Monday, August 6, 2012

Total Recall Movie Review

Pada mulanya, aku tak bersedia pon nak tengok cerita ini sebab aku tak pernah dengar tentang kewujudan cerita ni. Honestly, aku tak pernah tengok versi asal Total Recall (1990), jadi untuk cerita ini dibuat semula pada tahun ini, aku memang tak ada idea langsung cerita ni tentang apa. Kalau sebelum ni aku akan cek sinopsisnya dulu, tapi malangnya pada malam itu, bateri phone aku pon da nazak jadi aku decided untuk enjoy the ride without knowing the possibility of whether i'll be dissapointed or not.
Bermula dengan sinopsis seorang pekerja kilang Douglas Quaid yang selalu mempunyai mimpi yang dia ni seorang perisik. Bila dia pergi ke Rekall iaitu servis yang memberi memori indah ketika bermimpi, di situlah bermulanya rungkaian kisah hidup Douglas Quaid yang sebenar. Aku tak ley kasi terlalu banyak sinopsis sebab saat Douglas di Rekall yang baru membuatkan aku faham serba sedikit tentang jalan ceritanya.

Pendapat aku bagi orang pertama kali menonton Total Recall, biasa sahaja. Tipikal cerita sains fiksyen, sehingga sampai satu masa aku boleh katakan cerita ini mengarut. Bagi yang da tgk versi asal, diorg pasti dapat mencari perbezaan yang agak ketara antara versi asal dan versi 2012. Bagi yang tak pernah tengok macam aku, aku rasanya cerita nya so-so la. Bukanlah filem wajib tonton 2012 seperti 'Dark Knight Rises'.
Aku bukanlah peminat sci-fi jadi bila aku tengok cerita ini, bagi aku teknologi yang cuba digambarkan di dalam versi 2012, terlampau high tech hingga aku rasakan ia terlalu mengarut. It's like gambaran dari cerita zombi grade B tapi versi high tech. Watak yang paling berkesan dalam cerita ini ialah Colin Farrel (Douglas Quaid) dan Kate Beckinsale (Lori). As for Jessica Biel, wajahnya terlalu lembut untuk melakonkan watak ganas. Agak tak menjadi bila dia cuba menjadi tough women. As for Kate Beckinsale, korang akan rasa annoying everytime dia muncul dalam babak. It's like nyawa dia terlalu liat untuk mati.

Tak banyak aku boleh katakan tentang Total Recall ni. It's just a tipikal sci-fi movie bagi aku. Since aku bukan peminat sci-fi, jadi aku mungkin kedengaran seperti tidak menghargai picisan karya sains fiksyen maka dengan itu aku tak boleh ulas dengan lebih panjang lagi. Dari mata seseorang yang tidak meminati sci-fi, aku ley kasi rating 3 out of 5 sahaja.


4 comments:

  1. bila tgk watak kate, teringat polis perempuan dlm cite madagascar. liat benor nk mati. haha

    ReplyDelete
  2. haha. betul2. nyawa die punya liat nak mati sampai ko tertanya2 bila dia mau mati ni. asyik dapat escape death je.

    ReplyDelete
  3. total recall 1990 lakonan arnold x-reti-nk-eja bg aku lebih kepada gag(bkn gay) movie... so klo ko dh bg rating cmtu utk remake lg la aku rase baik aku donlod je

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan komen2 org yang pernah tgk versi 1990, yang versi original lagi better.this is aku tgk cam so-so je. Xde ape yang bombastic pon.

    ReplyDelete

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...