Thursday, October 10, 2013

12 Things To Know About GTA V

GTA 5 has been released on 17th September 2013, da secara rasminya, aku sudah complete the game dalam masa lebih kurang 2 minggu. The end result? Superb! So much better dari the 4th one, Liberty City. Seriously, aku agak bengang dengan Liberty City, seakan hasil titik peluh aku membunuh org tidak dihargai langsung. Hahaha.

Anyway, it's too bad aku tak dapat tunjuk demo atau hints untuk complete mission melalui video tapi aku harap review cukup utk korang membayangkan betapa awesome the fifth one berbanding yang sebelumnya.

The pros:
1. Tiga watak dalam satu game. Bermula dengan Franklin Clinton, korang akan di brief secara ringkas mcm mana nak escape dari police chase, to steal, stealth, kebanyakan ialah basic stuff dalam game. Kemudian, watak Michael diperkenalkan melalui pertemuan yang tidak sengaja. Once watak Michael diperkenalkan, you will have more variety in changing between characters and complete each character's mission. Selepas beberapa mission, watak Trevor diperkenalkan. 69 main mission & 58 side missions secara keseluruhan. Dan ada secret mission selepas korang abeh story mode utk dapat 100% completion in GTA 5.

2. Property investment. Selain kumpul duit berdasarkan misi rompakan, pembunuh upahan, beberapa premis macam panggung wayang, restaurant, golf club, car workshop etc, boley juga kasi weekly income by purchasing the property. Sometimes, manager premis tu akan call korang utk buat side quest seperti delivery, rosakkan premis pesaing dan lain lain.

3. Banyak aktiviti boleh dilakukan in case korang nak tak break dari comitting crime again. Tennis, golf, parachuting, triathlon, racing, shopping, get a haircut, tgk wayang, funfair, yoga, dan as usual, strip club. Aktiviti dlm strip club juga dikembangkan kepada some sort of mini game, di mana try not to get caught when touching & flirting with the strippers and u might get the chance to have their phone number after that.

4. Bile dalam mission, kalau mission tu failed sebab your character terbunuh, atau ditangkap polis, korang akan start balik at the checkpoint where the last time you failed the mission. Tak seperti GTA 4, di mana once korang failed 2nd stage atau 3rd stage of the mission, korang akan dibawak kembali dari checkpoint paling awal sekali. This is the main reason kenapa aku agak bengang bila main the 4th one. Nak dekat abis mission, accident, mission failed, start from early checkpoint balik. Pfft.

5. Dalam main mission, especially misi rompakan, pemain akan diberi 2 pilihan atau cara utk melakukan rompakan. Setiap misi rompakan adalah berlainan antara satu sama lain, jadi caranya juga berlainan. Ade misi yang pemain harus pilih sama ada nak crush into the jewellery way the loud way atau the stealth way. Ade pulak misi yang memberi pilihan sama nak rompak melalui offshore/dalam air atau darat. Pemain juga diberi pilihan untuk memilih rakan subahat yg akan mmbantu dlm misi ni. Tapi, the better they are, the higher the cut from the heist is.

6. The graphic akan membuatkan korang rase korang bermain dalam movie. Mmg very detailed. My favorite would be how detail Michael's mansion is. Each character ade ceritanya yang tersendiri. Franklin is kid yang mahu keluar dari kerja tarik kereta, he wants a real crime job. Michael, a retired criminal dealing with family issues and some secrets with the government, Trevor, a psychopath who likes to go on rampage. Haha. The map is big that lama2 tu, aku da malas nak drive, instead naik teksi je. Hahaha.

Cons:
1. For a single player story mode, pemain hanya boleh purchase property for investment tapi bukan safehouses. So basically, mansion, banglo suma hanya boleh dibeli bile korang in multiplayer mode.

2. Expect more vicious police dlm GTA 5 berbanding GTA 4. The 4th tu, kalau korang curi kete depan mata pon, diorang mcm tak endah. But dlm Gta 5, once pemain dikesan sedang melakukan jenayah, polis akan kejar sampai ke lubang cacing. Diorg even akan menghentam kete pemain dari belakang yang berkemungkinan akan menganggu sedikit pengawalan kereta semasa memandu. In Skyrim, guard akan berhenti serang korang kalau korang put down your weapon, but not GTA 5. Diorg akan shoot until u're dead. So might as well try to escape instead turned yourself in.

3. No girlfriend system mcm GTA 4. Kalau dalam GTA 4, pemain boleh loosen up a bit by getting themselves into juggling multiple girlfriends & bawak pegi dating, in GTA 5, there is no such things here. Michael is married, Trevor, walaupun nampak ganas di luar tapi hati taman dan sensitif di dalam. Franklin, not looking for any relationship after broke up with his gf.

4. Kapal terbang/helicopter agak susah dikawal for this time. Really annoyed me the whole time! Dan aim to shoot melalui dalam kereta adalah teramat annoying!

5. Like i mentioned just now, each heist mission akan ade dua pilihan. Setiap pilihan tu jugak sebenarnya ade menentukan sama ada profit yang kita dapat tu berbaloi atau tak dengan risiko dia. And pemain hanya akan tau bila pilihan sudah dibuat. After completing the game, aku start over balik dgn harapan untuk cuba the other choice that I didn't make earlier. It turned out, pilihan aku kali ni, big risk and small return. Aku cam wth? Kena kejar dgn polis bagai nak mati, return profit sikit je?

6. Kebanyakan org tau yang game ni mmg violent. Some images agak disturbing and made sense yang game ni only for mature audience only. Some torturing cut scene, murdering people cut scene, semua itu agak menganggu sesiapa yang kurang rasa selesa berdepan dengan keganasan.

Actually, tak banyak sgt cons dalam GTA 5 ni, hanya small detail je. Overall, mmg satisfied walaupun harga die sebenarnya kurang mmberangsangkan. Hahaha. In those 2 weeks, susah aku nak cari hint untuk selesaikan mission setelah multiple trials tapi gagal. But, finally dapat beat the game jugak. So if anybody stuck with the mission, atau tak sure pilihan mana yang paling sesuai utk heist mission, feel free to ask. :)

2 comments:

  1. da abis main jgk ke...main cheat kot..hihihihihi

    ReplyDelete
  2. pernah try tapi xbest la main cheat. xde feel. chewaah!

    ReplyDelete

Anything to say? Do share but any provocative/flaming comment from keyboard warriors will not be entertained.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...