Saturday, August 25, 2012

The Expendables 2 Movie Review

Selamat hari raya, maaf zahir batin ingin aku ucapkan terlebih dulu buat para pembaca. Jika ade sesuatu entri yang mmbuat korang terasa, aku minta maaf. Aku tau entri kali ini agak terlambat untuk dibuat rebiu. Probably most of you guys have already seen this movie. Aku da tengok cerita ini pada hari pertama tayangannya tapi ia mengambil masa hampir seminggu untuk rebiu. Kenapa? Raya kot, sape je ade semangat nak update blog time2 cmni?

Berdasarkan filem asal The Expendables, aku tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap sekuel yang kedua ni. Stallone sememangnya icon filem Hollywood tapi itu tidak bermaksud dia bagus dalam pembikinan filem. Banyak kelemahan dan kelonggaran perjalanan cerita dalam filem yang asal. Maka, untuk sekuel yang kedua, aku mengharapkan perubahan & perkembangan tapi dalam peratusan yang kecil. Ternyata, I was right.
Bermula dengan babak pertempuran di Nepal, ternyata babak aksi memang penuh dgn exaggeration. Ia seperti Rambo di mana musuh tembak beratus kali pon, sikit pon tak kena. Tapi kalau geng Expendables tembak sekali je da headshot. Maybe Stallone mahu menunjukkan betapa mahirnya ahli-ahli mereka tapi bagi aku, stunt diorg sgt ridiculous.
Jalan cerita bermula bila Stallone diberi tugas oleh Bruce Willis untuk mendapatkan stok plutonium yang terdapat di bawah tanah Bulgaria (kot?). Apa yang mereka tidak ketahui ialah ada sebuah group yang lain yg cuba untuk merampas stok yang sama. Kalau tanya aku, hanya itu saja isi dan jalan ceritanya. Selebihnya, bagi aku terlalu imba dan mengarut. Sememangnya korang akan tahu yang Stallone tidak akan mengejar utk Oscar untuk filemnya.
The Expendables 2 hanyalah untuk tribute kepada para icon filem aksi Hollywood yang menampilkan bintang  filem aksi seperti Arnold 'susah nak eja', Chuck Norris, Jet Li. Kalau korang sedar, ahli kumpulan Expendables yang tetap bersama sehingga akhir cerita ini hanyalah  5 orang. Selebihnya hanyalah 'cameo appearance'. Bila Stallone cuma menampilkan semua bintang dalam satu jalan cerita, ia menampakkan cerita ini sebagai terlalu gopoh-gapah. Kemunculan setiap bintang dalam setiap babak juga tidak logik. It's a Stallone movie, there's nothing logic about it. Hahahaha.
Jalan cerita memang berterabur, masih longgar dalam konteks bagaimana Stallone mahu membawa suatu babak ke suatu babak yang lain. Ceritanya sangat predictable, tapi apa yang menarik tentang cerita ini ialah, Stallone menggandakan jumlah aksi yang ditampilkan dalam cerita ini. Kalau masa Expendables yang pertama, ceritanya kebanyakan serius dan ganas, tapi untuk sekuel yang kedua, Stallone meletakkan banyak humor. Malah watak-watak sampingan kelihatan agak relaks berbanding keadaan mereka dalam filem yang pertama.
Oh, sebelum aku terlupa, Stallone juga menampilkan signature tagline/stunt oleh pelakon2 aksi dalam cerita ini. Contohnya, tagline 'I'll be back' daripads Arnold susah nak eja, stunt Bruce Willis dalam Die Hard dan juga signature kick by Jean Claude Van Damne daripada movie 'Kickboxer'. Tidak perlu la aku mention about watak solo wanita dalam cerita ini, Maggie kerana bagi aku, ekspresi nye tidak cukup lasak utk melakonkan watak sebegitu. Bandingkan wajahnya dengan wajah ganas Mila Jovovich dalam Resident Evil. Ketara bukan?
Jadi, untuk unsur hiburan semata-mata di mana korang enjoy the amount of explosion, memang aku kasi 5 out of 5 untuk cerita ini. This movie is for you. Tapi kalau korang expect more of it, I'm sorry in disappointing you.  Memang cerita ini kosong, tiada faedah. Untuk isi cerita, aku kasi 0 out 5.

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...