Skype, S3 could be the best choice for you. - Samsung Galaxy S3
Galaxy S3 Photo Sample

HTC One X Photo Sample
Memory
HTC One X mempunyai internal storage sebanyak 32GB manakala S3 pula mempunyai pilihan 16/32/64GB. Tapi sayangnya bile HTC One X tiada external memory card slot seperti Iphone. Bagi S3 pula, ia mempunyai CardSlot yang membolehkan korang tambah memory storage up to 64GB. -Samsung Galaxy S3

Design
HTC One X yang bersaiz 134.4 x 69.9 x 8.9mm adalah lebih kecil daripada S3 yang bersaiz 136.6 x 70.6 x 8.6mm. Tapi, bentuk rekaan HTC yang sleek dengan polycarbonate plastic yang membuatkan genggaman terhadap telefon pintar itu lebih kuat. Bagi rekaan S3 pula, ia masih mengekalkan material plastik yang sama seperti S2 yang mmbuatkan kekurangan aesthetic value - HTC One X

Other Feature
Satu feature utama dalam HTC One X ialah Beats Audio yang terkenal dengan sistem bunyi yang awesome. The rest of feature sama dengan telefon pintar yang lain. Bagi yang S3, seperti last entri aku di [sini], S3 mempunyai Dubbed S Voice, Direct Call feature etc membuatkan S3 tampak lebih menarik

Conclusion
As much as HTC One X has all the cool features, bagi aku, ia masih belum cukup untuk menewaskan Samsung Galaxy S3. S3 is superior dalam kebanyakan area. S3 does have its lacks but still, it's still the best in the market. Both are at their best tapi to know who is the winner out of all, you know the answer already.

Motorola DROID Razr Maxx vs Samsung Galaxy S3: Battle of Android Giants



Di waktu pasaran smartphones tengah hangat dengan Samsung Galaxy S3 dan Galaxy Note, tanpa kita sedari, muncul suatu lagi produk Android, Motorola DROID Razr Maxx. Motorola Razr telah dipasarkan di Malaysia dan you can get one from [Celcom ] package. Tapi Razr Maxx masih belum diumumkan tarikhnya. Ade satu perbezaan yang amat ketara antara Motorola Razr dan Razr Maxx. Although it's sound like an explicit term, nama Maxx sudah cukup menerangkan segalanya.

Bateri Kapasiti
Battery life kapasiti yang terdapat pada Maxx ialah yang paling tinggi dan maksimum for an Android phone could get, 3300mAh. Kapasiti bateri yang terdapat pada Maxx telah menenggelamkan Galaxy S3 (2100mAh) dan Iphone 4S (1430 mAh). Ia juga menewaskan kapasiti Motorola Razr ialah 1780mAh. Bagi pengguna smartphone tegar yang sentiasa melekat dengan telefon masing-masing, Razr Maxx would be the best choice. Ia boleh bertahan selama 18 jam, umpama your flight journey from Singapore to New York. 
Motorola Razr Maxx: Thickness of 9mm

Samsung Galaxy S3: Thickness of 8.6mm

Processor
Berbanding Samsung Galaxy S3 yang mempunyai quad core processor, Razr Maxx hanya mempunyai dual core sahaja. Sama seperti Galaxy S2. Tapi satu soklan yang perlu korang pikirkan ialah, is there any high-end apps yang memerlukan your phone to run with a quad core processor? At the moment maybe not, tapi siapa dapat ramal future kan? High-end apps could be produced one day and S3 is the only one that can be used for that. 

Operating System (OS)
Razr Maxx mempunyai OS Android Gingerbread tapi boleh upgrade pada Ice-Cream Sandwich. Manakala S3 pula sudah pon mempunyai OS Android Ice Cream Sandwich. 


Camera
Razr Maxx mempunyai 8MP of rear camera dan 1.3MP of front camera. Samsung Galaxy S3 pula mempunyai 8MP of rear camera dan 1.9MP front camera. Walaupun Razr Maxx dan S3 mempunyai 8MP of rear camera, tapi output gambar sememangnya berbeza.
Samsung Galaxy S3 Photo Sample

Motorola Razr Maxx Photo Sample

Other Feature

Samsung Galaxy S3
Mempunyai voice recognition, Dubbed S Voice di mana dengan menggunakan suara korang sahaja, korang boleh activate alarm snooze (bagus untuk yang kaki snooze cam aku), on camera application, play music, texting & emailing etc. S3 juga mempunyai satu feature unik, Direct Call di mana korang boleh call someone yang korang tengah texting by simply lifting the phone to your ear.

Motorola Razr Maxx
The phone will automatically turned to silent mode once korang masuk dalam poket. Bile korang nak ke kelas, the phone will detect the location using the GPS feature and will be automatically turned to silent mode once you reached to your college location. Dan kalau wireless network is detected, ia akn tutup your wireless data secara automatik. 

Conclusion
Tidak dinafikan dalam kes ini, Samsung Galaxy S3 ialah device yang paling awesome buat masa ini. Walaupun Motorola Razr Maxx ialah produk Motorola yang pertama boleh menggunakan Skype, tapi it's still a baby step for Motorola. Banyak lagi feature unik yang ada pada S3 tapi tidak pada Razr Maxx. Cuma satu kemenangan besar pada Razr Maxx ialah ketahanan baterinya yang tinggi. 

Tuesday, July 17, 2012

Hasil Kerja Seni Daripada Kertas Yang Cool

Imaginasi sememangnya boleh membuatkan seseorang itu menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan. Bagi Diana Beltran Herrera yang berasal dari Colombia, hanya helaian kertas pon cukup untuk menghasilkan sesuatu yang sangat unik dan kreatif. Check out her artwork on 'Paper Birds & Wildlife'.









May check out other of her artwork [here]

Thursday, July 12, 2012

Riang Ria Yang Extreme Bila Dapat Spongebob

Spongebob memang bukan sahaja amat dikenali di kalangan kanak-kanak, malah dewasa macam aku ni pon masih mengikuti kartun Spongebob. Patung Spongebob ataupun Patrick dijual merata-rata di Uptown, Bazar, mahupun kompleks Padang Besar. Bantal, baju, patung, keychain etc suma dijual untuk peminat kartun ini. Tapi di peminat kecil di Jepun sudah take it to the next level. Enjoy! 

Spongy-Bobbu!

Wednesday, July 11, 2012

Sisi Gelap Dunia Facebook: Dalam Bahayakah Kita?

Yes, kebanyakan orang semua da ada Facebook. Even budak kecik umur 10 tahun pon da ada Facebook, begitu moden sungguh dunia sekarang ini. Sewaktu Facebook diperkenalkan, ia telah mencipta suatu budaya dan impak dalam hidup kita. Friendster & Myspace sudah dianggap ketinggalan zaman. Sekarang ni, online butik pon sudah boleh diiklankan, undangan perkahwinan yang boleh menjimatkan portion of the wedding budget, berita terkini etc.

Tapi setelah hampir 8 tahun sejak diperkenalkan pada tahun 2004, sisi gelap dunia Facebook mulai timbul. Sedikit demi sedikit aktiviti jenayah meningkat dengan hadirnya FB. Sama ada disamun/dirompak/diculik oleh kenalan baru FB ketika berjumpa, ataupun informasi peribadi yang dikongsi secara terbuka yang boleh membuatkan seseorang itu diekori/diintip pergerakannya sehingga tiba masa untuk melakukan jenayah.
Aku nampak kebanyakan kawan-kawan aku begitu open dan friendly dalam berkongsi tentang informasi peribadi mereka. Tidak kira la sama ada upload gambar sendiri ataupun berkongsi perasaan sunyi di status. Bagi aku, FB hanya patut digunakan sebagai platform berkongsi maklumat, bukan untuk hal peribadi.So how FB can risk your life?

1. Profile Picture
Gambar hiasan

Bermula dengan korang upload gambar-gambar posing korang di FB. Have you ever realized something? Bagi yang tak set profile to be private, strangers akn senang2 usya gambar korang dan jika die seorang jenis yang psiko, saving 1-2 pictures dari photo album korang da cukup untuk dia wat macam-macam (dengan bantuan beberapa element. After this aku terangkan).

Bagi yang set to private, masih belum cukup selamat terutamanya bile korang ade musuh. You won't know when are you going to have an enemy until you've been attacked. And they don't need to attack by physical. Diorg boleh sahaja menggunakan gambar pada jalan yang salah seperti mengiklankan muka korang beserta no telefon di pintu tandas awam, perhentian bas atau mana-mana tempat awam.

2. Lokasi
They have your picture now, do they? Sekarang, jika korang rajin update lokasi terutamanya melalui Foursquare seperti...
Gambar hiasan

Dengan menggunakan gambar korang yang diorg amek dr profile picture, boleh saja diorg pergi ke tempat tersebut dan menunggu peluang. Contoh di atas mungkin kurang menyumbang risiko, tapi bayangkan jika ade yang terlebih pandai, mengemaskini lokasi ketika berada di bank ataupun rumah sendiri. Jika di bank, mereka boleh menunggu masa untuk melakukan jenayah samun, dan jika di rumah, mereka boleh menunggu sehingga rumah tiada penghuni ataupun korang tinggal bersendirian di rumah. Pernah terfikir tak Facebook boleh membawa seorang penjenayah hingga tahap ini?

3. Status

"Rindu my hubby..cepat2 la balik outstation.."
" Dia sudah pon pergi, 2 bulan la tak jumpe lepas ni, =( "

Banyak gadis-gadis terutamanya suka berkongsi status tentang perasaan masing-masing, termasuk jugaklah aku. Hahaha. Tapi ade sesetengah itu, especially yang sudah berkahwin, suka berkongsi status tentang perasaan sunyi ketika suami tiada di rumah kerana outstation. Ternyata ia berisiko kerana seseorang yang berniat jahat akan tahu korang keseorangan. Risiko menjadi lebih berat bila ada yang sudi berkongsi lokasi terkini di mana dia berada. Itu membantu si penjenayah untuk plan a move on you sebab dia tau buat masa ni, tiada sapa boleh lindungi korang.

4. Open up about your wealth
Kalau kita tengok, orang Melayu kita suke bebenor berkongsi tentang harta masing-masing. Ada yang beli moto besar, ada yang baru beli kereta, siap tayang no plat tuh. Pernah korang terfikir tak, si penjenayah sudah mempunyai gambar korang, dia sentiasa mengikuti perkembangan korang, dan yang terbaru, dia sudah dapat no plat kereta/moto korang melalui gambar yang diletakkan dalam FB. Lebih mudah untuk spot korang bukan? Dan melalui gambar kereta korang jugak lah dia boleh mengagak yang korang ni berharta. Jackpot bebeh! Tu belum lagi yang update status berkaitan dgn duit lagi. 

5. Kanak-kanak & Facebook
Bagi yang ada anak-anak, terutamanya bila si anak kecil sudah mempunyai FB akaun, mohon berjaga-jaga. Ini kerana banyak pesalah laku seks kanak-kanak yang masih bebas dan berpeleseran mencari mangsa. Anak-anak tidak akan tahu dan sedar akan bahana risiko ini. Mereka cuma hanya tahu mengumpul sebanyak mungkin 'Like' dan juga rakan-rakan di FB sehingga tidak menyedari akan ada seseorang yang berminat, sedang memerhatikan gerak geri mereka.  Ibu bapa kenalah pantau aktiviti anak-anak, communicate dengan diorg dan tnya jika ade kelakuan aneh dari rakan FB terhadap mereka. 

6. Photo Album
Aku tahu kebanyakan suka upload gambar family di FB untuk menunjukkan pada semua orang, betapa sayangnya korang pada seseorang, mungkin pada family, suami/isteri, anak-anak etc. Tapi adakah korang sedar tentang gambar yang korang upload itu, boleh digunakan oleh seseorang untuk aktiviti menculik? They have your profile, they have your children's photo, they know where you live berdasarkan FB location updater, they know which car you drive based on the picture that you shared, diorg tau kemampuan kewangan korang berdasarkan kereta & rumah yang dimiliki and they're good to go. 
Poin yang aku terangkan ialah apa yang aku gelarkan sebagai ' Facebook's Chain of Disaster'. Bermula dari suatu feature FB, kemudian disambung dengan feature yang lain sehingga si penjenayah dapat mengumpul data peribadi korang yang secukupnya untuk membuat sesuatu rancangan. Janganlah terlalu terbuka sangat terutamanya di social media. I do sound paranoid tapi, looking at the news nowadays and crime that happened around us, persekitaran kita sudah tidak selamat seperti dulu lagi. Malah kawan sendiri boleh end up jadi lawan. 
Ini baru tentang bagaimana konsep keterbukaan dalam FB boleh mengundang bahaya terhadap diri sndiri, belum masuk lagi kecurian informasi peribadi macam tarikh lahir, IC, nama emak etc untuk jenayah pemalsuan data untuk pinjaman. The moral of the story here is, don't reveal too much about your personal life. Better not to reveal anything at all. Hanya pakai FB utk platform mendapatkan berita terkini.

Wednesday, July 4, 2012

Lil Bub vs Maru: The Ultimate Adorable Face-Off

Ketika aku melayari tenet di kala mata aku masih cergas pada waktu ini, aku terjumpa another internet superstar. Meet Lil Bub, kucing yang mempunyai wajah yang sungguh unik. Lidahnya yang sentiasa terkeluar, matanya yang bulat membuatkan kucing ini sungguh adorable. Tuan punya kucing ini sudah pon membuat pelbagai fan page melalui Tumblr, Facebook, Twitter dan YouTube. Here is some of the pictures of Lil Bub.





Korang boleh layan lebih banyak gambar Lil Bub di lilbub.com

Another internet kitty superstar yang sentiasa membuatkan aku cuba sedaya upaya untuk mengemukkan kucing aku seperti ini ialah superstar Maru! Maru ialah seekor kucing baka Scottish Fold dari Jepun yang gemuk tapi perasan boleh fit dalam cereal box.







So, kalau diberi pilihan, aku nak bela dua-dua ekor boleh tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...