Monday, July 23, 2012

Dark Knight Rises: Movie Review

Aku da tengok movie ni hari Jumaat yang lepas tapi baru arini aku mmpunyai sedikit kerajinan untuk membuat rebiu. Pada waktu sebelumnya aku diingatkan tentang perbandingan antara The Dark Knight Rises dengan 2nd installment, The Dark Knight. Kebanyakan prefer 2nd installment daripada yang last one dan selepas menontonnya, aku agak bersetuju dengan perbandingan tersebut.

If The Dark Knight was seems like it was overpowered by an outstanding performance by the Joker played by the late Heath Ledger, bagi The Dark Knight Rises pula, kekuatan cerita ini terletak pada tahap emosi dan konflik dalaman yang dihadapi oleh Bruce Wayne. Sepanjang perjalanan cerita ini, penonton akan disajikan dengan konflik 'split personality' antara Batman & Bruce Wayne dan juga kekuatan Bruce untuk bangun dari zaman kejatuhan, which the movie title has made it sense - The Dark Knight Rises.
Ketika permulaan cerita, Nolan membawa penonton untuk menyelami zaman kegelapan yang dialami oleh Bruce Wayne serta kejatuhan Wayne Enterprise. Jika kita masih ingat bagaimana Harvey Dent dibunuh pada ending cerita The Dark Knight dan Batman wants to take the blame and keep Harvey Dent's name as the city hero, bermula dari saat itu, Bruce Wayne telah lenyap dari pandangan orang awam, begitu juga Batman.
Sehinggalah tiba suatu saat yang membuatkan Bruce Wayne sedar dan bangkit untuk menghadapi realiti. By that time, Nolan sekali lagi membawa penonton untuk melihat Bruce yang struggle untuk keluar dari kepompong krisis peribadinya. He has all the high-tech knowledge, superb body armor suit tapi pada waktu itu, hanya satu yang dia masih belum dapat kuasai, semangatnya. Dari luaran, Bruce menganggap dirinya sudah bersedia, apatah lagi setelah melihat kemunculan Bane. Dengan kemunculan Bane, kita boleh nampak dua entiti yang berbeza dalam diri Batman & dan juga Bruce Wayne beserta paranoid dan kelemahan mereka yang amat berbeza.
Bane - The Dark Knight Rises

Bane - Batman & Robin

Aku suka tgk macam mana Nolan portray Bane untuk The Dark Knight Rises. Kalau kita tgk dari filem Batman & Robin, Bane kelihatan seperti ahli sukan WWE. Macam Mysterio versi XXL. Tetapi, apa yang aku tentang movie ini ialah Nolan bukan sekadar menunjukkan kekuatan Bane, akan tetapi Nolan juga menunjukkan kisah Bane dan asal usul kenapa dia memakai topeng. Bagi yang bukan #1 fanboy of Batman seperti aku, kisah ini membantu aku untuk lebih memahami cerita ini. Walupun kebanyakan Batman fanboy akan berkata Nolan nye pembawakan dalam Batman ini berlainan dengan apa yang dibawa dalam komik.
Cuma bagi aku yang membuat judgement berlandaskan Nolan's Batman franchise dan bukan daripada komik, impak Bane tidak sekuat Joker dari The Dark Knight di mana Joker sentiasa di hadapan dan menghalang pergerakan Batman. Konflik dan konfrontasi antara Batman dan Joker membuatkan penonton lebih mengingati Joker sebagai Batman's evil villain yang awesome. Tapi perbezaan antara Joker dengan Bane ialah, Joker ialah sociopath yang menggunakan penderitaan orang lain untuk keseronokan dirinya. Manakala Bane pula, individu yang mempunyai kekuatan luar biasa dan menggunakan strategi, taktik dan juga psychology untuk memerangkap Batman. 
 Bagi watak yang lain, Catwoman portay by Anne Hathaway, Joseph Gordon Levitt sebagai detective rookie dan Commisioner Gordon, masing-masing membawa impak yang tersendiri dalam cerita ini. Kita boleh merasakan setiap watak itu penting dalam penggerak cerita ini, termasuklah Alfred yang dilakonkan oleh Michael Caine. Walupun babaknya sedikit tapi impak nya terasa, aku pon berasa tersentuh dengan emosi yang dibawa oleh Alfred.

Secara ringkasnya, jalan cerita The Dark Knight Rises membawa kita untuk melihat bagaimana Bruce Wayne bangun dari kejatuhan dan menyelamatkan kehidupannya, Wayne Enterprise, kesejahteraan Gotham dan juga menewaskan ketakutannya. Jika The Dark Knight dikatakan lebih gelap kerana kehadiran Joker yang memporak-perandakan Gotham, dalam The Dark Knight Rises pula, ia lebih ke arah kegelapan psikologi dan fear. Seiring dengan penutup trilogi ini, Nolan pandai menghidupkan emosi goodbye dalam pengakhiran babak. It's a good closing made by Nolan.
Untuk The Dark Knight Rises, aku kasi rating 5/5 untuk emotion dan psychology grip, dan rating 4/5 untuk jalan cerita. But still, the movie is still awesome by the way. Christian Bale nampak lebih matang dan karismas dalam menghidupkan watak Batman/Bruce Wayne.  



Fun Fact:
Aku mmg terkejut yang this guy (kiri)...


Adalah lelaki ini...



4 comments:

  1. dr segi editing, aku setuju TDK lebih baik dr TDKR...bercakap dr pandangan peminat filem yg bkn fanboy komik batman, aku krg setuju krg setuju pandangan tentang jalan cerita... bg aku penceritaan TDKR lebih balance dan lebih menonjolkan titular character tu sendiri, unlike TDK yg dimana kita semua setuju the Joker take the spotlite... perkembangan every character lebih mendalam dimana kalau remove one of them x lengkap cite ni... kekuatan emosi membuatkan penonton lebih absorb dan suasana chaotic serta revolution seperti membayangkan situasi politik dunia sekarang (libya, syria, egypt) membuatkan penonton lebih dekat dgn tema filem ni... dan pendekatan nolan memsukkan bbrp element dari siri komik batman pula tidak kelihatan janggal dlm dunia dark knight nolan... pada mulanya aku rasa TDKR bole atasi kutipan TDK, tp malangnya insiden killing spree kat colorado tu mungkin menjejaskan sedikit kejayaan filem ni... all in all, aku bg 5/5 utk storyline, 5/5 music score, 4/5 editing, 5/5 special effects, 4/5 choreography/fighting scene, 6/5 bonus as penutup trilogi... rare ada sekuel trilogi yg epik mcm ni...TORRRBAIK!!!

    p/s: dh abis taip br sedar komen aku spoiler free...hehehe

    ReplyDelete
  2. ko penah tgk x filem Warrior lakonan mamat tom hardy nih? pon terbaikk...

    ReplyDelete
  3. panjang sungguh komen ko wahai PenulisAmatur, apa2 pon tahniah kerana tidak kasi spoiler cerita. hehe. Aku letak 4/5 on jalan cerita berdasarkan depth of the story. sebab pada permulaan cerita, progress bruce wayne untuk sedar dan bangkit tu a little bit slow. mungkin itu niat tersirat Nolan tapi progress nya tidak selaju berbanding TDK. which memula tu, i gotta say aku a bit bored.

    tapi aku xnafikan kekuatan emosi yang diserap dalam movie ini dan kekuatan setiap watak yang muncul. aku setuju kalau salah seorang tak da dalam cerita ini, probably cerita ini tergantung. Nolan dapat membahagikan kekuatan watak sama rata dan leave no man behind.

    ReplyDelete
  4. aku belum tgk Warrior. Aku dengar tajuk tu pon semalam dari fanboy Batman sendiri. hahaha

    ReplyDelete

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...