Friday, August 10, 2012

Buffet Ramadhan & Hikmah Berpuasa: A Contradict Story

Aku nak tnya sesuatu pada korang. Sebelum itu, kalau korang rasa ayat aku berbunyi pelik, minta abaikan since ketika aku menulis ni, pale otak aku masih tengah khayal sebab demam/batuk. Dah telan ubat batuk sebelum imsak tadi. Berbalik pada soklan tadi, how aware of you yang buffet ramadhan itu adalah satu pembaziran?
Aku terima banyak ajakan dan jemputan untuk buffet ramadhan dan bagi aku, aku prefer menolak sebab perut aku hanya boleh menampung makanan dalam RM10 kapasiti. Yes, tank perut aku mempunyai kapasiti sebesar tangki akuarium ikan. Xsesuai untuk dibawa ke majlis buffet kecuali buffet steamboat & makanan jepun. Hahaha. Tapi kalau gathering dgn close friends/kawan lama, aku tempuh jugak la. Harga untuk buffet tersebut bergantung kepada jumlah kepelbagaian makanan yang disediakan.  Lebih banyak juadah, makan lebih mahal. Contoh aku ambil ialah buffet ramadahan dari Dewan Felda, RM68/pax, JW Marriot RM70/pax, Novotel RM78/pax etc.

Jika kita fikirkan balik, antara hikmah puasa ialah memberi kesedaran kepada kita dan menyelami nasib dan kehidupan orang lebih susah sehingga nak cari sumber makanan untuk berbuka puasa pon tak mampu. Malah kita dinasihatkan supaya tidak membazir dan mengawal nafsu ketika berbelanja di bazar ramadhan. Just because tiada teguran tentang buffet ramadhan, doesn't mean it is okay. Sebenarnya harga buffet ramadhan adalah lebih tinggi berbanding harga makanan yang korang beli di bazar. Bayangkan berapa banyak korang boleh beli di bazar ramadhan dengan harga starting buffet, RM35/pax.

Bayangkan bagaimana orang Somalia berbuka puasa ..

Jika dibandingkan dengan cara kita berbuka puasa..

Hotel-hotel dan restoran memang bijak mengatur strategi pemasaran. Ada buffet ramadhan yang murah tapi do lower your expectation in variety of food. Bayangkan, berapa banyak kapasiti perut seorang manusia boleh menampung kuantiti makanan bermula pukul 7:30pm - 10:00 pm? Aku kasi contoh melalui menu buffet buka puasa di Dewan Felda:

Nasi:
Nasi minyak, nasi tomato, nasi ayam, nasi lemak, nasi putih, nasi bukhari, nasi briyani, etc

Lauk:
Ayam masak merah, ayam kurma, ayam percik, ayam masak kicap, ayam madu, ayam masak lemak cili api, daging blackpepper, beef kebab, ikan keli goreng berlada, ikan patin tempoyak, ikan tiga rasa, sotong goreng kunyit, etc

Warung:
Laksa johor, laksa penang, laksa kelantan, mee jawa, mee goreng mamak, mee hoon goreng, nasi goreng kampung, kuey tiaw goreng, roti jala & kari ayam, etc

Sup
Sup ketam, sup jagung manis, sup cendawan, sup tulang, sup ayam, sup tomyam

BBQ
Roasted Lamb, ayam goreng, keropok lekor, ikan bakar, daging salai, etc

Dessert
Agar2, puding karamel, seri muka, popia goreng, popia basah, kek & pastri, buah-buahan etc

Ni baru sikit je aku list ni. Banyak lagi aku lom sentuh macam sayur, minuman, kerabu etc. Jadi korang pikirkan, boleh ke korang makan semua menu yang disediakan dalam lingkungan masa 7:30pm - 10:00pm? Kalau ikutkan orang normal, 3 biji kurma, sepinggan nasi bersama 2-3 lauk & segelas minuman da cukup buat perut rasa penuh, hingga bila tiba waktu tarawih, nk sujud pon rase sesak, hahaha.
Jika korang membayar harga buffet RM30/pax tapi perut korang maksimum hanya mampu menahan kapasiti makanan of RM15, tidakkah berlaku pembaziran untuk RM15 yang selebihnya?

Bagi yang kaki buffet ramadhan, adakah korang sedar tentang jenis juadah berbuka yang sama disediakan? For the past several time yang aku pernah pegi, lauk kebanyakan sama saja. Ayam masak merah adalah lauk wajib begitu juga ulam-ulaman, dan ikan bakar. Cuma ade beberapa restoran yang menambah lagi kepelbagaian juadah dengan menambah makanan barat & jepun. So it's like korang makan juadah yang sama tapi harga yang berlainan.
Dah la bayar pon da mahal, xkn amek makanan ala kadar je. Pasti kita nak amek makanan sebanyak mungkin dan menganggap jumlah makanan yang diambil boleh disamakan dgn harga buffet yang dibayar. Tapi trust me, it wont get close at all. You are a normal human being. You're not some starving zombie that keep looking for food 24/7. Bila da jadi kes macam ni, lahirlah sifat tamak. Seboleh2 nak amek sebanyak mungkin, takut rasa rugi dan tak berbaloi dgn harga yang dibayar. Tahu plak harga buffet per pax tu mahal & rugi yer.

Ada plak member kaki hasut suruh amek banyak sebab takut nanti tak sempat merasa. Bila perut sudah terlalu penuh diisi dengan pelbagai makanan, maka leftover berlambak tinggal atas meja. Da jadi satu pembaziran di situ. Aku pernah nampak meja sebelah aku, dia amek ayam roasted. Selepas habis makan dan meninggalkan meja, aku nampak ayam itu seperti tidak disentuh langsung malah pinggan kelihatan masih bersih dari calitan tangan manusia.
Another hikmah berpuasa ialah membersihkan rohani dan menanamkan sifat displin, ikhlas, pemurah, terhindar dari sifat tamak. Jadi persoalannya, di manakah hikmah berpuasa jika kita melahap seperti raksasa bila berbuka?  Masing-masing bermegah berbuka di hotel 5 star/restoran terkemuka malah zaman skang ni, ada yang rajin upload gambar dia bukak puasa apa. Tidakkah kita rasa niat itu da tersasar bila setiap kali berbuka puasa, terutamanya bila menjamu selera di restoran mewah, tiap kali itu juga gambar juadah berbuka di upload di Facebook. Tidakkah kita terfikir tabiat itu boleh menjurus ke arah riak?

Wake up and open your eyes to see a better view. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan la terlalu excited bila nampak terpampang diskaun hingga 40-50% untuk sesuatu buffet. Malah agama kita sendiri menyuruh kita bersederhana, mengawal nafsu ketika membeli. Bagi aku, buffet ramadhan adalah too much and overpriced, xkisah lah dari segi harga mahupun juadah 'leftover' yang ditinggal atas meja. Tapi orang kita seronok berbelanja untuk sesuatu yang tak munasabah. Seronok itu memang la seronok, berbuka puasa bersama rakan-rakan tapi kita kena pastikan adakah kita mencapai tujuan sebenar berpuasa itu?
Setelah majlis kawen  gilang gemilang zaman sekarang dan juga cara orang kita menyambut hari raya sudah tersasar dari hikmahnya yang sebenar, cara orang kita berbuka puasa juga will be next in the list. Cukup2 la dengan pembaziran makanan & perbelanjaan untuk berbuka dan juga majlis berbuka puasa yang disajikan dengan tarian arab oleh wanita tempatan kita. Selepas ini apa pula?

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...