Wednesday, July 11, 2012

Sisi Gelap Dunia Facebook: Dalam Bahayakah Kita?

Yes, kebanyakan orang semua da ada Facebook. Even budak kecik umur 10 tahun pon da ada Facebook, begitu moden sungguh dunia sekarang ini. Sewaktu Facebook diperkenalkan, ia telah mencipta suatu budaya dan impak dalam hidup kita. Friendster & Myspace sudah dianggap ketinggalan zaman. Sekarang ni, online butik pon sudah boleh diiklankan, undangan perkahwinan yang boleh menjimatkan portion of the wedding budget, berita terkini etc.

Tapi setelah hampir 8 tahun sejak diperkenalkan pada tahun 2004, sisi gelap dunia Facebook mulai timbul. Sedikit demi sedikit aktiviti jenayah meningkat dengan hadirnya FB. Sama ada disamun/dirompak/diculik oleh kenalan baru FB ketika berjumpa, ataupun informasi peribadi yang dikongsi secara terbuka yang boleh membuatkan seseorang itu diekori/diintip pergerakannya sehingga tiba masa untuk melakukan jenayah.
Aku nampak kebanyakan kawan-kawan aku begitu open dan friendly dalam berkongsi tentang informasi peribadi mereka. Tidak kira la sama ada upload gambar sendiri ataupun berkongsi perasaan sunyi di status. Bagi aku, FB hanya patut digunakan sebagai platform berkongsi maklumat, bukan untuk hal peribadi.So how FB can risk your life?

1. Profile Picture
Gambar hiasan

Bermula dengan korang upload gambar-gambar posing korang di FB. Have you ever realized something? Bagi yang tak set profile to be private, strangers akn senang2 usya gambar korang dan jika die seorang jenis yang psiko, saving 1-2 pictures dari photo album korang da cukup untuk dia wat macam-macam (dengan bantuan beberapa element. After this aku terangkan).

Bagi yang set to private, masih belum cukup selamat terutamanya bile korang ade musuh. You won't know when are you going to have an enemy until you've been attacked. And they don't need to attack by physical. Diorg boleh sahaja menggunakan gambar pada jalan yang salah seperti mengiklankan muka korang beserta no telefon di pintu tandas awam, perhentian bas atau mana-mana tempat awam.

2. Lokasi
They have your picture now, do they? Sekarang, jika korang rajin update lokasi terutamanya melalui Foursquare seperti...
Gambar hiasan

Dengan menggunakan gambar korang yang diorg amek dr profile picture, boleh saja diorg pergi ke tempat tersebut dan menunggu peluang. Contoh di atas mungkin kurang menyumbang risiko, tapi bayangkan jika ade yang terlebih pandai, mengemaskini lokasi ketika berada di bank ataupun rumah sendiri. Jika di bank, mereka boleh menunggu masa untuk melakukan jenayah samun, dan jika di rumah, mereka boleh menunggu sehingga rumah tiada penghuni ataupun korang tinggal bersendirian di rumah. Pernah terfikir tak Facebook boleh membawa seorang penjenayah hingga tahap ini?

3. Status

"Rindu my hubby..cepat2 la balik outstation.."
" Dia sudah pon pergi, 2 bulan la tak jumpe lepas ni, =( "

Banyak gadis-gadis terutamanya suka berkongsi status tentang perasaan masing-masing, termasuk jugaklah aku. Hahaha. Tapi ade sesetengah itu, especially yang sudah berkahwin, suka berkongsi status tentang perasaan sunyi ketika suami tiada di rumah kerana outstation. Ternyata ia berisiko kerana seseorang yang berniat jahat akan tahu korang keseorangan. Risiko menjadi lebih berat bila ada yang sudi berkongsi lokasi terkini di mana dia berada. Itu membantu si penjenayah untuk plan a move on you sebab dia tau buat masa ni, tiada sapa boleh lindungi korang.

4. Open up about your wealth
Kalau kita tengok, orang Melayu kita suke bebenor berkongsi tentang harta masing-masing. Ada yang beli moto besar, ada yang baru beli kereta, siap tayang no plat tuh. Pernah korang terfikir tak, si penjenayah sudah mempunyai gambar korang, dia sentiasa mengikuti perkembangan korang, dan yang terbaru, dia sudah dapat no plat kereta/moto korang melalui gambar yang diletakkan dalam FB. Lebih mudah untuk spot korang bukan? Dan melalui gambar kereta korang jugak lah dia boleh mengagak yang korang ni berharta. Jackpot bebeh! Tu belum lagi yang update status berkaitan dgn duit lagi. 

5. Kanak-kanak & Facebook
Bagi yang ada anak-anak, terutamanya bila si anak kecil sudah mempunyai FB akaun, mohon berjaga-jaga. Ini kerana banyak pesalah laku seks kanak-kanak yang masih bebas dan berpeleseran mencari mangsa. Anak-anak tidak akan tahu dan sedar akan bahana risiko ini. Mereka cuma hanya tahu mengumpul sebanyak mungkin 'Like' dan juga rakan-rakan di FB sehingga tidak menyedari akan ada seseorang yang berminat, sedang memerhatikan gerak geri mereka.  Ibu bapa kenalah pantau aktiviti anak-anak, communicate dengan diorg dan tnya jika ade kelakuan aneh dari rakan FB terhadap mereka. 

6. Photo Album
Aku tahu kebanyakan suka upload gambar family di FB untuk menunjukkan pada semua orang, betapa sayangnya korang pada seseorang, mungkin pada family, suami/isteri, anak-anak etc. Tapi adakah korang sedar tentang gambar yang korang upload itu, boleh digunakan oleh seseorang untuk aktiviti menculik? They have your profile, they have your children's photo, they know where you live berdasarkan FB location updater, they know which car you drive based on the picture that you shared, diorg tau kemampuan kewangan korang berdasarkan kereta & rumah yang dimiliki and they're good to go. 
Poin yang aku terangkan ialah apa yang aku gelarkan sebagai ' Facebook's Chain of Disaster'. Bermula dari suatu feature FB, kemudian disambung dengan feature yang lain sehingga si penjenayah dapat mengumpul data peribadi korang yang secukupnya untuk membuat sesuatu rancangan. Janganlah terlalu terbuka sangat terutamanya di social media. I do sound paranoid tapi, looking at the news nowadays and crime that happened around us, persekitaran kita sudah tidak selamat seperti dulu lagi. Malah kawan sendiri boleh end up jadi lawan. 
Ini baru tentang bagaimana konsep keterbukaan dalam FB boleh mengundang bahaya terhadap diri sndiri, belum masuk lagi kecurian informasi peribadi macam tarikh lahir, IC, nama emak etc untuk jenayah pemalsuan data untuk pinjaman. The moral of the story here is, don't reveal too much about your personal life. Better not to reveal anything at all. Hanya pakai FB utk platform mendapatkan berita terkini.

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...