Thursday, September 13, 2012

Iphone 5 Review: What Do You Need To Know

Malam tadi tirai Iphone 5sudah dibuka oleh Apple secara rasminya di Yerba Buena for the Arts, San Francisco. Aku pon bersengkang mata bermula dari midnight hingga tamatnya event pada pukul 3:30 pagi, semata-mata ingin memuaskan sifat ingin tahu aku tentang produk yang ditunggu2 selama ini oleh pengguna Iphone yang lain.

Event yang sepatunya bermula pada tengah malam, ditangguh selama 15 minit sehingga CEO Apple, Tim Cook muncul di pentas. Bermula dengan pengenalan tentang produk Apple iaitu Ipad dan Apps Store dan juga pembukaan outlet Apple di Barcelona. Pengenalan terhadap Iphone bermula apabila Tim menjemput Schiller naik ke pentas.

What Do You Need to Know About Iphone 5

Physical Appearance
Berbanding dengan Iphone 4th generation, Iphone 5 adalah lebih tinggi tapi mengekalkan 4 inch display. Iphone 5 yang mmpunyai berat 112 g adalah lebih ringan dari Iphone 4s yang seberat 140 g. Ia juga lebih nipis dari previous model. 

Pengenalan untuk GarageBand, iMovie & iPhoto sudah diperkenalkan semasa The New Ipad presentation jadi untuk fasa ini, nothing impressive yet. 

Ultrafast Wireless

Iphone 5 mempunyai Ultrafast Wireless di mana memperkenalkan penggunaan LTE untuk model terbaru mereka. Bagi pengguna gajet yang lain, LTE sudah digunakan lebih awal oleh pesaing Apple. LTE (Long Term Evolution) adalah teknologi wireless communication yang lebih laju dan berkapasiti tinggi. Kalau korang rase 3G itu laju dari EDGE, 4G ni better. Cuma aku skeptikal untuk 4G application dalam negara kita ni di mana kemudahan 4G LTE masih di peringkat awal. Mengikut presentation malam td, hanya Singapura yang menjadi negara Asia Tenggara tunggal untuk menikmati kemudahan 4G LTE selain Jepun, China & Korea. Jadi untuk apps Flyover, aku tak sure sama ada ia sesuai untuk digunakan di Malaysia atau tidak. 
Jadi Apple agak ketinggalan when it comes to 4G LTE dan mengikut tabiat Apple yang kuat menyaman kampeni pesaing di luar sana, Samsung yang mempunyai hak milik terhadap patent LTE, begitu juga Nokia, ingin menyaman Apple atas penggunaan feature LTE dalam Iphone 5. Betul atau tidak, tunggu aje la. 

Camera & Video

Seperti Samsung S3, Galaxy Note 2, HTC One X dan juga Iphone 4S, Iphone 5 masih mengekalkan 8MP untuk kamera utama beserta juga feature tambahan seperti better low-light performance di mana gambar masih cantik walupun sumber cahaya amat sedikit, dan juga resolusi gambar yang lebih baik. 

Untuk Iphone 5 ni jugak mempunyai Panoramic Mode which aku rase mode yang so yesterday. For anybody yang confuse dengan gambar di bawah, beberapa gambar dicantum menjadi satu gambar yang panjang. Maka tidaklah Iphone 5 mempunyai spec camera 28MP. 

Bagi video pula, ia mempunyai face detection, 1080p HD dan image stabilization. Dan korang boleh amek gambar ketika video recording. Bagi Facetime Video, ia juga mempunyai face detection tapi 720p sahaja. Bagaimana perbezaan antara 1080p & 720p? Here it is.

Mengikut komen dari gadget & tech expert yang menghadiri Iphone 5 presentation, Iphone 5 mempunyai 1.2MP of front camera. A feature yang for somehow aku tertanya-tanya sejak malam td. 

Operating System

Iphone 5 menggunakan iOS 6 iaitu OS terbaru Apple. Untuk iOS, pengguna Iphone 5 boleh menggunakan feature Photo Stream sharing di mana konsep die macam Facebook. From your photo album, korang boleh share and tag your friends. Jadi your friends yang mempunyai Iphone, boley view gambar tu dan komen/like. Seperti Facetime, aplikasi ni untuk Iphone user je la. 

Audio

Perubahan ketara yang aku nampak dalam Iphone 5 ialah perubahan media dan bunyi. Dalam iphone 5, ia mempunyai 3 mikrofon iaitu di belakang, depan dan bawah. Feature ini agak unik di mana pengguna dapat melayari video dengan bunyi yang lebih baik dan jelas. Apple juga telah mengubah design EarPods mereka untuk better sound experience.

Earphones yang lama

EarPods yang baru

Apple mendakwa konsep design EarPods yang baru adalah seperti konsep kasut yang mempunyai satu saiz tapi muat untuk semua orang. How fits? Not sure sbb ade sesetengah pakar tech yang mengatakan EarPods terasa longgar ketika die mencuba pakainya. 

What You Don't Possibly Aware About Iphone 5

Connectors

Apple memperkenalkan dock connectors yang baru dipanggil 'Lightning' di mana saiz nya ade lebih kecil berbanding dock connectors yang lama. Pembaharuan design connectors Apple ni adalah salah satu langkah jualan yang aku anggap bijak. Kenapa? Untuk produk iPod/Ipad yang mempunyai design dock connectors yang lama, pengguna Iphone perlu membeli Lightning untuk interface between Iphone 5 dengan other Apple device. Contoh?
Seperti yang korang tahu, Ipad tidak mempunyai USB port. Dan sebelum kelahiran Iphone 5, pengguna Apple menggunakan tipikal dock connectors yang lama untuk menyambungkan antara Macbook-Ipad atau digital camera-Ipad. (Gambar bawah)

Jadi bayangkan bagaimana korang nak menyambungkan produk lama seperti Ipad yang mempunyai dock connectors yang lama dengan Iphone/Ipod Touch/Ipod Nano yang mempunyai design connectors yang baru? Jalan penyelesaian yang disarankan oleh Apple adalah membeli adaptors tambahan yang akan dijual berasingan mengikut jenis penggunaan yang diperlukan.

Which means, kaching kaching! Another possible connection antara Iphone 5 dengan other Apple old device.


Battery Capacity

Mengikut presentation malam td, Schiller hanya mengumumkan Iphone 5 mempunyai 8 jam 3G talk time. Tapi, Apple sikit pon tak mention tentang Iphone 5 battery life. Jika Iphone 4S mempunyai 1420mAh, Iphone 5 pula tidak disebut. Maka aku tak boleh membuat konklusi tentang tahap kekuatan bateri Iphone 5. 

Core Processor

Satu benda yang membuatkan aku tertanya-tanya ialah berapa core processor untuk Iphone 5. Schiller hanya mentioned A6 chip processor di mana ia dua kali ganda lebih cepat daripada A5 chip. Tapi mengikut analisis pakar gajet, Iphone 5 hanya mempunyai dual-core processor berdasarkan Cortex A-15 design yang dibuat oleh Samsung. Analisis selebihnya boleh dibaca di [sini]. Tapi buat masa ni, tiada kenyataan rasmi dari pihak Apple tentang core processor. 

RAM Memory

Tidak dinyatakan secara rasmi juga kelajuan RAM memory untuk Iphone 5. 1GB? 2GB macam Galaxy Note 2? We will never know, for now at least.

So aku rasa itu saja buat masa ini. Cukup atau tidak untuk menyakinkan korang untuk beli Iphone 5, aku tak tahu. Aku tidak mempengaruhi untuk membeli mahupun untuk menyokong pesaing Apple yang lain. Sekadar memberi korang sesuatu untuk dipertimbangkan sebelum membeli something expensive. Here is the comparison that i've found from SoyaCincau for your further elaboration. Just one advice from me, don't let the phone be smarter that you. If the product is a bit of disappointment to you, don't go out and scream your lungs out saying Apple is still the best of all. Be smart to be a smartphone user. 


No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...