Tuesday, September 4, 2012

Resipi Bread Butter Pudding & Sos Kastard

Prestasi idea aku untuk menulis agak menurun berikutan aku sedang menikmati cuti yang agak panjang sebelum stat kerja balik. Rasa malas gile nak buat apa2, hahaha. Apa yang aku rajen, memasak! Maka dengan itu, atas permintaan rakan2, aku nak kongsi resepi 'Bread Butter Pudding'. So let's cut to the chase.

Bahan-bahan - Puding roti
8 keping roti (nak letak lebih pon boley, depends bekas loyang korang besar mane)
1/2 cawan gula putih (pertama kali aku buat 3/4 cawan gula. Ukuran 3/4 cawan gula sesuai jika korang nak makan puding roti begitu saja, tanpa menggunakan sos kastard. Kalau nak pakai sos kastard, pakai 1/2 cawan sahaja. Kang manis tahap diabetes plak, keh3)
3 biji telur
450ml susu segar (1 1/2 cawan susu segar)
2 sudu besar tepung jagung
Kismis

Bahan-bahan sos kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung jagung
sedikit esen vanila

Cara-cara

Puding Roti
1. Sapukan mentega pada permukaan roti, both sides. Susun dalam loyang. Boleh letakkan kismis skali
2. Masukkan gula dan telur ke dalam bekas. Kacau hingga sebati
3. Dalam masa yang sama, masukkan susu segar ke dalam bekas yang berlainan dan panaskan pada api sederhana. Jangan panaskan hingga mendidih
4. Tuangkan susu yang panas tu ke dalam bekas yang mengandungi campuran gula + telur. Kemudian masukkan tepung jagung. Kacau hingga sebati. 
5. Tuang campuran tadi ke dalam bekas yang mengandungi susunan roti + kismis. Biarkan ia kembang selama 20-30 minit
6. Letakkan di dalam oven dan panaskan pada suhu 180 darjah celsius selama 20 minit. Point yang paling penting di sini, panaskan ia dengan cara 'steambath' iaitu meletakkan air di dalam dulang oven, bukan dlm loyang korang ok?


20 minit berlalu dan TING...!
-selepas keluar oven da dipotong 4-

Sos kastard
1. Masukkan susu cair, gula dan tepung jagung dalam satu bekas.
2. Panaskan pada api sederhana.
  • Pada tahap ini, korang jangan biarkan campuran ini dipanaskan begitu saja. Sebab campuran ni boleh cepat tersejat dan hangit. 
  • Pada tahap ini juga is a bit tricky. Kalau terlalu cepat tutup api, sos ni akan jadi cair. Kalau terlebih masak, sos akan hangit dan berasa pahit in the end. Apa yang korang boleh buat, selepas korang kacau, korang biarkan sekejap dan kemudian, cuba kacau bahagian bawah bekas itu. Jika rasa macam ade terbentuk ketulan yg agak pejal di bahagian bawah bekas, maka korang da boley tutup api.
  • Masukkan sedikit esen vanila dan biar ia sejuk


Dan taraaaaa...!

Apa yang korang perlu ingat:

  • Seimbangkan jumlah gula yang di pakai. Kalau korang da rasa manis sgt dalam campuran untuk pudding roti, korang kurangkan gula untuk sos kastard, mungkin kurangkan pada 1 sudu besar ke.  Sebab kalau dua2 manis, puding ni akn jadi cepat muak 
  • Kalau terlebih manis dalam acuan puding roti, korang boleh tambah susu. 
  • Noted warna sos kastard agak berlainan, ia bergantung jenis susu cair yang korang beli. Ini cubaan aku yang kedua sebelum aku kongsi resepi. Saja nak test memory. hehehe.
Selamat mencuba! Walupun ade beberapa hamba Allah yang keberatan untuk berkongsi resepi, kemungkinan atas dasar strategi perniagaan, aku kongsi juga dengan para pembaca semua. Allah tidak suka orang yang kedekut ilmu. Hehehe. Dan copyright tanpa izin & kredit is not allowed yer..=)

No comments:

Post a Comment

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...