Friday, September 14, 2012

Samsung Galaxy S3 vs. Iphone 5: Battle of Human vs Hipster

Built for human..
or
Built for hipster..

Kita kini kembali dengan pertarungan head to head antara Samsung S3 vs Iphone 5. Walaupun dari awal review ni aku tau siapa pemenang die, tapi since ade sesetengah masih menganggap produk Apple terbaru, Iphone 5 adalah yang terhebat abad ini tanpa membuat sebarang homework untuk mengkaji spesifikasinya, so aku buat jugak review ni. Let the battle begins!

Physical Appearance
S3 mempunyai thickness 8.6mm dan berat 133g manakala Iphone 5 pula adalah lebih nipis, 7.8mm dan 112g. Maka Iphone adalah 21g lebih nipis dari Samsung S3.

Jadi it's a win product for Iphone 5 jika nipis dan ringan menjadi kriteria dalam mencari telefon idaman - Iphone 5

S3 mempunyai kelebaran skrin sebanyak 4.8" manakala Iphone 5 masih mengekalkan 4" screen display. Jadi it's a win for S3 jika kelebaran skrin menjadi kriteria - Samsung S3


Battery Capacity
Seperti yang kita sudah maklum kapasiti battery untuk S3 ialah 2100mAh. Tapi mengikut kenyataan rasmi pihak Apple ketika presentation di San Francisco dua hari yang lepas, Apple hanya menyatakan 8 jam talk time tapi tidak pula kapasiti battery yg sebenar. Jadi, mengikut anggaran aku, jika Samsung S3 mempunyai 12 jam talk time dengan 2100mAh battery capacity, dengan 8 jam talk time untuk Iphone, kapasiti battery ialah approx 1400mAh. Kemungkinan juga kapasiti bateri Iphone 5 similar dengan kapasiti Iphone 4S, tapi nowhere near to 2100mAh. - Samsung S3 

As for screen strength, tiada kenyataan rasmi dari Apple tapi sumber mengatakan Gorilla Glass 2 akan digunakan. Bagi S3, it is well-known already that Gorilla Glass 2 is used. 

Processor, OS & RAM Memory
Samsung S3 mempunyai quad-core processor dengan Ice Cream Sandwich operating system. Berbanding dengan Iphone 5, yang juga tidak dinyatakan berapa core yang digunakan, Apple hanya menyatakan A6 chip adalah lebih pantas dari A5. iOS 6 digunakan dan RAM Memory juga tidak dinyatakan secara rasmi. Tapi mengikut analisis pakar tech, kemungkinan Iphone 5 hanya mempunyai dual-core. Jadi berdasarkan sumber yang ada buat masa ini, S3 is the winner - Samsung S3

Camera
Kedua-dua telefon pintar ini mempunyai 8MP, stabilization mode, better low-light performance dan 1080hp untuk video recording. Ape yang membezakan kedua2 telefon ini ialah, Iphone 5 mempunyai Panoramic Mode. 


Manakala bagi S2 pula, ia mempunyai smile detection & blink detection. Bagi front camera pula, S3 mempunyai 1.9MP dan Iphone 5, seperti biasa, tidak dinyatakan secara rasmi. Tapi sumber mengatakan ia adalah 1.2MP. Mengikut sumber ini, buat masa ini, S3 menang untuk bahagian ini. - Samsung S3

Storage
Samsung S3 dan Iphone 5 mempunyai storage yang sama 16GB/32GB/64GB. Perbezaan ketara ialah untuk S3 dan juga telefon Android yang lain, Android memberi fleksibiliti kepada penggunanya untuk menambah storage menggunakan Micro SD jika 64GB masih tidak cukup. Tapi tidak pada Iphone 5 dan juga generasi Iphone yang sebelum ini. No expanding storage for Iphone 5. - Samsung S3

Conclusion
Seperti yang aku mention sebelum ini, dari awal lagi aku da boleh agak siapakah pemenang dia, cuma aku masih nk buat review. Untuk menunjukkan apa yang terang lagi bersuluh. Tapi jika korang masih lagi berhasrat untuk memiliki Iphone 5, silakan. I won't stop you.

But if you asked, as an Iphone user too, aku akan cakap it's simply not worth it to let your 4th generation phone for this. Kalau sape yang baru nak pakai, you can consider this tapi I would recommend more on Samsung S3, provided Apple maintain the same price like Iphone 4s. If it's cheaper, just go for Iphone 5 =)

Cuma aku ingin bertanya atas dasar ingin tahu. Dengan banyak spesifikasi yang dirahsiakan oleh Apple, are you still willing to spend your money? Jangan disebabkan trend dan style, korang tak kisah untuk spend more money for something less. Tak berbaloi jika bayar mahal utk phone yang mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama tapi murah, just because it's not Apple. Jangan sampai jadi camni...

Thursday, September 13, 2012

Iphone 5 Review: What Do You Need To Know

Malam tadi tirai Iphone 5sudah dibuka oleh Apple secara rasminya di Yerba Buena for the Arts, San Francisco. Aku pon bersengkang mata bermula dari midnight hingga tamatnya event pada pukul 3:30 pagi, semata-mata ingin memuaskan sifat ingin tahu aku tentang produk yang ditunggu2 selama ini oleh pengguna Iphone yang lain.

Event yang sepatunya bermula pada tengah malam, ditangguh selama 15 minit sehingga CEO Apple, Tim Cook muncul di pentas. Bermula dengan pengenalan tentang produk Apple iaitu Ipad dan Apps Store dan juga pembukaan outlet Apple di Barcelona. Pengenalan terhadap Iphone bermula apabila Tim menjemput Schiller naik ke pentas.

What Do You Need to Know About Iphone 5

Physical Appearance
Berbanding dengan Iphone 4th generation, Iphone 5 adalah lebih tinggi tapi mengekalkan 4 inch display. Iphone 5 yang mmpunyai berat 112 g adalah lebih ringan dari Iphone 4s yang seberat 140 g. Ia juga lebih nipis dari previous model. 

Pengenalan untuk GarageBand, iMovie & iPhoto sudah diperkenalkan semasa The New Ipad presentation jadi untuk fasa ini, nothing impressive yet. 

Ultrafast Wireless

Iphone 5 mempunyai Ultrafast Wireless di mana memperkenalkan penggunaan LTE untuk model terbaru mereka. Bagi pengguna gajet yang lain, LTE sudah digunakan lebih awal oleh pesaing Apple. LTE (Long Term Evolution) adalah teknologi wireless communication yang lebih laju dan berkapasiti tinggi. Kalau korang rase 3G itu laju dari EDGE, 4G ni better. Cuma aku skeptikal untuk 4G application dalam negara kita ni di mana kemudahan 4G LTE masih di peringkat awal. Mengikut presentation malam td, hanya Singapura yang menjadi negara Asia Tenggara tunggal untuk menikmati kemudahan 4G LTE selain Jepun, China & Korea. Jadi untuk apps Flyover, aku tak sure sama ada ia sesuai untuk digunakan di Malaysia atau tidak. 
Jadi Apple agak ketinggalan when it comes to 4G LTE dan mengikut tabiat Apple yang kuat menyaman kampeni pesaing di luar sana, Samsung yang mempunyai hak milik terhadap patent LTE, begitu juga Nokia, ingin menyaman Apple atas penggunaan feature LTE dalam Iphone 5. Betul atau tidak, tunggu aje la. 

Camera & Video

Seperti Samsung S3, Galaxy Note 2, HTC One X dan juga Iphone 4S, Iphone 5 masih mengekalkan 8MP untuk kamera utama beserta juga feature tambahan seperti better low-light performance di mana gambar masih cantik walupun sumber cahaya amat sedikit, dan juga resolusi gambar yang lebih baik. 

Untuk Iphone 5 ni jugak mempunyai Panoramic Mode which aku rase mode yang so yesterday. For anybody yang confuse dengan gambar di bawah, beberapa gambar dicantum menjadi satu gambar yang panjang. Maka tidaklah Iphone 5 mempunyai spec camera 28MP. 

Bagi video pula, ia mempunyai face detection, 1080p HD dan image stabilization. Dan korang boleh amek gambar ketika video recording. Bagi Facetime Video, ia juga mempunyai face detection tapi 720p sahaja. Bagaimana perbezaan antara 1080p & 720p? Here it is.

Mengikut komen dari gadget & tech expert yang menghadiri Iphone 5 presentation, Iphone 5 mempunyai 1.2MP of front camera. A feature yang for somehow aku tertanya-tanya sejak malam td. 

Operating System

Iphone 5 menggunakan iOS 6 iaitu OS terbaru Apple. Untuk iOS, pengguna Iphone 5 boleh menggunakan feature Photo Stream sharing di mana konsep die macam Facebook. From your photo album, korang boleh share and tag your friends. Jadi your friends yang mempunyai Iphone, boley view gambar tu dan komen/like. Seperti Facetime, aplikasi ni untuk Iphone user je la. 

Audio

Perubahan ketara yang aku nampak dalam Iphone 5 ialah perubahan media dan bunyi. Dalam iphone 5, ia mempunyai 3 mikrofon iaitu di belakang, depan dan bawah. Feature ini agak unik di mana pengguna dapat melayari video dengan bunyi yang lebih baik dan jelas. Apple juga telah mengubah design EarPods mereka untuk better sound experience.

Earphones yang lama

EarPods yang baru

Apple mendakwa konsep design EarPods yang baru adalah seperti konsep kasut yang mempunyai satu saiz tapi muat untuk semua orang. How fits? Not sure sbb ade sesetengah pakar tech yang mengatakan EarPods terasa longgar ketika die mencuba pakainya. 

What You Don't Possibly Aware About Iphone 5

Connectors

Apple memperkenalkan dock connectors yang baru dipanggil 'Lightning' di mana saiz nya ade lebih kecil berbanding dock connectors yang lama. Pembaharuan design connectors Apple ni adalah salah satu langkah jualan yang aku anggap bijak. Kenapa? Untuk produk iPod/Ipad yang mempunyai design dock connectors yang lama, pengguna Iphone perlu membeli Lightning untuk interface between Iphone 5 dengan other Apple device. Contoh?
Seperti yang korang tahu, Ipad tidak mempunyai USB port. Dan sebelum kelahiran Iphone 5, pengguna Apple menggunakan tipikal dock connectors yang lama untuk menyambungkan antara Macbook-Ipad atau digital camera-Ipad. (Gambar bawah)

Jadi bayangkan bagaimana korang nak menyambungkan produk lama seperti Ipad yang mempunyai dock connectors yang lama dengan Iphone/Ipod Touch/Ipod Nano yang mempunyai design connectors yang baru? Jalan penyelesaian yang disarankan oleh Apple adalah membeli adaptors tambahan yang akan dijual berasingan mengikut jenis penggunaan yang diperlukan.

Which means, kaching kaching! Another possible connection antara Iphone 5 dengan other Apple old device.


Battery Capacity

Mengikut presentation malam td, Schiller hanya mengumumkan Iphone 5 mempunyai 8 jam 3G talk time. Tapi, Apple sikit pon tak mention tentang Iphone 5 battery life. Jika Iphone 4S mempunyai 1420mAh, Iphone 5 pula tidak disebut. Maka aku tak boleh membuat konklusi tentang tahap kekuatan bateri Iphone 5. 

Core Processor

Satu benda yang membuatkan aku tertanya-tanya ialah berapa core processor untuk Iphone 5. Schiller hanya mentioned A6 chip processor di mana ia dua kali ganda lebih cepat daripada A5 chip. Tapi mengikut analisis pakar gajet, Iphone 5 hanya mempunyai dual-core processor berdasarkan Cortex A-15 design yang dibuat oleh Samsung. Analisis selebihnya boleh dibaca di [sini]. Tapi buat masa ni, tiada kenyataan rasmi dari pihak Apple tentang core processor. 

RAM Memory

Tidak dinyatakan secara rasmi juga kelajuan RAM memory untuk Iphone 5. 1GB? 2GB macam Galaxy Note 2? We will never know, for now at least.

So aku rasa itu saja buat masa ini. Cukup atau tidak untuk menyakinkan korang untuk beli Iphone 5, aku tak tahu. Aku tidak mempengaruhi untuk membeli mahupun untuk menyokong pesaing Apple yang lain. Sekadar memberi korang sesuatu untuk dipertimbangkan sebelum membeli something expensive. Here is the comparison that i've found from SoyaCincau for your further elaboration. Just one advice from me, don't let the phone be smarter that you. If the product is a bit of disappointment to you, don't go out and scream your lungs out saying Apple is still the best of all. Be smart to be a smartphone user. 


Tuesday, September 11, 2012

When The Weather Speaks For Itself

Sometimes it's weird in a unique kind of way when the weather seems to describe precisely your actual feeling. Dear Allah, please give me strength on this.

Tuesday, September 4, 2012

Resipi Bread Butter Pudding & Sos Kastard

Prestasi idea aku untuk menulis agak menurun berikutan aku sedang menikmati cuti yang agak panjang sebelum stat kerja balik. Rasa malas gile nak buat apa2, hahaha. Apa yang aku rajen, memasak! Maka dengan itu, atas permintaan rakan2, aku nak kongsi resepi 'Bread Butter Pudding'. So let's cut to the chase.

Bahan-bahan - Puding roti
8 keping roti (nak letak lebih pon boley, depends bekas loyang korang besar mane)
1/2 cawan gula putih (pertama kali aku buat 3/4 cawan gula. Ukuran 3/4 cawan gula sesuai jika korang nak makan puding roti begitu saja, tanpa menggunakan sos kastard. Kalau nak pakai sos kastard, pakai 1/2 cawan sahaja. Kang manis tahap diabetes plak, keh3)
3 biji telur
450ml susu segar (1 1/2 cawan susu segar)
2 sudu besar tepung jagung
Kismis

Bahan-bahan sos kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung jagung
sedikit esen vanila

Cara-cara

Puding Roti
1. Sapukan mentega pada permukaan roti, both sides. Susun dalam loyang. Boleh letakkan kismis skali
2. Masukkan gula dan telur ke dalam bekas. Kacau hingga sebati
3. Dalam masa yang sama, masukkan susu segar ke dalam bekas yang berlainan dan panaskan pada api sederhana. Jangan panaskan hingga mendidih
4. Tuangkan susu yang panas tu ke dalam bekas yang mengandungi campuran gula + telur. Kemudian masukkan tepung jagung. Kacau hingga sebati. 
5. Tuang campuran tadi ke dalam bekas yang mengandungi susunan roti + kismis. Biarkan ia kembang selama 20-30 minit
6. Letakkan di dalam oven dan panaskan pada suhu 180 darjah celsius selama 20 minit. Point yang paling penting di sini, panaskan ia dengan cara 'steambath' iaitu meletakkan air di dalam dulang oven, bukan dlm loyang korang ok?


20 minit berlalu dan TING...!
-selepas keluar oven da dipotong 4-

Sos kastard
1. Masukkan susu cair, gula dan tepung jagung dalam satu bekas.
2. Panaskan pada api sederhana.
  • Pada tahap ini, korang jangan biarkan campuran ini dipanaskan begitu saja. Sebab campuran ni boleh cepat tersejat dan hangit. 
  • Pada tahap ini juga is a bit tricky. Kalau terlalu cepat tutup api, sos ni akan jadi cair. Kalau terlebih masak, sos akan hangit dan berasa pahit in the end. Apa yang korang boleh buat, selepas korang kacau, korang biarkan sekejap dan kemudian, cuba kacau bahagian bawah bekas itu. Jika rasa macam ade terbentuk ketulan yg agak pejal di bahagian bawah bekas, maka korang da boley tutup api.
  • Masukkan sedikit esen vanila dan biar ia sejuk


Dan taraaaaa...!

Apa yang korang perlu ingat:

  • Seimbangkan jumlah gula yang di pakai. Kalau korang da rasa manis sgt dalam campuran untuk pudding roti, korang kurangkan gula untuk sos kastard, mungkin kurangkan pada 1 sudu besar ke.  Sebab kalau dua2 manis, puding ni akn jadi cepat muak 
  • Kalau terlebih manis dalam acuan puding roti, korang boleh tambah susu. 
  • Noted warna sos kastard agak berlainan, ia bergantung jenis susu cair yang korang beli. Ini cubaan aku yang kedua sebelum aku kongsi resepi. Saja nak test memory. hehehe.
Selamat mencuba! Walupun ade beberapa hamba Allah yang keberatan untuk berkongsi resepi, kemungkinan atas dasar strategi perniagaan, aku kongsi juga dengan para pembaca semua. Allah tidak suka orang yang kedekut ilmu. Hehehe. Dan copyright tanpa izin & kredit is not allowed yer..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...